Showing posts with label spr. Show all posts
Showing posts with label spr. Show all posts

Wednesday, July 20, 2011

DEBAT DIANTARA DATUK AMBIGA & SPR HARUS DIBERIKAN LIPUTAN SIARAN LANGSUNG OLEH KERAJAAN.

KEGEMARAN RAKYAT;


Deman BERSIH yang dialami oleh SPR dan Kerajaan Persekutuan pimpin UMNO/BN sememangnya boleh diubati jikalau SPR tidak berdegil dengan tuntan pihak pengundi. Tetapi kegagalan SPR untuk memasang telinga terhadap tuntutan BERSIH membawa padah yang lebih serius kepada UMNO/BN. Matlamat rakyat adalah SPR; Yang menjadi mangsa adalah Kerajaan Putrajaya.


Kini semuanya akan dijawab pada 26 Julai 2011. Keberanian menerima cabaran SPR oleh Datuk Ambiga jelas menunjukkan bahawa beliau sememangnya berada dalam balapan telus dan bersih dalam meningkatkan lagi kestabilan suara dan permintaan rakyat mengundi.


Rakyat Malaysia mula menghadiahkan rasa hormat yang paling tinggi kepada Ambiga kerana bersikap konsisten dalam menangani segala cabaran yang dilemparkan oleh setengah pihak yang sengaja mahu

menunjukkan kehebatan kuasa politik sewaktu berada dalam teduhan UMNO/BN.


Namun, apakah pertemuan diantara Ambiga dengan 8 tuntutan BERSIH dan wakil SPR Wan Ahmad Wan Omar yang berpendirian tidak bersetuju dengan 4 tuntutan daripada 8 itu akan dapat dilihat atau didengar oleh seluruh rakyat Malaysia?


Pasti tidak. Jikalau sedemikian, bagaimanakah rakyat Malaysia khususnya yang menyertai perhimpunan aman itu akan dapat menilai samada penyertaan mereka dalam perhimpunan itu sebenarnya bernilai atau tidak?


Ini adalah kerana, Ambiga bukan sahaja mewakili BERSIH tetapi mewakili semua rakyat yang menyokong BERSIH dan SPR pula bukan sahaja mewakili Kerajaan semasa, malah seluruh rakyat yang mengundi. Maka liputan siaran langsung akan akan memberikan peluang kepada rakyat dan akan menyamaratakan skop perbincangan kedua-dua mereka pada hari itu.


Selain daripada itu, rakyat juga dapat menilai kehebatan minda, kekuatan pendirian serta agenda rakyat dan agenda politik oleh kedua-dua pihak. Yang telus akan dihormati yang buruk akan bertambah buruk.


Dalam debat ini, Kerajaan harus mengambil inisiatif untuk memberikan peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk melihat dan menghayati debat itu melalui liputan siaran langsung.


Persoalannya, adakah Kerajaan Putrajaya akan bersikap terbuka dan telus dalam permintaan ini? Jika tidak ianya bermaksud Kerajaan masih berstatus lemah untuk berhadapan dengan permintaan Rakyat. Sebaliknya, jikalau Kerajaan dapat memberikan liputan siaran langsung, maka Rakyat Malaysia yang tidak menghadiri perhimpunan aman itu akan dapat mentafsir segala baik buruk perhimpunan BERSIH, kelakuan SPR dan tindakan Kerajaan BN. Kedudukan ini akan membuka ruang untuk “WIN WIN SITUATION” kepada semua pihak.


Samada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan bertindak mengikut kemahuan rakyat atau akan berdegil untuk membantah permintaan rakyat adalah terpulang kepada mereka. Yang penting yang BERSIH, ADIL, CEKAP, AMANAH & TELUS patut diberikan penghormatan dan sudah pasti ianya akan menjadi kegemaran rakyat dan pengundi.

Tuesday, April 13, 2010

Jawapan daripada pihak SPR kepada saya berhubung statistik yg tidak konsisten mengenai maklumat pengundi

Tarikh : 05/04/2010

Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Aras 4 & 5, Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 Putrajaya

Tan Sri,

Maklumat Pengundi Yang Tidak Konsisten

Dengan segala hormat Ta'zim, ingin saya menarik perhatian Tan Sri merujuk kepada perkara diatas.

