Jikalau seorang insan sudah merealisasi kesilapan dan minta maaf terimalah dengan hati yang terbuka dan janganlah berniat untuk meniupkan isu perkauman demi kepentingan agenda politik sendiri.
Kenyataan akhbar Naib Ketua Pemuda UMNO Simpang Empat Hutan Melintang, Mohd Najib Mohd Mokhtar yang berpendirian meminta Sdr Lim Kit Siang dan YAB Lim Guan Eng untuk meminta maaf mengenai isu memijak gambar-gambar pengkhianat Pakatan Rakyat adalah satu niat jahat serta boleh dianggap satu permintaan yang bodoh yang tidak berasa dan langsung tidak masuk akal.
Janganlah mengambil sikap mempertahankan diri untuk membela pengkhianat yang membawa padah kepada seluruh warga negeri Perak demi kepentingan diri sendiri terutama selepas UMNO catat prestasi yang buruk dalam pilihanraya raya umum yang lepas.
Mohd Najib Mohd Mokhtar hanya mementingkan kedua-dua pengkhianat Pakatan Rakyat yang beragama islam dan bukannya mengenai seorang lagi yang beragama cina. Ini sudah sah menyatakan bahawa UMNO adalah satu parti yang mementingkan satu kaum sahaja serta kenyataan Mohd Najib Mohd Mokhtar boleh mencetus isu perkauman dinegara ini.
Kita perlu melihat perkara ini secara keseluruhan dan bukannya cuma untuk mempertahankan orang Melayu sahaja. Sejak dahulu lagi pemuda UMNO mempunyai sikap yang lemah dan adakala tidak tahu motif sebenar untuk mempertahankan pendirian walaupun tahu diri mereka bersalah selain menunding jari pada orang lain pada setiap kesalahan mereka.
Dalam pada itu, selepas pilihanraya umum yang lalu, pemuda UMNO berkata mereka sudah menolak politik perkauman tetapi mereka secara terang-terangan mempersoalkan mengapa orang Melayu dipijak oleh yang bukan Islam. Bukankah ini menunjukkan bahawa pemuda UMNO berkelakuan racis?
Kenapakah pimpinan pemuda UMNO seperti Mohd Najib tidak bersuara semasa kuncu-kuncunya berarak dengan kepala lembu yang berdarah sehingga memalukan kaum lain. Adakah kegiatan kutuk seperti itu dibenarkan dalam agama Islam untuk menunjuk perasaan pada satu kaum yang lain?
Saya juga ingin mempertikaikan kelakuan Mohd Najib yang tidak terima kemaafan Setiausaha Negeri DAP Sdr Nga Kor Meng bagi pihak DAP Perak terhadap kesilapan yang dilakukan semasa Konvensyen DAP Negeri Perak.
Tindakan Mohd Najib yang meminta Penasihat DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang untuk meminta maaf kepada seluruh umat Islam dinegara ini adalah satu permintaan yang biadap yang mempunyai unsur perkauman serta berniat untuk memanipulasikan isu ini demi kepentingan agenda politik sendiri.
Saya juga ingin mengingatkan pimpinan UMNO/BARISAN NASIONAL bahawa individu seperti Mohd Najib adalah liabiliti kepada orang Islam dan UMNO kerana mereka inilah yang akan mewujudkan risiko yang paling tertinggi dinegara ini untuk mempecahbelahkan perpaduan kaum serta akan mengugat keamanan negara ini.
Oleh yang demikian, sikap Mohd Najib yang menyatakan DAP tidak ikhlas meminta maaf itu memapaparkan kelakuan kejam mereka dan kemungkinan besar ramai rakyat Negeri Perak berpeluang untuk melihat wajah sebenar pimpinan pemuda UMNO yang mempunyai unsur-unsur jijik.

No comments:
Post a Comment