Saturday, January 2, 2010

MIMPI UNTUK MEMPERBODOHKAN RAKYAT PERAK OLEH MENTERI BESAR YANG BEROTAK UDANG

Jangan kata sebarangan untuk mengkaburkan mata rakyat. Jikalau benar Dato Seri Zambry mempunyai nilai-nilai ketelusan dalam pentadbiran Negeri, maka cara yang paling bagus untuk mengakhiri krisis Perak adalah dengan pembubaran DUN dengan merta. Beranikah Zambry berbuat demikian? Jikalau tidak jangan menggunakan perkatan “KEPENTINGAN RAKYAT DIUTAMAKAN” dalam mana-mana kenyataan akhbar.

Mungkin Zambry sudah tidak ada lagi cara-cara jampi yang lain selain daripada menggunakan slogan 1Malaysia. Janganlah melacurkan slogan yang mempunyai nama baik negara ini demi kepentingan politik sendiri.

Dulu rampasan kuasa hanya boleh didengar dalam sebuah parti politik sahaja tetapi kini ianya sudah maju dengan lampau selepas Najib mengambil alih pentadbiran negara. Golongan besar rakyat negeri Perak tidak mahu seorang penyamun kuasa rakyat untuk memegang jawatan di Negeri Perak.

Selepas gagasan 1Malaysia dilancarkan, beberapa perkara yang tidak diigini oleh rakyat telah mula mengorak langkah untuk mengkaburkan mata rakyat. Rakyat didahulukan untuk dijadikan mangsa dan bukannya untuk menikmati kemudahan Kerajaan.

Rampasan kuasa yang berlaku dinegeri Perak adalah satu-satunya korupsi yang paling terbesar pada tahun 2009. Pemimpin-pemimpin yang berdarah bisa telah menghancurkan visi,misi serta mandat rakyat negeri Perak.

Walaupun rampasan kuasa yang berlaku dinegeri Perak melukakan hati rakyat negeri, namun mereka masih keliru dimana kenapakah pentadbiran Najib tidak mahu mendahulukan kepentingan rakyat Perak serta kenapakah wujudnya kelewatan dalam sistem perundangan negara bagi mengakhiri krisis Perak? Adakah kelewatan ini didahulukan sejajar dengan gagasan 1Malaysia? Dimanakah letaknya ketelusan pentadbiran BN dalam menangani krisis Perak?

Inilah karena dan arena politik BN yang mementingkan kekayaan kuasa politik. Inilah pentadbiran yang mempunyai lunas-lunas perjuangan songsang yang bertentangan dengan kemahuan rakyat. Inilah kerajaan yang tidak mahu fikir panjang serta rakus. BN sememangnya tahu bahawa tindakan mereka yang mewujudkan krisis dinegeri Perak akan membawa penderitaan kepada warga negeri tetapi cita-cita mereka bukannya untuk mendahulukan rakyat tetapi menderitakan rakyat.

Saya ingin membidas kenyataan Dato Seri Zambry yang mengatakan bahawa “Kita mahu rakyat hidup aman damai, bersatu padu dan mengetepikan permusuhan serta perpecahan sesama masyarakat” adalah satu penipuan yang paling besar oleh Zambry kepada rakyat negeri ini.

Tuesday, December 22, 2009

Laporan polis terhadap penganjur perhimpunan haram



Tarikh laporan : 22 December 2009
Nama pelapor : Sugumaran A/L Periasamy
Jawatan : Setiausaha, Pasukan Khidmat DAP Jelapang
No. Kad pengenalan : 780405-075087
Alamat :11B, JALAN DATO SERI AHMAD SAID, GREENTOWN, 31400
IPOH, PERAK.


Ingin membuat laporan Polis terhadap penganjur-penganjur yang mengadakan demonstrasi yang menyalahi undang-undang dihadapan pejabat DAP Perak yang terletak di Medan Istana Ipoh, pada 20 December 2009, pada waktu pagi.

