Friday, October 24, 2008

Dulu anak sekarang bapa....

Pelik...pelik....Karpal kena gantung dari Parlimen untuk 2 hari. Rakyat susah payah mengundi dan hantar mereka ke Parlimen, Tuan Speaker pula ikut suka hati gantung YB Karpal untuk menghadiri sidang Parlimen untuk 2 hari disebabkan oleh berkelakuan tidak serius dan gurauan.
Isu ini mencetus selepas Menteri di Pejabat Perdana Menteri Dato'Seri Nazri menegur Wee Choo Keong (Ahli Parlimen, Wangsa Maju) sebagai buta. Karpal Singh menyalahkan Nazri yang menggunakan perkatan sedemikian dimana ianya membawa penghinaan kepada orang yang kurang upaya.
Tuan speaker, memberikan penjelasan dimana, perkataan yang digunakan oleh Nazri adalah bukannya berkaitan dengan mana-mana individu yang kurang upaya.

Akhirnya P.Patto dikenang

"Garjikkum Singgam" adalah nama samaran yang diberikan oleh Rakyat India kepada saudara P.Patto. Seorang pemimpin yang berani bersuara tanpa mengira bangsa dan kaum dan selalunya mementingkan kepentingan rakyat sahaja.
Keratan Akhbar The Star (23/10/08)
Selepas, berjaya menakluk Negeri Perak oleh parti-parti komponen PR, YB M.Kulasegaran adalah orang pertama yang menyuara dan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya menamakan sebuah Jalan dipekan Ipoh sebagai Jalan P.Patto.
Sejurus selepas itu, ada juga seorang ADUN dari Negeri Pulau Pinang mencadangkan supaya Saudara P.Patto harus dikenang dan untuk itu ADUN tersebut minta Kerajaan Negeri syorkan sebuah Jalan atas nama P.Patto.
Pemimpin-pemimpin Veteran Parti DAP dan parti-parti lain pernah merasa kehebatan suara beliau. Saudara P.Patto, dikatakan mempunyai kemahiran yang luar biasa dan ramai rakyat tertarik dengan ucapannya.
Walaupun penyokong tidak dapat melihat rupa badannya, namun nama beliau akan kenampakkan tidak lama lagi di kawasan Silibin.

Kehebatan EXCO yang berjiwa rakyat

Sudah pun dibuktikan. Apa lagi nak kata mengenai notis yang diterima oleh penduduk Gunung Cheroh untuk kosongkan tanah kediamannya sebelum atau pada 28 Okt 2008.

Ketangisan rakyat didengari oleh YB Sivanesan (Exco Kerajaan Negeri Perak), beliau dengan serta merta minta penduduk Gunung Cheroh abaikan segala notis yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah Kinta dan minta semua penduduk kawasan itu, menyambut Hari Deepavali dengan meriah dan ceria.
Keratan Akhbar Makkal Osai (23/10/08)

YB Sivanesan juga memberitahu bahawa setiap penghuni rumah akan diberikan sebuah unit rumah kos rendah sebagai pampasannya dikawasan Buntong. Penghuni juga tidak perlu risau mengenai duit pendahuluan kerana setiap keluarga yang menduduki kawasan Gunung Cheroh juga akan diberikan wang pampasannya sebanyak RM 3000 oleh JPS.

Untuk makluman, Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak adalah satu Kerajaan yang prihatin, berjiwa rakyat dan selalu meneliti kehendak masyarakat setempat khususnya kepada mereka yang berada dalam keadaan daif. Segala permintaan rakyat secara adil dan munasabah akan diberikan keutamaan dan tidak pernah diabaikan.

Bantuan sebegini sudah tentu akan mengunungkan lagi nama baik Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak khususnya YB Sivanesan.

Kudos to YB Sivanesan.

Rumusannya

"Jangan cari jalan untuk publisiti murahan, cari jalan untuk selesaikan masalah"

Thursday, October 23, 2008

Sengaja nak cari pasal

Apa nak kata mengenai hal-hal sebegini. Memang perkara ini telah pun dibangkitkan kepada semua pihak berkuasa negeri dan JPS pula masih tidak mahu dengar dan tidak mahu memberi jaminan untuk tanah ataupun rumah baru kepada mereka sebagai pampasan.

Orang seperti Pulikesi pula, pura-pura nak jadi hero dalam hal tanah ini. Selepas melihat perkara ini di dalam akhbar Nanban dan Makkal Osai bertarikh (22/10/08) YB Kula Segaran minta saya melawat kawasan ini untuk mencari maklumat asal masalah tanah dikawasan ini.
Memang benar Pejabat Tanah Daerah Kinta menghantar notis untuk kosongkan tanah yang didiaminya sebelum atau pada 28/10/08 dan jika gagal untuk mengosongkan kawasan itu maka tindakan mahkahmah akan diambil dimana setiap penghuni akan dikenakan denda sebanyak RM10,000 ataupun hukuman penjara sebanyak 12 bulan.
Penerimaan notis adalah benar, minta kosongkan tempat pun benar, jika gagal hukuman setimpal pun benar......habis apo yang tak benar?
Orang seperti Pulikesilah yg tak benar dan tak ikhlas dalam perkara begini. Asyik nak cari "political mileage" konon.

Menurut kajian saya, jumlah penghuni adalah sebanyak 20 buah keluarga dan hanya 11 keluarga sahaja mengalami masalah dikawasan itu disebabkan oleh JPS. Dulu JPS tak nak buat langsung, sekarang selepas Pakatan Rakyat ambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Perak, JPS pula nak tunjuk effesiennya pulak. Kalau nak tunjuk effisien dalam panjang lebarkan Sg.Kinta.....no problem....tapi jangan menderitakan rakyat.

Setahu saya, masalah ini telahpun dikendalikan oleh rakan-rakan dari PKR dan mereka sedang berkerja keras untuk menyelesaikan masalah ini. Sebagai langkah pertama, surat makluman telah pun dihantar kepada YAB Menteri Besar Perak dan juga kepada Pejabat Tanah Daerah Kinta.
Sebagai langkah kedua, Pengerusi Jawatankuasa Tanah Kawasan Gunung Cheroh akan membuat segala urusan dengan badan kerajaan dalam mengatasi masalah ini.
Langkah ketiga......habislah cerita.

Wednesday, October 22, 2008

Nak tunjuk berani kat perempuan pulak

"Open Court is a legal term in the United States defined by the appearance by a party or their attorney in a public court session such as during a trial. Normally, the public may be present at trials, hearings and similar routine matters."

Mungkin pegawai-pegawai Polis yang menjaga pintu di Mahkamah semasa perbicaaran kes Uthayakumar HINDRAF yang tidak berkelakuan perikemanusiaan itu harus baca dan faham dengan definasi yg diberikan.

Wanita yang bernama Loganayagi telah dikasari oleh Polis sehingga wanita itu pengsan diperkarangan mahkamah semasa perbicaraan kes Uthayakumar. Takkan Polis nak tunjuk kehebatannya pada seorang wanita. Kenapa pula Pegawai Polis wanita tidak dapat dilihat dikali lima mahkamah. Takut nak turun padang atau takut sangat untuk berdepan dengan rakyat.....buat malunya.

Cukuplah.....setiap kali nampak sahaja kumpulam kaum India disatu kawasan mereka hanya dianggap sebagai pengkhianat,pengacau dan macam-macam lagi dinegara ini.....sebaliknya, selama ini apa yang negara ini pernah lakukan untuk Kaum India? ISA sahaja. Polisi diskriminasi masih dapat dilihat dan bilakah kerajaan Barisan Nasional akan ubah perangainya? Mungkin tidak....

Apakah kesalahan yang dilakukan oleh mereka ini dan kenapakah Polis berkelakuan sedemikian terhadap wanita ini? Adakah Kerajaan akan mengambil tindakan susulan terhadap Pegawai Polis tersebut ? Kita tunggu dan lihat.

Oh ya, apa sudah jadi dengan hero-hero Pemuda MIC.....batang hidung langsung tidak kelihatan diperkarangan Mahkamah? Lain kali janganlah politikkan isu yang remeh temeh untuk mengaut untung diarena politik semasa. Kalau berani, buatlah perkara yang sepatutnya dibuat demi kepentingan Rakyat.....dan janganlah buat perkara yang boleh menjatuhkan imej sendiri. Kan bagus. Fikirlah.