Pada 2 April 2010, sewaktu Tan Sri membuat pengumuman mengenai tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi, Tan Sri telah memberitahu bahawa pihak SPR telah mengemaskini maklumat pengundi dari masa ke semasa bagi mengelak situasi yang tidak diigini berlaku. Pada masa yang sama, Tan Sri juga mengumumkan bahawa sebanyak 64,500 pengundi telah layak mengundi pada pilihan raya kecil di Hulu Selangor. Sewaktu pengumuman itu dibuat, saluran media BERNAMA telah memaparkan carta pengundi mengikut kaum khususnya pengundi bukan Melayu seperti berikut :

Kaum Cina : 26.3%

Kaum India : 26.3%

Sejurus selepas pengumuman itu dibuat, saya dapat melihat percanggahan pecahan maklumat mengenai pengundi-pengundi bukan Melayu setiap hari di saluran-saluran Media utama mahupun TV, akhbar dan web. Berhubung konteks itu, maka wujud situasi yang mengelirukan ramai pihak serta ketidakpercayaan pada pihak SPR Malaysia kerana maklumat yang tidak konsisten. Melainkan perkara itu, wujudnya beberapa persoalan mengenai ketelusan pentadbiran SPR dalam mengadakan pilihan raya kecil di Hulu Selangor seperti berikut :

a) Kenapakah wujudnya terlalu banyak statistik yang bersongsangan dengan pengumuman pihak SPR khususnya maklumat pengundi mengikut komposisi kaum ?

b) Kenapakah sehingga kini, pihak SPR tidak mahu memantau segala maklumat dan statistik yang dikeluarkan oleh pihak ketiga yang boleh mengelirukan beberapa pihak?

C) Dapatkah pihak SPR menjamin, dimana percanggahan dalam menentukan peratusan sebenar pengundi bukan melayu di Hulu Selangor tidak akan membuka ruang kepada pengundi hantu berhijrah untuk mengambil kesempatan?

Saya amat berharap agar pihak SPR dapat memberikan penjelasan yang kukuh serta akan melaksanakan tanggungjawabnya secara professional dan rasional untuk mencapai ketelusan semasa menjalankan pilihan raya kecil di Hulu Selangor.

Oleh yang itu, besarlah harapan saya bahawa Tan Sri akan dapat mengambil tindakan secepat yang mungkin bagi mengatasi situasi ini demi menjaga nama baik SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA serta kecekapan dalam mengendalikan pilihan raya kecil di Hulu Selangor tanpa apa-apa percanggahan maklumat.

Sekian.


P.Sugumaran


Jawapan yang diterima daripada pihak SPR adalah seperti berikut:


Dalam sidang akhbar yang diadakan pada 2 April 2010, Y. Bhg. Tan Sri Dato Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof telah mengumumkan statistik pemilih P.094 Hulu Selangor seperti berikut:

Jumlah pemilih = 64,500
Pemilih Melayu = 34,020 (52.7%)
Pemilih Cina = 16,964 (26.3%)
Pemilih India = 12,453 (19.3%)
Pemilih Kaum Lain = 1,063 (1.7%)

Statistik yang dinyatakan di atas adalah statistik rasmi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Angka-angka tersebut adalah berdasarkan daftar pemilih induk 2009 yang diwartakan pada 25 Februari 2010 dan dikemaskinikan sehingga 26 Mac 2010 dan disahkan semula pada 2 April 2010. Senarai pemilih bagi P.094 Hulu Selangor adalah selaras dengan angka tersebut. Pihak SPR TIDAK PERNAH mengeluarkan statistik yang berbeza daripada yang dinyatakan tersebut.

Adalah menjadi tanggungjawab pihak media sendiri untuk mendapatkan statistik yang tepat dari sumber yang sah, iaitu pihak SPR sendiri. Sebarang maklumat yang AKAN diterbitkan atau disiarkan oleh pihak media adalah di luar pengetahuan SPR dan di luar bidang kuasa SPR kerana setiap pihak media mempunyai Ketua Editor masing-masing yang bertanggungjawab memantau setiap berita yang hendak disiarkan. Sebagai contoh, Berita Harian, Harian Metro, Utusan Malaysia, New Straits Times dan The Star
telah menyiarkan statistik yang tepat pada 3 April 2010.

Sebarang perbezaan laporan statistik melalui media TIDAK AKAN menjejaskan daftar pemilih yang disediakan oleh SPR kerana TIADA SEBARANG PERUBAHAN dan PENAMBAHAN boleh dilakukan selepas tarikh kekosongan kerusi P094 iaitu 26 Mac 2010. Oleh itu KESAHIHAN DAN INTEGRITI senarai daftar pemilih yang akan digunakan dalam pilihan raya kecil P094 Hulu Selangor adalah TERJAMIN.

Sekian dan terima kasih