Melalui akhbar tempatan, saya dapat tahu bahawa seramai 300 orang penunjuk perasaan telah mengambil tempat dalam perhimpunan haram itu, khususnya daripada parti UMNO, MCA, PPP dan juga beberapa ahli daripada kumpulan NGO. Perhimpunan haram yang mengambil masa lebih kurang satu jam itu akhirnya meninggalkan satu MEMORANDUM yang dialamatkan kepada YB Kula Segaran dan YB Nge yang berbunyi “MENDESAK MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA” dalam peti pos pejabatnya.

Dalam memorandum itu, secara terang-terangnya kumpulan tunjuk perasaan itu mengatakan bahawa mereka “rasa marah dan terkilan” serta menyatakan “tiada maaf bagi kamu” dalam kandungan memorandum yang berbentuk surat itu.

Selepas meneliti serta membaca penuh memorandum itu, saya amat pasti bahawa permintaan mereka yang mendesak YB Kulasegaran dan YB Nge untuk meminta maaf adalah satu kelakuan yang tidak bermoral serta boleh membawa ketegangan diantara masyarakat umum. Saya juga telah mengenal pasti beberapa individu yang telah menganjurkan perhimpunan haram ini untuk tindakan susulan pihak Polis, iaitu Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Shamsul Baharin Putera, Timbalan Ketua Pemuda Parti Progresif Rakyat (PPP) Perak Ravi Chandran dan Wakil Pemuda MCA Ipoh Barat, Lim Huey Shen.

Selain daripada menganjur perhimpunan haram itu, mereka juga secara tersiratnya bertindak untuk meretakkan keamanan serta mewujudkan satu suasana yang kecoh dengan membawa beberapa kain sepanduk dengan berniat untuk memprovokasikan rakyat sejagat.

Oleh yang demikian, saya mendesak pihak berkuasa terutama Polis supaya mengambil tindakan segera mengheret kesemua individu yang menganjur perhimpunan haram ini ke Mahkahmah untuk dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya.

Sekian laporan saya.


P.Sugumaran
Setiausaha, Pasukan Khidmat DAP Jelapang
(Bekas Setiausaha Politik, YB M.Kulasegaran)

Monday, December 21, 2009

“MCA DAN PPP HAMBA UMNO; JANGAN MENYAMAR SEBAGAI PEMBELA KAUM ISLAM”

Apakah daya MCA & PPP dalam menjaga martabat kaum Islam dinegara ini? Mereka ini seolah bertindak sebagai kutu-kutu mangsa keadaan dan paksaan oleh UMNO/BN. Tanpa mereka, pelampau-pelampau UMNO/BN sememangnya tidak dapat bersuara kerana UMNO/BN sudah tahu suara mereka untuk menjaga serta mempertahankan hak kaum Islam adalah satu GIMIK POLITIK.

Pemimpin DAP tidak pernah menggangu detik nadi bangsa Melayu dinegara ini kerana kami faham dengan apa yang dinyatakan dalam perlembagaan persekutuan artikel 153. Kelakuan melampau ini bukannya satu situasi yang tidak dijangka tetapi hairan dan pelik dengan kelakuan si pengecut dari MCA dan PPP yang suka mahu menari ikut rentak UMNO/BN.

Dimanakah letaknya maruah dan pendirian ahli-ahli MCA dan PPP dalam isu ini? Adakah mereka ini mewakili seluruh kaum Cina dan India dinegara ini untuk menyuarakan ketidakpuashatian serta membantah tindakan ahli parlimen yang menyoal tentang Ketuanan Melayu? Adakah mereka ini membantah sekeras-keras kepentingan “Ketuanan Rakyat”?

Seluruh rakyat dinegara ini sudah pasti akan terbeliak biji mata yang tidak sangka orang-orang MCA dan PPP yang begitu lemah dan kurang ajar membuat tuntutan sehingga mendesak DAP untuk meminta maaf secara terbuka mengenai isu Ketuanan Melayu. Bagi saya, mereka ini adalah golongan-golongan pengikut ajaran politik songsang UMNO/BN yang langsung tidak mempedulikan kepentingan kaum bukan melayu dinegara ini.

UMNO/BN adalah satu kumpulan politik yang sudah hilang arah dalam menegakkan kepentingan semua rakyat Malaysia dibawah laungan konsep 1Malaysia. Bagi saya, Melayu UMNO/BN yang tidak boleh terima kritikkan serta menegak kepentingan “Ketuanan Rakyat” memaparkan kelemahan mereka. Mereka ini bukanlah Melayu yang bertenaga seperti zaman dahulu yang sanggup mempertahankan maruah berbilang bangsa tanpa mengira kaum dan agama demi kemakmuran dan kesejahteraan negara ini.

UMNO/BN adalah ektrimis Islam sehingga mencemarkan nama baik rakan-rakan Melayu yang lain yang benar-benar faham dengan salahsilah sejarah negara serta kepentingan kaum Islam dinegara ini. Tidak pernah kami menafikan kehebatan dan kebijaksanaan rakan-rakan Melayu dinegara ini yang menjadi penentu dalam segala aspek kemajuan Malaysia diperingkat antarabangsa. Tetapi kelakuan segelintir kumpulan pelampau UMNO/BN mencerminkan kebiadapan serta menggangu keharmonian negara ini boleh dianggap tindakan yang mahu memecahbelahkan perpaduan rakyat.

Kami tidak pernah menuntut supaya kerajaan Malaysia memberikan layanan yang saksama kepada bukan Melayu tetapi kami mahu Kerajaan menjaga kepentingan semua rakyat dari segi social, ekonomi, pendidikan, agama serta kebebasan bersuara harus dijadikan agenda utama pentadbiran negara. Adakah tuntutan ini menggangu emosi mana-mana pihak kaum?

Penyertaan wakil MCA dan wakil PPP yang mengambil bahagian dalam penyerahaan memorandum semalam dipejabat DAP, sudah sah menyatakan bahawa mereka ini diugut oleh puak-puak UMNO/BN serta NGO yang dikuasai oleh UMNO/BN.

Saya ingin mencabar wakil MCA dan PPP supaya nyatakan pendirian mereka dalam isu ini dengan menyatakan bahawa mereka tidak peduli dengan “Ketuanan Rakyat” dan mahu menegakkan “Ketuanan Melayu” sehingga menggadai maruah mereka untuk menjadi hamba abdi kepada UMNO/BN.

Saturday, December 12, 2009

Tidak wujud kewajipan untuk M.Kulasegaran meminta maaf ; Ravi Chandran patut minta maaf pada M.Kula.

Negara kita kini berada dalam kemelut diantara kepentingan “KETUANAN MELAYU” dan “KETUANAN RAKYAT”. Media massa yang dikuasai Kerajaan Barisan Nasional dan UMNO sudah memulakan perangai mereka untuk memutarbelitkan fakta-fakta sebenar untuk sengaja membangktikan isu perkauman dinegara ini.

Yang lebih memalukan adalah kenyataan bodoh Pemuda PPP Ravi Chandran yang menyatakan “KACANG MELUPAKAN KULIT” terhadap YB M.Kulasegaran, menunjukkan kematangan politik beliau dalam arena politik ala dimensi baru. Pada masa yang sama ini juga menunjukkan bahawa Ravi Chandran sudah jatuh pada perangkap pelampau-pelampau Melayu yang terdiri daripada Kumpulan NGO yang dipengaruhi oleh UMNO.

Siapakah sebenarnya “Kacang melupakan kulit?” Ahli Parlimen Ipoh Barat M.Kulasegaran adalah seorang ahli politik yang dihormati dan disanjungi tinggi didalam kalangan rakyat kerana beliau tidak pernah leka untuk menyuarakan isu-isu semasa yang mengandungi kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa,agama dan kaum? Bagaimana pula dengan PPP? Satu parti yang mempunyai barisan pemimpin yang berperangai “Kacang melupakan kulit” sehingga tamak kuasa dan tidak mahu patuh pada permintaan parti.

Untuk makluman Ravi Chandran, ramai ahli-ahli PPP tidak lagi relevan dalam barisan nasional dan janganlah mencuba seorangan diri untuk menari mengikut rentak muzik UMNO/Barisan Nasional. Ingin saya menasihati Ravi Chandran supaya jangan membuat apa-apa kenyataan akhbar yang tidak relevan ataupun untuk menjatuhkan maruah dan martabat pejuang kaum India yang mempunyai nilai kehormataan negara.

