Monday, August 17, 2009

PERMATANG PASIR – TIADA LAGI PELUANG UNTUK BN

Kesejukkan, kepanasan serta keseronokkan pilihanraya masih belum tamat dan makin lama makin merosot sokongan BN dalam tiap-tiap pihanraya kecil mahupun diperingkat Parlimen ataupun DUN Negeri. Ini adalah satu-satunya peluang keemasan kepada PR dimana pilihanraya ini akan menggugat Barisan Nasional dan sekaligus akan menghenyak UMNO dan pelampaunya.

Walaubagaimanapun, pilihanraya ini juga adalah satu cabaran yang hebat kepada PR selepas beberapa kritikkan dalaman yang digembar-gemburkan oleh beberapa pihak. Namun demikian, Rakyat pada masa ini sudah mempunyai pandangan jauh dan mula menjadi pemantau politik demi masa depan mereka.

Tiada rakyat akan tertarik dengan umpan Barisan Nasional kerana ianya adalah setakat janji-janji kosong sahaja semata-mata untuk mengaut kemenangan dalam pilihanraya kecil sebegini.

Pada pandangan saya peluang kemenangan dalam pilihanraya kecil Permatang Pasir bagi PR, bergantung kepada semangat persaudaraan pengundi orang Melayu, kefahaman pengundi Cina dan kesedaran pengundi India .

Sebelum Pilihanraya Umum pada tahun 2008, kesemua pilihanraya kecil adalah satu pesta kepada penyokong BN dan pengundi-pengundi akan bertungkus lumus untuk mengembalikan kerusi kepada kuasa BN. Itulah sebabnya selama ini BN langsung tidak mempeduli dengan tangkisan rakyat. Musim sebegitu sudah tidak akan wujud lagi pada bila-bila masa untuk BN kerana keangguhan dan keghairahan kuasa politik pada masa ini.

Satu ketika dulu, kita dapat melihat puluhan ribu rakyat hadir untuk menyambut ketibaan mana-mana Perdana Menteri, dan kini rakyat tidak mahu berkelakuan sedemikian, kerana di PR pun kita mempunyai ramai pemimpin-pemimpin yang berjiwa rakyat, prihatin dan sanggup mendengar penderitaan rakyat.

BN boleh menggunakan kesemua saluran mereka iaitu, radio, TV, akhbar dan lain lagi tetapi harus sedar bahawa, kecanggihan elektronik ini tidak akan menjadi satu daya tarikkan bagi pengundi serta penggundi tidak akan terpesona dengan iklan elektronik ini.

Segala putar belit yang akan dilakukan oleh beberapa media dan akhbar BN/UMNO tidak akan disambut lagi oleh pengundi kerana ianya seolah fitnah dan hasutan sahaja. Perbuatan jijik seperti ini akan membawa padah kepada BN.

Kemenangan yang akan diraih oleh PR di Permatang Pasir pada 25 August 09 adalah satu-satunya simbol untuk mempercepatkan pengunduran Najib daripada arena politik Malaysia . Hasrat ini juga adalah satu hasrat besar oleh rakyat Negara ini yang mahukan kedamaian, keadilan, ketelusan serta akauntabiliti.

No comments: