Friday, March 19, 2010

“KEKHUATIRAN KERAJAAN BN MELUMPUHKAN PENGUNDI MUDA ”

Keputusan Kerajaan yang menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung pendaftaran secara automatik pada usia 21 tahun, menunjukkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional hidup dalam abad ketakutan dengan ciri-ciri khuatir pada pengundi-pengundi muda.

“Janganlah rasa terkejut apabila kita terpaksa ikut jejak langkah Kerajaan yang lemah yang wujud disebabkan karena kekhuatiran yang merupakan satu indikasi utama ketakutan barisan pimpinan Kerajaan Barisan Nasional pada kaum muda.”

Apakah Kerajaan Barisan Nasional kini dikelilingi penuh dengan kekhuatiran? Kaum muda dinegara ini langsung tidak khuatir ataupun malas serta sama sekali tidak akan setuju dengan mereka ditadbir oleh Kerajaan yang berpandangan sempit.

Adakah betul-betul Kerajaan Persekutuan menjalankan satu analisis yang padat sebelum membuat keputusan untuk menolak cadangan SPR berhubung mendaftar pengundi secara automatik? Alasan yang diberikan oleh Menteri sememangnya tidak boleh diterima, kerana cadangan SPR adalah hanya untuk mengadakan sistem pendaftaran secara automatik dan bukannya untuk menentukan kewajipan ataupun memaksa seseorang itu untuk mengundi pada umur 21 tahun.

Cadangan SPR ini langsung tidak mewujudkan unsur-unsur kepaksaan malah hanya akan menjimatkan masa pengundi muda dimana pemuda-pemudi masa kini tidak perlulah bertungkus lumus untuk mendaftar sewaktu musim pilihanraya. Selain daripada itu, sistem pendaftaran mengundi secara automatik juga akan dapat mengelakkan kekecewaan golongan muda yang tidak dapat mengundi. Dalam konteks ini, ianya bermaksud dimana pendaftaran secara automatik tidak membuka ruang kepaksaan untuk mengundi.

Sejauh pengetahuan saya, Kerajaan Barisan Nasional amat khuatir pada pengundi-pengundi muda dimana sebahagian besar golongan ini sudah mula menolak Kerajaan Barisan Nasional disebabkan oleh karena politik mereka. Golongan muda langsung tidak mempunyai nilai khuatiran pada mana-mana pihak serta mempunyai kepakaran untuk menilai Kerajaan kesukaan mereka secara bebas.

Kaum muda pada masa kini amat bergantung pada kuasa perubahan yang berjalan dengan cepat dan cubalah cari jalan yang sesuai untuk memudahkan pengundi muda berdaftar selain daripada mencari jalan untuk membebankan pengundi muda.

Tindakan Kerajaan Persekutuan yang menolak cadangan ini menunjukkan kemampuan Kerajaan Barisan Nasional untuk berbuat apajua keputusan tanpa memberikan ruang ataupun saluran yang mudah untuk para pengundi-pengundi muda bagi mendaftar secara automatik. Kerajaan masih berpendirian untuk melaksanaakan sistem tradisonal untuk mengabaikan pengundi-pengundi muda demi menstabilkan pentadbiran mereka dinegara ini.

Akhirnya, di samping keenganan menjadi amalan biasa Kerajaan BN pada kaum muda, maka gejala kelakuan angkuh ini harus dipandang dari pelbagai sudut oleh warga muda demi untuk menyesuaikan diri bagi mencari jalan untuk menceraikan Kerajaan Barisan Nasional daripada mentadbir Malaysia pada pilihanraya umum yang ke13.

No comments: