Thursday, November 6, 2008

Usul mengenai peperangan di SRI LANKA

Usul mengenai isu peperangan di Sri Lanka telah disampaikan oleh YB M.Kula Segaran pada pagi semalam (05/11/08) dan keputusannya pula akan diketahui pada hari ini (06/11/08).

Usul yang disampaikan oleh YB M.Kula Segaran berbunyi seperti berikut:


05 November 2008

Tan Sri Yang DiPertua Dewan Rakyat,

Saya M.Kula Segaran Ahli Parlimen kawasan Ipoh Barat di bawah Peraturan Mesyurat 18(1) dengan ini mencadangkan supaya ditangguhkan Majlis Mesyurat dengan hendak merundingkan perkara tertentu, berkenaan kepentingan orang ramai, yang berkehendak disegerakan teks usul seperti berikut:

SITUASI DI SRI LANKA

Pemusnahan satu kaum di Sri Lanka pada kaum minoriti Tamil menjadi satu ion yang bertentangan sejarah kini. Kesemua masyarakat antarabangsa termasuk Malaysia, kini berdiam diri sehingga peperangan ini mencetuskan satu scenario dimana beribu-ribu kaum Tamil telahpun dipindah dan dijadikan hamba pelarian di tanah sendiri.

Mereka terpaksa memberanikan dirinya untuk menghadapi Tentera Laut Sri Lanka untuk menyeberangi laut bagi menyelamatkan diri daripada pengkhianat untuk mencapai tanah Tamil Nadu bagi mendapatkan nafas baru kehidupannya. Manakala bantuan yang diberikan kepada mangsa adalah satu janji daripada India terhadap kaum minoriti Tamil.

Kita sebagai rakyat Malaysia pernah menentang peperangan dan pembunuhan kaum minoriti yang berlaku diseluruh dunia, tetapi kini kita berdiam diri. Situasi ini amat mengejut serta menghairankan. Kita seharusnya, berani bersuara dan patut mendesak kesemua masyarakat dunia untuk mangambil langkah dalam menyelesaikan perselisihan ini.

Malaysia patut bercampurtangan dan harus mencari jalan penyelesaian seperti menentang segala tindakan pembunuhan minoriti Tamil yang tidak bersalah khususnya orang awam.

Kita juga boleh hulurkan bantuan bagi melegakan operasi selaras dengan negara-negara ASEAN serta negara-negara Muslim, disebabkan sebahagian yang menjadi mangsa peperangan adalah terdiri daripada Tamil Muslims.

Dalam beberapa minggu yang lalu, lebih daripada 330,000 orang menjadi mangsa peperangan dan akibatnya mereka kehilangan tempat tinggal. Kesemua ini berlaku disebabkan ketiadaan sifat perikemanusiaan yang bebankan orang Tamil yang tidak bersalah. Kesemua mangsa kini mengalami kesukaran untuk mencari tempat tinggal, makanan dan ubat-ubatannya. Penderitaan dan kelaparan mangsa, adalah satu senjata untuk memaksa mereka menyerah diri. Ramai telah menjadi mangsa misi bom MIG27, MIG29 dan pesawat Kfir.

Mereka hanya menyerang kediaman, sekolah, hospital, kuil dan akibatnya orang awam menjadi mangsa khususnya kanak-kanak, wanita dan warga tua.

Kaum Tamil adalah bangsa yang mempunyai linguistik kebangsaan dan mengingkari keperluan asas mereka adalah satu niat yang tidak bersifat manusia dan satu kesalahan pada abad kini.

Oleh itu, usul untuk membincangkan kekejaman ini harus diutamakan kerana ianya menekankan dan perlu disegerakan sepenuhnya demi kepentingan masyarakat.

M.Kula Segaran
Ahli Parlimen Ipoh Barat

Wednesday, November 5, 2008

Presiden Baru Obama Mencatat Sejarah

Barrack Obama telah pun mencapai kemenangan dan menjadi Presiden Amerika Syarikat dengan mengalahkan Calon Republik John McCain.
Kemenangan terbesar bagi Obama ialah apabila beliau diisytiharkan pemenang di Ohio dan Pennsylvania - tempat berlakunya kempen yang paling panas dan sengit antara kedua-dua calon tersebut.
Obama yang akan memegang jawatan Presiden pada January 2009 terpaksa berdepan dengan krisis kewangan yang melanda seluruh dunia pada masa ini.
Jika Obama dapat mengatasi masalah krisis kewangan ini, maka nama baik beliau akan menggunung tinggi dan sudah sah seluruh rakyat antarabangsa akan memberi sokongan yang kuat kepada Obama.
Kita tunggu dan lihat.

Monday, November 3, 2008

Kenapa perlunya Timb.Datuk Bandar?

Hari ini, YB A.Sivasubramaniam (ADUN-Buntong) telah memberikan satu lagi tekanan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak, supaya melantik Timb.Datuk Bandar dengan serta-merta untuk mengurangkan beban Datuk Bandar yang sedia ada.
Beliau juga menyokong penuh dan mencalonkan nama YB M.Kulasegaran iaitu ahli parlimen Ipoh Barat untuk memegang jawatan tersebut.
Kenapakah YB A.Sivasubramaniam mencalonkan nama YB M.Kulasegaran? Beliau faham bahawa YB M.Kulasegaran adalah satu-satunya calon yang lebih mahir dalam segala masalah-masalah penduduk tempatan khususnya berkaitan dengan Kerajaan Tempatan dan lebih-lebih lagi YB M.Kula adalah seorang Peguam yang bertauliah dan mempunyai pengalaman yang luas.

Baru-baru ini beberapa perkara telah berlaku di Bandaraya Ipoh dan ramai pemerhati politik dan penduduk tempatan telahpun mengklasifikasikan tindakan MBI itu sebagai unsur-unsur sabotaj.
Benar atau tidak.......orang yang terlibat sahaja yang tahu keadaan sebenarnya.

Walaubagaimanapun saya ingin senaraikan beberapa kelakuan Kakitangan MBI dan kesengsaraan penduduk-penduduk dikawasan Ipoh Barat seperti yang berikut:

1. Datuk Bandar bersama rakyat di Dewan Orang Ramai Buntong pada jam pukul 7.00 pagi.

- Pelik tapi benar, Ahli Parlimen dan Adun Kawasan Buntong sampai lebih awal daripada Datuk Bandar. Apa yang pelik? Individu yang memegang jawatan Datuk Bandar adalah kakitangan Kerajaan dan individu tersebut haruslah sampai sebelum ataupun pada masa yang ditetapkan pada agenda majlis tersebut. Apa yang Benar? Datuk Bandar sampai pada pukul jam 8.00 pagi dan dijemput oleh Ahli Parlimen dan ADUN Buntong. (memang songsang)

Apa yang memeranjatkan adalah ADUN Buntong YB A.Sivasubramaniam tidak dimaklumkan dengan agenda tersebut dan beliau diberitahu oleh Pejabat Ahli Parlimen Ipoh Barat. Apabila dihubungi kebahagian Majlis, jawapannya pula lupa untuk memaklumkan. Bagus dan syabas !!!

2. Gangguan bekalan air dan bekalan eletrik di rumah pangsa Sg.Pari, Wallacourt dan Kinta Heights.

- Kesemua penempatan yang dinyatakan itu, berkedudukan di Kawasan Parlimen Ipoh Barat dan ketiga-tiga penempatan penduduk awam itu mengalami gangguan pada masa yang serentak dan sehingga hari ini tidak ada apa-apa siasatan dijalankan terhadap isu tersebut.

- Pengarah-pengarah jabatan pula tidak ada apa-apa plan alternatif selain daripada memberi alasan yang tidak wajar kepada penduduk.

- Salah seorang Pengarah Jabatan MBI, memberitahu kepada Ahli Parlimen dan penduduk Kinta Heights, bahawa Datuk Bandar mampu mendapat bantuan bekalan daripada JBA disebabkan oleh hubungan baik Datuk Bandar bersama Pengarah Urusannya.

(Kalau Datuk Bandar tidak mempunyai hubungan baik dengan JBA.........kering kontang flat itu)

3. 60 pegawai penguatkuasa turun padang di Bercham untuk aktiviti kebajikkan.

- Membantu pihak Pejabat Tanah & Pejabat Daerah untuk mengosongkan tanah yang didiami oleh pekebun-pekebun kecil Cina yang menduduk ditanah tersebut lebih daripada 50 tahun. Apa kebajikkannya? Atas arahan Datuk Bandar 60 Pegawai penguatkuasa turun padang dan berjaya menghancurkan mata pencarian 22 keluarga yang berada dalam keadaan daif.

- Kenapa Datuk Bandar terlibat? Beliau terlibat dalam hal ini disebabkan oleh permintaan daripada Pejabat Tanah & Pejabat Daerah untuk membantu satu syarikat swasta yang berhasrat untuk membina sebuah stesyen Minyak.
- Apa jadi dengan ADUN Bercham ? Adu...hai.....MBI kan mempunyai kuasa yang lebih mutlak daripada mana-mana pihak. Arahan Datuk Bandar !!!!!! Pegawai penguatkuasa tidak diarahkan untuk berunding dengan ADUN, maka itu bukan kesilapan pegawai....habis kesilapan siapa ....paham hanyalah....

