Thursday, February 18, 2010

“BANTAHAN PEMUDA BN TERHADAP 50 AHLI PARLIMEN AUSTRALIA MENUNJUKKAN KELEMAHAN POLITIK SEBENAR KJ”

Kenyataan Akhbar Sugumaran Periasamy (Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP Sosialis Perak) - “BANTAHAN PEMUDA BN TERHADAP 50 AHLI PARLIMEN AUSTRALIA MENUNJUKKAN KELEMAHAN POLITIK SEBENAR KJ”

Pemuda BN jangalah berkelakuan seperti “BADUL SARKES” dengan jemputan Ketua Pemuda UMNO/BN yang juga seorang Ahli Parlimen yang sepatutnya menjaga keharmonian negara. KJ yang tidak mendapat publisiti politik sejak kebelakangan ini, mengambil kesempatan ini untuk mengaut balik publisiti politik beliau dengan mengadakan bantahan dihadapan Pejabat Pesuruhjaya Australia atas kenyataan yang dikeluarkan oleh 50 ahli Parlimen Australia.

Adakah keselamatan negara kita terhimpit dengan kenyataan pihak australia? Adakah martabat dan kedaulatan negara kita dicabul? Adakah sebagai warganegara Malaysia kehidupan kita tertindas dengan kenyataan itu?

Jika tidak apakah yang menyebabkan PEMUDA UMNO/BN terangkat-angkat sangat dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh 50 ahli parlimen australia sehingga mengadakan demonstrasi haram untuk memalukan imej negara kita pada mata dunia? Dimanakah sebab munasabah mereka ini?

Dimanakah letaknya kedaulatan dan perlembagaan negara sebelum bertindak untuk mengadakan demonstrasi ini? Bukankah ianya lebih baik untuk berfikir secara dalam sebelum bertindak? Tidak wujudkah saluran lain untuk menyuarakan ketidakpuashatian terhadap 50 orang ahli parlimen tersebut?

Sememangnya ada salurannya tetapi KJ amat suka untuk mengadakan demonstrasi haram sebegini sengaja untuk menunjukkan kekuatan beliau bukan pada pihak Australia tetapi pada yang lemah di UMNO/BN. Itulah motif sebenarnya. KJ amat takut dimana beliau akan dipinggirkan pada bila-bila masa di UMNO kerana sikap angkuhnya.

Saya tidak melihat sebarang bentuk campurtangan pihak Australia dalam dakwaan liwat keatas Dato Seri Anwar Ibrahim kerana mereka hanya mahu kemakmuran serta prinsip demokrasi Malaysia diselamatkan secara rasional.

Adakah kenyataan itu mencalar dan mencemar kedaulatan dan perlembagaan negara? Pemuda UMNO/BN jangan bertindak untuk memperbodohkan orang lain dengan menganggapkan yang tidak sertai Demonstrasi itu sebagai bodoh politik. Sebagai pengundi dan warganegara Malaysia, rakyat sememangya tahu menilai baik buruk campur tangan kuasa asing dalam semua hal negara. Yang berdiam tidak bermakna tiada pandanganya.

Apakah perlunya beramai-ramai orang untuk menghantar satu memorandum? Katanya, demontrasi itu diadakan secara aman, untuk menyerahkan memorandum, jikalau itulah motifnya kenapakah tidak mengadakan satu mesyuarat gempar secara besar-besaran di bangunan sendiri dan luahkan isi hati dan pilih sahaja wakil untuk menghantar memorandum itu kepada Pesuruhjaya Australia. Apakah yang menyebabkan berkumpul ditempat awam sehingga menggangu ketenteraman serta keselamatan orang lain.

Walau apa jua alasannya, berhimpun secara besar-besaran ditempat awam tanpa permit adalah satu perbuatan yang menyalahi undang-undang. Kenapakah pihak Polis yang sepatutnya meleraikan kumpulan itu hanya bertindak untuk memberikan kawalan keselamatan kepada PEMUDA UMNO/BN ini? Apakah yang Polis ingin cuba buktikan? Adalah pihak PEMUDA UMNO/BN diberikan kuasa untuk melanggar undang-undang negara bagi kepentingan politik sendiri?

Secara realitinya, akibat demontrasi ini saya amat pasti dimana ianya akan melunturkan semangat perjuangan rakyat Malaysia serta akan menjatuhkan imej negara. Hubungan dua hala akan menjejas. Segala kesahabatan dan perjanjian akan menjadi tanda soal. Siapakah puncanya?

Sebagai jalan penyelesaiaan untuk memberhentikan campurtangan pihak asing, pihak peguam negara harus mencari jalan baik dan bijaksana untuk menggugurkan kes liwat ini bagi menambahkan lagi ketelusan perundangan negara demi kepentingan rakyat Malaysia.

No comments: