Tuesday, March 9, 2010

“KELEMAHAN PENGURUSAN PERPUSTAKAAN TUN RAZAK IPOH; SIMBOL KETINGGALAN ZAMAN SUMBER ILMU”

Perpustakaan Awam adalah satu-satunya tempat yang menjadi pemangkin kepada penambahan sumber ilmu tanpa mengira peringkat umur melalui kemudahan-kemudahan konvensional ataupun teknologi masa kini. Ianya amat penting untuk menyedia, menjaga dan mengurus tadbir Perpustakaan dengan sempurna dan sistematik agar ianya menjadi suatu Pusat yang sesuai dan selesa bagi pembaca serta mencetuskan idea-idea yang praktikal kepada penyemarakan Ilmu.

Tetapi apa yang sedang berlaku di Perpustakaan Tun Razak Ipoh adalah jauh berbeza dengan keinginan rakyat ataupun bertentangan zaman teknologi sekarang. Perpustakaan ini seolah ketinggalan zaman dan lebih-lebih lagi boleh dikatakan mempunyai kelemahan sistem pengurusan yang kurang effisien.

Pagi hari ini, saya sendiri telah melawat Perpustakaan ini dimana ianya sungguh sunyi dan sepi bukan sahaja dari segi kesenyapan malah sumber ilmu juga boleh digabungkan sekali. Apakah sebenarnya motif untuk menguruskan Perpustakaan Tun Razak tanpa sumber ilmu yang tidak selaras dengan kemajuan teknologi masa kini?. Bukankah ianya adalah tanggungjawab pihak pengurusan Perpustakaan untuk mencari saluran yang tepat bagi mempromosikan Perpustakaan ini dengan pelbagai aktiviti membaca untuk menambahkan minda rakyat?

Apabila saya ingin mendapatkan akhbar-akhbar lama untuk mendapatkan maklumat bagi rujukan, saya telahpun diminta naik ke aras 5 dan apabila saya sampai ke tingkat tersebut, situasinya lebih memeranjatkan apabila, saya hanya dapat lihat akhbar-akhbar The News Strait Times dan Berita Harian sahaja. Namun simpanan akhbar-akhbar itu hanyalah untuk 1 bulan sahaja dan segala akhbar-akhbar sebelum ini sudah tidak ada lagi. Kenapakah pihak pengurusan tidak membuat dan mengubah dasar-dasar mengikut kesesuaian dari masa ke semasa.?

Apakah yang sudah jadi pada akhbar-akhbar yang lain dan kenapakah ianya tidak disimpan bagi rujukan pembaca? Dimanakah ianya dihantar dan kenapakah pihak pengurusan Perpustakaan tidak mengaturkan satu bilik rujukan simpanan akhbar-akhbar tempatan?

Setahu saya pengurusan Perpustakaan harus mengambil inisiatif bagi menyimpan semua akhbar-akhbar tempatan yang merangkumi pelbagai edisi dan bahasa sebagai bahan rujukan pada bila bila masa untuk pembaca. Tetapi realitinya di Perpustakaan Tun Razak amat jauh berbeza dengan zaman ilmu moden sekarang.

Peradaban Perpustakaan Tun Razak tidak sebatas dalam membina masyarakat berilmu walaupun beroperasi seperti biasa. Apakah menyebabkan Perpustakaan tun Razak ini tidak lagi menjadi perhatian pembaca? Adakah ianya disebabkan oleh kelekaan dalam teknologi moden ataupun kelemahan pihak pengurusan?

Menjaga kualiti pendidikan serta mempromosikan sumber ilmu adalah bergantung pada komitmen pengurusan Perpustakaan. Jikalau pihak pengurusan mempunyai daya pemikiran yang luput dan ketinggalan zaman, maka rakyat juga akan ketinggalan ilmu pada masa yang akan datang.

Monday, March 1, 2010

KEBIJAKSANAAN PEMUDA BN MENGIKUTI KEPIMPINAN HARAM

Sepatutnya nama Ravichandran harus dimasukkan kedalam Malaysian Book of Records kerana mengeluarkan kenyataan akhbar yang paling banyak berbanding ADUN-ADUN BN. Segala kenyataan Ravichandran sememangya tidak mempunyai bukti yang kukuh serta beliau langsung tidak berani untuk menyuara sebagai seorang ahli PPP melainkan melabelkan dirinya sebagai Exco Pemuda BN.

