Thursday, October 23, 2008

Sengaja nak cari pasal

Apa nak kata mengenai hal-hal sebegini. Memang perkara ini telah pun dibangkitkan kepada semua pihak berkuasa negeri dan JPS pula masih tidak mahu dengar dan tidak mahu memberi jaminan untuk tanah ataupun rumah baru kepada mereka sebagai pampasan.

Orang seperti Pulikesi pula, pura-pura nak jadi hero dalam hal tanah ini. Selepas melihat perkara ini di dalam akhbar Nanban dan Makkal Osai bertarikh (22/10/08) YB Kula Segaran minta saya melawat kawasan ini untuk mencari maklumat asal masalah tanah dikawasan ini.
Memang benar Pejabat Tanah Daerah Kinta menghantar notis untuk kosongkan tanah yang didiaminya sebelum atau pada 28/10/08 dan jika gagal untuk mengosongkan kawasan itu maka tindakan mahkahmah akan diambil dimana setiap penghuni akan dikenakan denda sebanyak RM10,000 ataupun hukuman penjara sebanyak 12 bulan.
Penerimaan notis adalah benar, minta kosongkan tempat pun benar, jika gagal hukuman setimpal pun benar......habis apo yang tak benar?
Orang seperti Pulikesilah yg tak benar dan tak ikhlas dalam perkara begini. Asyik nak cari "political mileage" konon.

Menurut kajian saya, jumlah penghuni adalah sebanyak 20 buah keluarga dan hanya 11 keluarga sahaja mengalami masalah dikawasan itu disebabkan oleh JPS. Dulu JPS tak nak buat langsung, sekarang selepas Pakatan Rakyat ambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Perak, JPS pula nak tunjuk effesiennya pulak. Kalau nak tunjuk effisien dalam panjang lebarkan Sg.Kinta.....no problem....tapi jangan menderitakan rakyat.

Setahu saya, masalah ini telahpun dikendalikan oleh rakan-rakan dari PKR dan mereka sedang berkerja keras untuk menyelesaikan masalah ini. Sebagai langkah pertama, surat makluman telah pun dihantar kepada YAB Menteri Besar Perak dan juga kepada Pejabat Tanah Daerah Kinta.
Sebagai langkah kedua, Pengerusi Jawatankuasa Tanah Kawasan Gunung Cheroh akan membuat segala urusan dengan badan kerajaan dalam mengatasi masalah ini.
Langkah ketiga......habislah cerita.