Bagi saya individu seperti Ravi Chandran adalah satu simbol penghinaan kaum India yang sudah melupakan ciri-ciri keberanian yang kaum India dinegara ini. Ravi chandran adalah satu malapetaka yang diselubungi kelakuan hamba abdi UMNO/BN kepada parti mereka. Jikalau benar kenyataan Ravi chandran tidak kena mengena dengan PPP, maka Presiden PPP harus mengambil tindakan untuk melucutkan keahlian sipengecut ini dengan serta merta.

Isu yang dibangkitkan oleh YB M.Kulasegaran adalah mengenai “Ketuanan Melayu” untuk menegak keadilan secara sama rata kepada semua golongan rakyat Malaysia serta persoalan ini timbul disebabkan oleh laungan Perdana Menteri yang menyatakan 1Malaysia. Jikalau kita dapat teliti secara dalam, konsep 1Malaysia sepatutnya membuka ruang kepada semua kaum dinegara ini tanpa apa-apa unsur diskriminasi untuk bersaing maju secara setimpal. Bukannya mewujudkan kumpulan pelampau-pelampau Melayu yang menjadi ancaman kepada seorang wakil rakyat.

Oleh yang demikian, saya berpendirian bahawa, tidak wujudnya kewajipan untuk YB M.Kulasegaran untuk meminta maaf kepada mana-mana pelampau Melayu kerana beliau mempunyai keistimewaan immunity sebagai seorang ahli parlimen untuk menyoal dan menyuara tanpa apa-apa halangan berhubung apa jua isu.

Pada masa yang sama ingin saya memberikan amaran kepada kumpulan pelampau Melayu supaya janganlah cuba untuk mewujudkan satu scenario yang tidak diingini berlaku seperti Mei 13 dinegara ini. Kita harus mencari jalan untuk meredakan isu ini dan bukannya untuk mengapikan-apikan isu perkauman.

Sekian

LAPORAN POLIS TERHADAP UTUSAN MALAYSIA DAN ZAINI HASSAN




Tarikh laporan : 12 December 2009
Nama Organisasi yang melapor : DAP, Kumpulan Khidmat Jelapang
Nama pelapor : Wong Yoon Choong / P.Sugumaran
Jawatan : Pengerusi / Setiausaha
No. Kad pengenalan : 570925-08-6315 / 780405-07-5087
Alamat : No: 40 A, Jalan Laksamana, 30100 Ipoh.

Ingin membuat laporan Polis terhadap Utusan Malaysia dan Pengarang Kanannya yang bernama Zaini Hassan yang mengambil inisiatif untuk menerbitkan artikel yang berniat untuk menjatuhkan maruah kaum India dengan tajuknya yang berbunyi “'Alkisah India di India dan India di Malaysia”

Dalam artikel tersebut pengarang telah menuduh secara melulu mengenai asal usul kehidupan kaum India serta menuduh secara tersirat dimana kaum India adalah satu kaum yang suka mengungkitkan kekecohan dinegara ini dan sebagai alasannya Zaini Hassan menunding jari pada industri wayang India. Lebih-lebih lagi beliau juga menuduh beberapa kumpulan professional kaum India, khususnya Majlis Peguam serta yang menjadi ahli Parlimen dengan menyatakan kumpulan ini sering buat bising.

Selain daripada itu, pengarang tersebut juga telah menggunakan perkatan “KELING” dalam artikelnya serta artikel beliau telahpun dicetak keluar oleh UTUSAN MALAYSIA tanpa mempedulikan kaum India dinegara ini. Tindakan kedua-dua entiti ini boleh dianggap sebagai satu jalan untuk menghina serta menjatuhkan maruah kaum India dinegara ini.

Oleh yang demikian kami mendesak pihak berkuasa terutama polis supaya mengambil tindakan segera mengheret Zaini Hassan serta Utusan Malaysia ke mahkamah untuk dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya.

Sekian Laporan kami.


Bagi Pihak Kumpulan Khidmat DAP Jelapang

Wong Yoon Choong / P.Sugumaran