"Kebiasaannya orang BN akan sesal kemudian atas kesilapan, tetapi rakyat pula akan sesal dengan serta merta atas kelakuan pemimpin itu. "
Kan baik kalau lantik Timb. Datuk Bandar sebelum apa-apa insiden yang tidak diigini berulang berlaku!!!!

Friday, October 31, 2008

Mesyuarat MBI yang panas....

Kadang-kala manusia ni... nak jadi glamour dalam sekelip mata dan hanya nak patuh kepada permintaan orang yang kenamaan, tetapi langsung tak ingat pada kebajikkan orang lain.

Siapa sebenarnya yang mainkan peranan penting dalam pembayaran gaji kakitangan kerajaan ni ? Rakyat tempatan...melalui cukai.....dah lupa ke?

Asyik nak fikir jadi hero kepada usahawan, ahli-ahli korporat dan syarikat swasta. Apa gunanya? Kalau rakyat merana....musnah kita? Sebelum buat sesuatu fikirlah masak-masak.


Dari dulu lagi kerajaan BN pun tak nak guna pakai "LOCAL AGENDA 21" dalam pentadbiran kerajaan tempatan walaupun dah beberapa kali sudah dibangkit disegala mesyuarat pada segala peringkat.

Lah ni, sebagai kerajaan PR....kitalah yang perlu gunakan " LOCAL AGENDA 21" itu..... sebab kita berkhidmat untuk kepentingan rakyat. Kalau rakyat selesa dengan undang-undang, maka tak perlulah nak risau pasal pembangunan ekonomi negara. Semasa nak membuat satu perkara mintalah pandangan penduduk tempatan dan wakil rakyat....ini tak de buat ikut suka hati......
Ceritanya begini.....(flashback sikit)

Pada 29 haribulan October 2008, semasa Ahli Parlimen Ipoh Barat berada di persidangan Parlimen, sebanyak 60 pegawai penguatkuasa MBI telah pun dikerahkan untuk kawasan bercham bagi mengosongkan tanah pertanian petani-petani cina.
Apabila ditanya, kenapakah pihak penguatkuasa MBI mencampur tangan dalam hal ini jawapannya pula, diminta bantuan....oleh syarikat tersebut bersama Pejabat Tanah dan Pejabat Daerah.
Menurut sumber, ianya dikatakan bahawa petani-petani cina itu menduduki tanah tersebut selama lebih daripada 50 tahun dan kesemua 22 keluarga pada masa ini hilang mata pencarian. Dulu "Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang".......lah ni mana nak pergi kais untuk makan.
Banyak perkara di Bandaraya Ipoh masih tidak diselesaikan, ini pula nak hantar sebanyak 60 pegawai penguatkuasa untuk membantu syarikat swasta yang kononnya nak membina stesyen minyak ditanah tersebut dibantu oleh MBI. Memang tak waras...........
Sebagai kerajaan tempatan, MBI harus memberi kepentingan kepada kebajikkan masyarakat tempatan dan harus memastikan ketiadaan kesan yang negatif yang langsung kepada masyarakat.
Hari ini pada Mesyuarat penuh MBI, YB M.Kulasegaran membidas segala tindakan dan campurtangan pihak MBI dalam hal ini. YB M.Kula juga bertanya pada Datuk Bandar,kenapakah sebagai wakil Parlimen kawasan tersebut beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara ini. Dalam ucapannya YB M.Kula menekan pihak MBI mengenai "LOCAL AGENDA 21" dan juga bertanya kenapakah rundingan awal tidak diadakan sebelum tindakan diambil.
Dalam jawapannya, Datuk Bandar berjanji akan mempertimbangkan segala keputusan yang diambil pada masa yang akan datang dan juga DATUK BANDAR langsung tidak membalas soalan yang ditanya mengenai "KENAPAKAH AHLI PARLIMEN, ADUN DAN AHLI MAJLIS tidak diberitahu mengenai hal ini?"


Rumusan.

Orang dah hilang mata pencarian...ini pula nak rumusan.

Thursday, October 30, 2008

80 peratus setuju untuk penukaran nama

Pada 28 haribulan October 2008, YB Kula Segaran bersama rakan-rakannya telah pun turun padang untuk membuat kajian mengenai penukaran nama jalan silibin kepada jalan P.Patto.
Ianya amat amat memeranjatkan dan mengembirakan dimana, ramai orang memang kenal dengan Saudara P.Patto dan mula bertanya kenapa mengambil begitu masa yang lama untuk menamakan jalan untuk pemimpin politik mereka?

Walaubagaimanapun ada juga beberapa pihak tidak setuju untuk menamakan Jalan Silibin kepada Jalan P.Patto atas alasan yang tidak munasabah.


Tidak lama lagi Jalan P.Patto akan kelihatan.................di Bandaraya Ipoh ini.