Pada pandangan saya, Ravichandran hanya mencari peluang untuk melayakkan dan membuktikan dirinya sebagai pejuang dan pembela yang begitu kuat pada BN. Ianya adalah satu taktik untuk mengkaburkan mata pimpinan BN. Tindakan beliau sebegini juga kemungkinan besar akan membuka ruang bagi rakyat untuk menilai kelemahan BN dan kehebatan PR.

Untuk makluman Ravichandran, hanya BN yang meminta sedekah pada PR untuk mengiktirafkan Speaker Haram Datuk Ganesan sebagai yang sah. Oleh yang itu, tidak wujud persoalan siapa sebenarnya yang main politik sehingga penat, pada hal BN sendiri tidak dapat mengiktirafkan Datuk Ganesan tanpa persetujuan daripada pihak pimpinan PR.

Lebih-lebih lagi, V.Sivakumar adalah dipilih oleh rakyat sebelum dipilih sebagai Speaker dan bukannya seperti Datuk Ganesan yang ditolak oleh rakyat sendiri. Kenapakah pihak BN tidak berani untuk mencalonkan mana-mana ADUN BN untuk memegang jawatan speaker tersebut? Walaupun perlembagaan membenarkan seorang yang bukan ADUN untuk memegang jawatan Speaker ianya lebih baik untuk BN memilih salah seorang daripada ADUN-nya. Benarkah, dimana ADUN – ADUN BN tidak layak untuk memegang jawatan tersebut?

Saya ingin menasihatkan Ravichandran supaya jangan ikut telunjuk Kerajaan BN yang tamak dan inginkan kekayaan politik mudah dengan mengambil alih Kerajaan Negeri bertentangan dengan proses pilihanraya. Kerajaan BN tidak pernah mempedulikan kesusahan rakyat yang wujud akibat kegilaan kuasa oleh BN.

Kebisuaan Ravichandran sewaktu Negeri Perak ditadbir oleh PR jelas memaparkan kehebatan PR kerana tidak wujud ruang bagi BN ataupun kuncu-kuncunya untuk mengkritik pentadbiran PR. Jangan cuba untuk menunjukkan kepandaiaan melalui kenyataan akhbar.

Sebelum ini pernah saya mencabar Ravichandran daripada PEMUDA BN untuk berdebat dengan saya untuk membincang secara terbuka kehebatan beliau dalam arena politik khususnya perkhidmatan beliau dalam menaikkan taraf hidup kaum India dinegeri Perak. Sehingga hari ini tiada apa-apa berita mahupun khabar angin penerimaan cabaraan saya.

Saya amat pasti dimana Rakyat Negeri Perak serta Pemuda BN akan rasa amat malu dengan kelakuan Ravichandran yang suka bercakap kosong juga yang tidak mahu terima cabaran. Jikalau tidak berani, tidak mengapa, tetapi jangan berkelakuan seperti mangsa desakkan bodoh politik BN.

Nampaknya di Negeri Perak sekarang, Pemuda BN Perak yang berpelajaran sudah menerima pengajaran tetapi yang kosong pendidikan masih enggan menerima realitinnya. Yang berpelajaran menjadi bangang dan diperkudakan oleh bukan berpendidikan.

Ingin saya nasihat Ravichandran supaya jangan membela Kerajaan haram BN dengan kenyataan lucu serta kenyataan kebudak-budakkan untuk menyerlahkan kebodohan diri sendiri. Jangan terlepas langkah sehingga rakyat hilang percaya pada kaum PEMUDA disebabkan oleh watak anda yang menjijikkan.

Bagi saya, phenomena pemimpin bodoh seperti Ravichandran sudah menjadi lumrah bagi rakyat Perak. Alangkah malangnya PEMUDA BN Perak mempunyai seorang pemuda yang suka memperbodohkan rakyat dan alangkah malunya seluruh pimpinan BN Negeri Perak yang menguasai Kerajaan tanpa mandat rakyat.

Sekian

Thursday, February 18, 2010

“BANTAHAN PEMUDA BN TERHADAP 50 AHLI PARLIMEN AUSTRALIA MENUNJUKKAN KELEMAHAN POLITIK SEBENAR KJ”

Kenyataan Akhbar Sugumaran Periasamy (Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP Sosialis Perak) - “BANTAHAN PEMUDA BN TERHADAP 50 AHLI PARLIMEN AUSTRALIA MENUNJUKKAN KELEMAHAN POLITIK SEBENAR KJ”

Pemuda BN jangalah berkelakuan seperti “BADUL SARKES” dengan jemputan Ketua Pemuda UMNO/BN yang juga seorang Ahli Parlimen yang sepatutnya menjaga keharmonian negara. KJ yang tidak mendapat publisiti politik sejak kebelakangan ini, mengambil kesempatan ini untuk mengaut balik publisiti politik beliau dengan mengadakan bantahan dihadapan Pejabat Pesuruhjaya Australia atas kenyataan yang dikeluarkan oleh 50 ahli Parlimen Australia.

Adakah keselamatan negara kita terhimpit dengan kenyataan pihak australia? Adakah martabat dan kedaulatan negara kita dicabul? Adakah sebagai warganegara Malaysia kehidupan kita tertindas dengan kenyataan itu?

Jika tidak apakah yang menyebabkan PEMUDA UMNO/BN terangkat-angkat sangat dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh 50 ahli parlimen australia sehingga mengadakan demonstrasi haram untuk memalukan imej negara kita pada mata dunia? Dimanakah sebab munasabah mereka ini?

Dimanakah letaknya kedaulatan dan perlembagaan negara sebelum bertindak untuk mengadakan demonstrasi ini? Bukankah ianya lebih baik untuk berfikir secara dalam sebelum bertindak? Tidak wujudkah saluran lain untuk menyuarakan ketidakpuashatian terhadap 50 orang ahli parlimen tersebut?

Sememangnya ada salurannya tetapi KJ amat suka untuk mengadakan demonstrasi haram sebegini sengaja untuk menunjukkan kekuatan beliau bukan pada pihak Australia tetapi pada yang lemah di UMNO/BN. Itulah motif sebenarnya. KJ amat takut dimana beliau akan dipinggirkan pada bila-bila masa di UMNO kerana sikap angkuhnya.

Saya tidak melihat sebarang bentuk campurtangan pihak Australia dalam dakwaan liwat keatas Dato Seri Anwar Ibrahim kerana mereka hanya mahu kemakmuran serta prinsip demokrasi Malaysia diselamatkan secara rasional.

Adakah kenyataan itu mencalar dan mencemar kedaulatan dan perlembagaan negara? Pemuda UMNO/BN jangan bertindak untuk memperbodohkan orang lain dengan menganggapkan yang tidak sertai Demonstrasi itu sebagai bodoh politik. Sebagai pengundi dan warganegara Malaysia, rakyat sememangya tahu menilai baik buruk campur tangan kuasa asing dalam semua hal negara. Yang berdiam tidak bermakna tiada pandanganya.

Apakah perlunya beramai-ramai orang untuk menghantar satu memorandum? Katanya, demontrasi itu diadakan secara aman, untuk menyerahkan memorandum, jikalau itulah motifnya kenapakah tidak mengadakan satu mesyuarat gempar secara besar-besaran di bangunan sendiri dan luahkan isi hati dan pilih sahaja wakil untuk menghantar memorandum itu kepada Pesuruhjaya Australia. Apakah yang menyebabkan berkumpul ditempat awam sehingga menggangu ketenteraman serta keselamatan orang lain.

Walau apa jua alasannya, berhimpun secara besar-besaran ditempat awam tanpa permit adalah satu perbuatan yang menyalahi undang-undang. Kenapakah pihak Polis yang sepatutnya meleraikan kumpulan itu hanya bertindak untuk memberikan kawalan keselamatan kepada PEMUDA UMNO/BN ini? Apakah yang Polis ingin cuba buktikan? Adalah pihak PEMUDA UMNO/BN diberikan kuasa untuk melanggar undang-undang negara bagi kepentingan politik sendiri?

Secara realitinya, akibat demontrasi ini saya amat pasti dimana ianya akan melunturkan semangat perjuangan rakyat Malaysia serta akan menjatuhkan imej negara. Hubungan dua hala akan menjejas. Segala kesahabatan dan perjanjian akan menjadi tanda soal. Siapakah puncanya?

Sebagai jalan penyelesaiaan untuk memberhentikan campurtangan pihak asing, pihak peguam negara harus mencari jalan baik dan bijaksana untuk menggugurkan kes liwat ini bagi menambahkan lagi ketelusan perundangan negara demi kepentingan rakyat Malaysia.

Thursday, February 11, 2010

KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN MENGABAIKAN KEHENDAK RAKYAT PERAK

Keputusan mahkamah Persekutuan berhubung krisis MB Perak membawa rasa amat kecewa dan ianya tidak dapat diterima oleh rakyat Negeri Perak. Keputusan itu juga telah menyinggung perasaan rakyat sehingga menimbulkan persoalan terhadap ketelusan perundangan negara. Insiden ini menambah lagi peristiwa hitam dalam sejarah negara ini.

Keengganan untuk memutuskan keputusan berpihak kepada kehendak rakyat dalam perbicaraan kes Menteri Besar Perak sebenarnya boleh dikatakan bersifat perundangan songsang dan mencabul hak pengundi-pengundi negeri Perak. Keputusan Mahkamah yang mengukuhkan kedudukan ZAMBRY dengan menggunakan status perlantikkan MB oleh Sultan Perak adalah sah, boleh dikatakan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai pendirian undang-undang yang telus.

Saya menganggap keputusan Mahkamah Persekutuan adalah satu perkara yang tidak disangka sama sekali dan amat mengecewakan. Mahkamah Persekutuan tidak mencari jalan ataupun saluran yang baru untuk mentafsirkan isi kandungan Perlembagaan dengan cara yang munasabah dan adil. Fakta-fakta sebenar kewujudan krisis Perak telah dikuburkan dengan sesuka hati oleh Hakim Mahkamah Persekutuan. Dimanakah letaknya kemuliaan perundangan negara dengan keputusan ini?

Siapakah Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan untuk menentukan majoriti Kerajaan BN dinegeri Perak apabila PR mempunyai kelebihan majoriti melalui pilihanraya daripada undi rakyat? Ianya boleh dikatakan, Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional mempunyai komposisi yang saksama di DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK selepas 3 ADUN keluar menjadi BEBAS.

Bagi saya ADUN-ADUN BEBAS ini seolah mempunyai “hubungan dan sokongan sulit” kepada BN dan ianya boleh menukar arah pada bila-bila masa yang akan datang. Sebenarnya ketiga-tiga ADUN ini bukannya penentu kuasa serta tidak ada apa-apa kuasa dalam menentukan Kerajaan Negeri Perak.

Alasan yang diguna pakai oleh HAKIM-HAKIM Mahkamah Persekutuan yang lemah itu tidak boleh diterima langsung. Keputusan ini telah menghalang rakyat secara paksaan untuk memilih Menteri Besar Perak yang sah. Jikalau Hakim-Hakim Mahkamah mengesyorkan perlantikkan ZAMBRY oleh Sultan Perak adalah sah walaupun Nizar tidak letak jawatan sewaktu perlantikkan dibuat, maka masa yang akan datang biarlah Sultan Perak yang menentukan Menteri Besar Peras dan Kerajaan Negeri Perak tanpa pilihanraya umum. Pada masa yang sama, berbuat demikian juga akan membuka ruang kepada Kerajaan Persekutuan menjimatkan kos perbelanjaan pilihanraya dinegeri Perak.

Walaupun Pakatan Rakyat menerima salah seorang ADUN dari BN pada peringkat awal, namun tidak wujudnya krisis perlembagaan dinegeri Perak. Jikalau wujud pada waktu itu, sudah pasti PR akan membubarkan DUN untuk mendapatkan mandat baru daripada rakyat.

Tetapi tanpa apa-apa rasa malu, Kerajaan BN langsung tidak berani BUBAR DUN kerana mereka sendiri sedar dimana mereka akan hilang kepercayaan rakyat disebabkan oleh taktik yang digunakan untuk merampas kuasa secara zalim dinegeri Perak. Pada masa yang sama, jikalau BN kalah teruk dan Kerajaan Negeri dikuasai semula oleh PR, maka ianya juga akan memalukan Sultan Perak yang melantik ZAMBRY sebagai Menteri Besar Perak.

Secara amnya, Kerajaan BN telah melahirkan satu peristiwa hitam bukan sahaja bagi rakyat negeri Perak malah kepada Institusi Di-Raja Malaysia. Sejak kebelakangan selepas kewujudan krisis perlembagaan dinegeri Perak, percanggahan dalam mentafsirkan perlembagaan negeri telah wujud. Kritikkan demi kritikkan telah ditambah oleh semua pihak. Ini juga telah menjatuhkan imej Negeri Perak.

Saya anggap HAKIM-HAKIM Mahkamah Persekutuan telah menyalahtafsirkan Perlembagaan Negeri dan sebagai jalan penyelesaian keputusan ini harus diketepikan dan BN harus mencari jalan untuk mengadakan pilihanraya kecil samada di peringkat negeri ataupun di kawasan DUN BEBAS.

Sebagai akhir kata, keputusan rakyat adalah paling muktamad dan bukannya keputusan mereka yang makan gaji dibawah payung BN untuk menentukan siapa sebenar Menteri Besar Perak yang sah.


Tuesday, January 26, 2010

“SAMA ADA RAVICHANDRAN DARI PPP, BUTA MATA ATAU BUTA POLISI”


Kenyataan Akhbar Sugumaran Periasamy – Pengarah, Biro Pendidikan Politik, DAPSY Perak berhubung “SAMA ADA RAVICHANDRAN BUTA MATA ATAU BUTA POLISI”

Pemikiran intelektual akan memperkembangkan kepekaan dan komitmen terhadap masalah-masalah rumit yang berunsurkan diskriminasi kemanusiaan dan ianya perlu dipertingkatkan sebelum mengulas kenyataan mana-mana pihak. Seorang ahli politik harus mempunyai hati murni serta patut berkemampuan untuk berfungsi secara prima.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ravichandran berhubung isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat, YB.M.Kulasegaran adalah menyifatkan kelemahan serta menyerlahkan lagi kebudakkan beliau dalam isu ini. Ravichandran boleh dianggap sebagai “Pengkhianat kemajuan rakyat berbilang kaum”. Kelakuan Ravinchandran memaparkan secara terang-terang dimana beliau bukannya hilang berkelayakan untuk menjadi seorang pemimpin malah tidak berdaya untuk berfikiran rasional dan kolektif untuk kemajuan semua bangsa dan kaum.

Isu yang dibangkitkan oleh YB M.Kulasegaran adalah satu isu yang dapat dilihat sejak kemerdekaan serta yang paling mustahak dan kepimpinan BN/UMNO patut mencari saluran untuk menyelesaikan skim yang mengdiskriminasikan bukan bumi.

1Malaysia. Apakah erti sebenar polisi ini? Dapatkah Ravinchandran memberikan definasi sebenar laungan ini. Kaum India dinegara ini cukup patuh bila pemimpinannya dapat dijadikan teladan. Tetapi pemimpin nakal seperti Ravichandran akan menghapuskan lagi segala perjuangan dan akan mengadai maruah bangsanya kepada BN/UMNO. Dimanakah letaknya keteladanan Ravichandran dalam menangani isu Kaum India.

YB M.Kulasegaran adalah payung pembenar politik salah laku oleh BN/UMNO. Jangan cuba untuk memperkecilkan segala usaha dan sumbangan beliau dengan mengeluarkan kenyataan akhbar semata-mata untuk publisiti murahan politik. Segala keburukkan dan malapetaka daripada Dasar Ekonomi Baru telah dipersoalkan untuk kemajuan rakyat sejagat dan bukannya untuk kepentingan beliau. YB M.Kulasegaran, mempunyai visi dan misi yang berpandangan jauh demi menegakkan kemajuan semua kaum dinegara ini.

Ravichandran bertindak seolah untuk melumpuhkan kemajuan satu kaum tanpa menghiraukan perasaan kaum tersebut. Keadilan dari segi sosial dan ekonomi bagi seluruh rakyat Malaysia patut diimplimentasikan secara terbuka dan jikalau gagal berbuat demikian maka gagasan 1Malaysia adalah boleh dianggap sebagai pengkhianat bukan bumi dinegara ini. Dapatkah rakyat berbilang kaum menghayati segala peluang yang dihulurkan oleh kerajaan tanpa batasan kaum.

Hak bertanya adalah kedaulatan seorang Ahli Parlimen dan ianya tidak boleh dipertikaikan secara membuta tuli serta sewenang-wenangnya.

Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Ravichandran bahawa, pendirian songsang beliau berhubung kepentingan kaum Bukan Bumi dinegara ini telah mencalar imej kepentingan seorang warganegara dan juga ingin menekan bahawa adakah pendirian itu pendirian parti ataupun diri sendiri?

Jikalau benar Ravichandran mempunyai keberanian serta kecerdikan dalam isu-isu semasa politik maka saya cabar beliau untuk berdebat dengan pemuda DAP Perak berhubung mana-mana isu politik semasa. Jangan memperlekehkan kehebatan seorang pemimpin DAP malah kalau berani mari berdebat dengan Pemuda Dap dan biar rakyat yang menentukan siapa pembela rakyat dan pengkhianat rakyat.

Sekian.