Showing posts with label police brutality. Show all posts
Showing posts with label police brutality. Show all posts

Friday, November 13, 2009

JANGAN TEMBAK MATI IKUT SUKA HATI; PDRM HARUS HARGAI NYAWA MANUSIA

Amat menggelisahkan apabila mendengar seorang manusia ditembak mati kerana disyaki suspek jenayah. Sebagai seorang manusia kita harus berfikiran jauh serta patut bersoal mengenai kekerapan hukuman tembak mati ditempat kejadian oleh pihak Polis khususnya kaum India.

Setiap kali suspek jenayah ditembak mati oleh pihak Polis, beberapa cerita rekaan akan dicipta untuk memburukkan nama individu yg ditembak mati. Sudah beberapa kali isu mengenai tindakan ganas Polis dibangkitkan, namun tiada perubahan malah apa yang dibangkitkan, diulangi dengan lebih berleluasa oleh pihak Polis. Beberapa siri tindakan pihak Polis yang boleh dikatakan “PEMBUNUH BERKUASA” sudah dilihat,disuarakan serta ditentang. Tetapi sejauh manakah Kerajaan berminat untuk mengubah pendirian Polis yang bersikap sedemikian?

Baru-baru ini, sebanyak 5 orang lelaki kaum India ditembak mati oleh Polis kerana suspek dipercayai ahli-ahli kumpulan jahat amat merbahaya. Kemudian, di Pulau Pinang pula seorang Individu pula ditembak mati kerana disyaki Ketua Kumpulan Deva.
Tindakan Polis sedemikian mewujudkan satu persoalan dimana, kenapakah Polis hanya gemar untuk menembak mati kaum India tanpa mendapat tahu asal usul suspek samada dia dalam keadaan seorang diri ataupun bersama rakan-rakan lain sebelum menembak mati? Dimanakah letaknya nilai-nilai perikemanusiaan pada anggota-anggota Polis dinegara ini? Bukankah ini menunjukkan kelemahan serta memaparkan kurangnya kecekapan pihak Polis dalam menangani satu kes jenayah?

Setahu saya, sehingga hari ini pihak Polis tidak pernah mendedahkan identiti anggota Polis yang menembak mati suspek jenayah. Tidak pernah seorang anggota Polis dipanggil ke SUHAKAM untuk siasatan bagi mengetahui keterangan lanjut mengenai insiden tembak mati suspek jenayah. Kenapa?

Tambahnya lagi, bukankah semua penjenayah harus dibawa kemata pengadilan untuk mempratikkan ketelusan dalam undang-undang? Tindakan menembak mati suspek jenayah adalah seolah menghukumkan orang yang masih hidup secara buta tuli dan ikut suka hati. Ianya seolah berkelakuan menjadi “HAKIM SENDIRI” ditempat operasi.

Peristiwa sebegini seringkali terjadi hanya kepada kaum India sahaja dan boleh dikatakan sebagai hukum rimba yang tiada perikemanusiaan oleh Pihak Polis. Siapakah sebenarnya menjadi orang kuat membisakan pihak Polis bertindak sebegini? Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak Kementerian yang bertanggungjawab bagi mengatasi situasi ini?

Saya ingin mengungkapkan bahawa tindakan Polis ini seolah satu agenda politik Kerajaan Barisan Nasional bagi membalas dendam kaum India dinegara ini. Pada masa yang sama apakah perbezaan diantara suspek jenayah dan tindakan ganas Polis yang berkelakuan separas dengan penjenayah? Sehingga bilakah pihak Polis mahu berkelakuan sebegini?
Polis sepatutnya mengambil iktibar untuk membawa perubahan serta keamanan dinegara ini dan bukannya mengugat keamanan satu kaum.

Sebagai akhir kata, saya mengecam tindakan Polis baru-baru ini yang menembak mati sebanyak 6 orang suspek jenayah berkaum India secara keras-kerasnya demi kepentingan manusia sejagat dan bukannya bertindak mengikut kehendak politik.

Wednesday, October 14, 2009

Siapa yang bersalah?

Penjara adalah dianggap satu-satunya tempat yang dikatakan paling selamat bagi banduan-banduan yang dijatuhkan hukuman ataupun mereka yang masih menunggu keputusan serta individu yang masih dalam tahanan reman. Selain daripada itu, Penjara juga mempunyai peranan yang lebih penting dimana banduan-banduan juga diberikan peluang untuk merealisasi kesalahan mereka melalui menjalankan aktiviti pemulihan moral.

Tetapi situasinya pula berlainan kepada pemuda India yang bernama Vijiaykumar A/L Krishnan yang berumur 25 tahun dimana beliau telah diserang oleh banduan lain. Kejadian yang diklasifikasikan sebagai ngeri ini berlaku pada Vijiaykumar pada 13 haribulan Oktober 2009 pada jam pukul 8.00 pagi semasa beliau berada didalam Penjara Tapah.

Yang lebih mengejutkan adalah beliau telah mengalami kecedaraan parah sehingga pihak Penjara terpaksa menghantar beliau ke Hospital Tapah untuk rawatan seterusnya. Mungkin perkara sebegini adalah perkara yang biasa berlaku tetapi bagi pihak keluarga pula ianya seolah satu tragedy yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat.

Lebih anehnya adalah, pihak Penjara langsung tidak memaklumkan kejadian ini kepada pihak keluarga ataupun kepada Peguam Vijayakumar. Apabila ditanya, pihak Penjara hanya berminat hendak tahu bagaimana pihak keluarga Vijiyakumar dapat maklumat ini.

Apakah paras tanggungjawab dan kuasa pihak Penjara dalam melindungi hak asasi seorang banduan? Selain daripada itu apakah yang menyebabkan pihak Penjara berpendirian untuk tidak mahu memakluman kejadian ini kepada pihak keluarga mangsa?

Saya difahamkan bahawa seramai 6 orang banduan telah menyerang beliau semasa berada dalam penjara dengan niatnya untuk membunuh beliau. Disebabkan beliau kurang berdaya untuk menahan serangan itu, saya difahamkan Vijiyakumar mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan bahagian badannya pula dihiris dengan pisau.

Persoalannya, bagaimanakah banduan boleh mendapat batang besi dan pisau
semasa berada dalam Penjara? Adalah sistem kawalan dipenjara Tapah boleh dikatakan kurang effisien dalam melaksanakan tugasan yg diberikan kepada mereka. Dimanakah pengawal-pengawal berada semasa kesemua banduan dikumpulkan pada satu tempat kurung? Bagaimanakah kecederaan yang seteruk ini boleh berlaku.? Bukankah Penjara Tapah mempunyai sistem kamera untuk memantau tingkah laku banduan demi keselamatan mereka?

Saya juga difahamkan bahawa, ada juga layanan berbeza diberikan diantara banduan oleh pihak Penjara. Benar atau tidak mereka yang mempunyai pengalaman sahaja yang tahu kebenarannya.

Pada pandangan, saya ini adalah kejadian yang kedua bagi Vijiaykumar dimana pertama kalinya beliau dikatakan diserang oleh beberapa anggota polis di Balai Polis Chemor kerana disyaki mengedar dadah. Semasa beliau menyerah diri dibalai Polis Chemor dihadapan orang ramai, salah seorang pegawai Polis berjawatan tinggi, berjanji pada pihak keluarga dimana tidak akan berlaku apa-apa kecederaan lagi pada beliau. Kini beliau boleh menafikan bahawa ianya berlaku dalam Penjara, tetapi siapakah punca yang menyebabkan beliau diserang dalam Penjara? Bukankah tuduhan dengan bukti yang direka sendiri oleh pegawai penyiasat menjadi punca utama dalam isu ini?

Kes Vijiyakumar masih belum diputuskan dan perbicaraan baru bermula pada 5 & 6 Oktober 2009 dimana beliau diwakili oleh Peguam Augustine Anthony. Pada peringkat awal permohonan jaminan beliau juga ditolak atas alasan-alasan yang tidak berasas.

Ibu bapa kepada Vijiaykumar sudah hilang kepercayaan pada pihak Penjara dan takut keselamatan anaknya tidak boleh dijamin oleh mana-mana pihak serta meraka berasa kemungkinan besar anak akan dibunuh dalam Penjara. Dapat pihak Penjara boleh memrikan jaminan serta penjelasan yang kukuh kepada pihak keluarga bagi menjaga nama baik Institusi Penjara Malaysia?

Pada masa yang sama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia juga patut menjalankan siasatan bersama salah seorang wakil keluarga ataupun Peguannya demi menegak keadilan Vijiyakumar.

Tuesday, October 13, 2009

Sekali lagi menjadi mangsa....Siapa puncanya?

Hari ini lebih kurang jam pukul 12.45, saya terima panggilan daripada salah seorang kakak Vijaykumar yang mengatakan adik telah sekali lagi dibelasah oleh banduan-banduan lain. Akibatnya beliau mengalami kecederaan dibahagian kepala dan pada bahagian belakang tangannya pula dihiris dengan pisau.


Apabila saya sampai di Hospital Tapah pada jam pukul 1.00 tengahari, saya difahamkan bahawa seramai 4 orang banduan telah dimasukkan ke wad dan salah seorangnya adalah Vijiyakumar. Sewaktu saya mendekati katilnya, beliau masih berada dalam keadaan pengsan dan tidak sedar.


Persoalaannya adalah bagaimanakah pisau dan barang logam yg digunakan oleh banduan lain bagi menyerang Vijiyakumar boleh didapati dalam penjara? Kenapakah sehingga masa ini, pihak Penjara masih belum memaklumkan kejadian ini kepada pihak keluarga ataupun kepada Peguamnya?


Bapa kepada Vijiyakumar telah membuat 2 laporan dan emaknya pula baru selesai membuat laporan di Balai Polis Pusat Ipoh. Dalam kedua-dua laporannya, secara terang-terang menyatakan bahawa pihak keluarga sudah hilang kepercayaan terhadap pihak Penjara dan kemungkinan besar anak mereka boleh dibunuh sebelum kesnya selesai.


Untuk maklumat selanjut mengenai kes ini sila layari laman web :
http://m-kula.blogspot.com/2009/03/another-police-brutality.html