Tuesday, January 26, 2010

“SAMA ADA RAVICHANDRAN DARI PPP, BUTA MATA ATAU BUTA POLISI”


Kenyataan Akhbar Sugumaran Periasamy – Pengarah, Biro Pendidikan Politik, DAPSY Perak berhubung “SAMA ADA RAVICHANDRAN BUTA MATA ATAU BUTA POLISI”

Pemikiran intelektual akan memperkembangkan kepekaan dan komitmen terhadap masalah-masalah rumit yang berunsurkan diskriminasi kemanusiaan dan ianya perlu dipertingkatkan sebelum mengulas kenyataan mana-mana pihak. Seorang ahli politik harus mempunyai hati murni serta patut berkemampuan untuk berfungsi secara prima.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ravichandran berhubung isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat, YB.M.Kulasegaran adalah menyifatkan kelemahan serta menyerlahkan lagi kebudakkan beliau dalam isu ini. Ravichandran boleh dianggap sebagai “Pengkhianat kemajuan rakyat berbilang kaum”. Kelakuan Ravinchandran memaparkan secara terang-terang dimana beliau bukannya hilang berkelayakan untuk menjadi seorang pemimpin malah tidak berdaya untuk berfikiran rasional dan kolektif untuk kemajuan semua bangsa dan kaum.

Isu yang dibangkitkan oleh YB M.Kulasegaran adalah satu isu yang dapat dilihat sejak kemerdekaan serta yang paling mustahak dan kepimpinan BN/UMNO patut mencari saluran untuk menyelesaikan skim yang mengdiskriminasikan bukan bumi.

1Malaysia. Apakah erti sebenar polisi ini? Dapatkah Ravinchandran memberikan definasi sebenar laungan ini. Kaum India dinegara ini cukup patuh bila pemimpinannya dapat dijadikan teladan. Tetapi pemimpin nakal seperti Ravichandran akan menghapuskan lagi segala perjuangan dan akan mengadai maruah bangsanya kepada BN/UMNO. Dimanakah letaknya keteladanan Ravichandran dalam menangani isu Kaum India.

YB M.Kulasegaran adalah payung pembenar politik salah laku oleh BN/UMNO. Jangan cuba untuk memperkecilkan segala usaha dan sumbangan beliau dengan mengeluarkan kenyataan akhbar semata-mata untuk publisiti murahan politik. Segala keburukkan dan malapetaka daripada Dasar Ekonomi Baru telah dipersoalkan untuk kemajuan rakyat sejagat dan bukannya untuk kepentingan beliau. YB M.Kulasegaran, mempunyai visi dan misi yang berpandangan jauh demi menegakkan kemajuan semua kaum dinegara ini.

Ravichandran bertindak seolah untuk melumpuhkan kemajuan satu kaum tanpa menghiraukan perasaan kaum tersebut. Keadilan dari segi sosial dan ekonomi bagi seluruh rakyat Malaysia patut diimplimentasikan secara terbuka dan jikalau gagal berbuat demikian maka gagasan 1Malaysia adalah boleh dianggap sebagai pengkhianat bukan bumi dinegara ini. Dapatkah rakyat berbilang kaum menghayati segala peluang yang dihulurkan oleh kerajaan tanpa batasan kaum.

Hak bertanya adalah kedaulatan seorang Ahli Parlimen dan ianya tidak boleh dipertikaikan secara membuta tuli serta sewenang-wenangnya.

Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Ravichandran bahawa, pendirian songsang beliau berhubung kepentingan kaum Bukan Bumi dinegara ini telah mencalar imej kepentingan seorang warganegara dan juga ingin menekan bahawa adakah pendirian itu pendirian parti ataupun diri sendiri?

Jikalau benar Ravichandran mempunyai keberanian serta kecerdikan dalam isu-isu semasa politik maka saya cabar beliau untuk berdebat dengan pemuda DAP Perak berhubung mana-mana isu politik semasa. Jangan memperlekehkan kehebatan seorang pemimpin DAP malah kalau berani mari berdebat dengan Pemuda Dap dan biar rakyat yang menentukan siapa pembela rakyat dan pengkhianat rakyat.

Sekian.

No comments: