Ramai penduduk tempatan termasuk beberapa ahli politik (bukan dari PR) beria-ria nak menjadi penukaran nama Jalan Silibin kepada Jalan P.Patto sebagai satu isu yang bermotifkan politik. Ramai diantara mereka gagal untuk memahami situasi sebenar dalam hal ini.
Walaubagaimana pun, beberapa cadangan telahpun diutarakan kepada pihak kerajaan oleh YB M.Kulasegaran dan pada masa ini pihak pejabat kami masih menunggu kelulusan daripadanya. Sepertimana yang dikatakan oleh beberapa pihak, YB Kulasegaran bukannya calang-calang orangnya dan juga beliau bukannya seorang yang mementingkan diri sendiri.
Jika seorang individu mula mencari untuk menjadi popular dalam isu begini, maka individu itu tidak perlulah turun padang bagi membuat tinjauan sebelum implementasikan satu perkara. Sebagai seorang Ahli Parlimen dan Ahli Majlis, YB Kulasegaran hendak mengguna pakai Local Agenda 21 dan dengan itu beliau dapat mempertimbangkan suara dan pendapat rakyat tempatan didalam perkara ini.
Ramai telahpun mencadangkan bahawa nama mendiang P.Patto harus diberikan kepada Jalan yang berlainan ataupun kepada kepada sebuah Bangunan ataupun kepada satu taman rekreasi. Semua cadangan dan kritikkan telahpun diambil kira dan diteliti untuk kepentingan rakyat.
Isu ini telahpun dijadikan suatu berita yang begitu hangat di akhbar semasa sejak beberapa hari yang lalu dan apa yang mengembirakan adalah kesemua artikel-artikel ini melahirkan satu imej yang baru kepada mendiang P.Patto.
No comments:
Post a Comment