Tuesday, October 21, 2008

Berapakali nak tolak

Ianya sudah menjadi satu amalan biasa di Parlimen, dimana setiap kali jika pihak pembangkang ingin membincang mengenai satu usul maka ianya akan ditolak dengan alasan yang tidak munasabah.

Parlimen adalah satu tempat yang dianggap mulia bagi membincangkan satu perkara yang mustahak, yang segera dan juga yang mempunyai kehendak masyarakat. Tetapi, setiap kali perkara yang penting dipandang remeh temeh di Parlimen disebabkan oleh ..........(apo lagi) sebab kerajaan Barisan Nasional.

Pengharaman HINDRAF menunjukkan bahawa, kerajaan masih tidak mempunyai nilai-nilai perikemanuasiaan dan takut pada kebenaran. Walaupun usul YB M.Kula segaran ditolak, rakyat masih mempunyai kepercayaan pada Ahli Parlimen ini.

Teks usul mengenai Pengharaman HINDRAF adalah seperti berikut:



16 Oktober 2008

Tan Sri Yang DiPertua Dewan Rakyat,

Saya M.Kula Segaran Ahli Parlimen kawasan Ipoh Barat di bawah Peraturan Mesyurat 18(1) dengan ini mencadangkan supaya ditangguhkan Majlis Mesyurat dengan hendak merundingkan perkara tertentu, berkenaan kepentingan orang ramai, yang berkehendak disegerakan teks usul seperti berikut:

TINDAKAN YANG TIDAK ADIL, TIDAK WAJAR DAN LARANGAN YANG DIKENAKAN IKUT SUKA GENGGAMAN TERHADAP HINDRAF.

Rakyat secara keseluruhan melanda dalam kejutan dan mula menyuara menentang tindakan kerajaan terhadap pengharaman yang dikenakan pada HINDRAF. HINDRAF adalah nadi kaum India yang selalunya menyuarakan masalah sosio-politik dari peringkat akar umbi yang kini disekat berbuat apajua aktivitinya dan di-isytiharkan sebagai pertubuhan haram.

Ini menunjukkan kegagalan kerajaan walaupun Negara ini dikatakan bebas dan adil. Ianya adalah satu tindakan yang keji dan penghinaan kepada rakyat oleh Kerajaan Persekutuan yang selalunya khuatir terhadap perkara kecil yang juga mempunyai ciri-ciri perjuangan yang disiplin.

HINDRAF adalah satu pertubuhan yang patuh pada undang-undang dan juga hanya melakukan bantahannya secara demokrasi, aman dan damai.

Selain daripada pengharaman ini, kerajaan harus mancari satu jalan penyelesaiaan yang alternatif dengan mengesahkan permintaan HINDRAF dan harus menggunakan cara yang diplomasi secara bijaksana dan berwibawa untuk mengatasi masalah-masalah asas kaum India seperti isu kemiskinan dan kekurangan peluang.

Rakyat sememangnya menentang pengharaman ini dan juga rakyat sendiri dapat melihat dengan jelas tipu helah ini sebagai satu senjata kerajaan Barisan Nasional yang selama ini dipimpin oleh pemimpin UMNO yang tidak mempunyai daya pemikiran yang matang.

HINDRAF adalah penting untuk menyatukan rakyat bagi mencapai pembinaan Negara dan proses pemulihan Negara bagi merasai suasana bersatu didalam Negara. Tetapi realitinya pula songsang dan tindakannya adalah mundur, berniat dendam dan remeh temeh.

Mengharamkan HINDRAF akan memburukkan situasi dan akan melahirkan perasaan tidakpuashati daripada kaum India terhadap Kerajaan BN. Kami mendesak supaya kerajaan membatalkan pengharaman yang dikenakan pada HINDRAF dengan sahkan pertubuhan ini.

Rakyat akan berusaha bersama HINDRAF untuk melaungkan pengharaman yang tidak wajar ini dan akan mengadakan kempen seluruh Negara untuk menekan pihak berkuasa sehingga membatalkan sekatan yang dikenakan.

Pihak berkuasa juga harus memberi tawaran yang ikhlas untuk pendaftaran HINDRAF dan sahkan segala tekanan yang dihadapi oleh kaum India .

Pengharaman yang dikenakan terhadap HINDRAF adalah satu bukti dimana kerajaan BN masih gagal untuk mempelajari kegagalan pilihanraya MARCH 8 dimana rakyat sendiri menentang kezaliman dan penyalahagunaan kuasa sehabis-habisan.

Terima Kasih.

Yang Benar

M. Kula Segaran
(Ahli Parlimen Ipoh Barat)

No comments: