Monday, August 30, 2010

Siasat secara telus dan adil

30 August 2010, Kenyataan Akhbar P.Sugumaran (Bekas Setiausaha Politik & Pengarah Biro Pendidikan Politik DAPSY Perak) di perkarangan IPD Sitiawan berhubung “Polis harus menjalankan siasatan yang Telus demi menggelak persepsi negatif rakyat”

Saya menggesa pihak Polis supaya menyampaikan maklumat mengenai sebarang salahlaku anggota-anggota Polis terhadap rakyat umum secara adil,telus dan patut meluaskan dalam usaha mencerminkan Polis “Rakan Rakyat dan bukannya musuh ketat Rakyat”.

Pada 22 August 2010 yang lalu, saya telah ditangkap dan dibelasah oleh 5 orang anggota-anggota Polis sewaktu ke Balai Polis Sitiawan semasa menemani Presiden DIA & YB M.Kulasegaran untuk membuat laporan polis.

Saya ditahan secara ganas, dibelasah secara liar, dilemparkan dengan perkataan-perkataan yg kesat sewaktu berada di lokap. Laporan polis sudah pun dibuat terhadap anggota-anggota yg menyalahkan gunakan kuasa terhadap diri saya. Keterangan selanjutnya melalui proses rakaman statement sudah diambil. Anggota-anggota yang menahan dan membelasah saya tanpa arahan pegawai atasan masih dalam tugas. Persoalannya; Dimanakah letaknya ketelusan pihak Polis semasa mengendalikan siasatan terhadap anggotanya? Kenapakah mereka masih dalam tugasan? Adakah penangkapan dibuat terhadap diri mereka kerana mencederakan saya? Sekurang-kurangnya mereka harus digantung kerja sehingga siasatan tamat. Kenapakah wujudnya dua prinsip undang-undang yang berlainan. Anggota-anggota polis yang mencederakan saya, juga adalah golongan penjenayah sama sekali.

Sambil berharap polis tidak akan melakukan usaha untuk melindungi anggota-anggota polis itu, saya juga mahu jaminan diberikan oleh Ketua Polis Negeri Perak dimana siasatan telus akan dijalankan tanpa belas kasih serta anggota-anggota itu harus digantung kerja dengan serta merta.

Saya amat kecewa dengan kenyataan awal Ketua Polis Daerah Manjung, yang menyatakan pihak Polis tidak menggunakan kekerasan untuk mengawal keadaan dan menafikan dimana saya tidak dibelasah oleh Polis. Jikalau saya tidak dibelasah seperti yang dikatakan, kenapakah wujudnya kesan kecederaan dan lebam pada badan saya? Apakah kemestiaan untuk pihak Polis untuk membawa saya ke Hospital Daerah Manjung untuk rawatan?

Segala keadaan kecoh wujud adalah kerana Ketua Polis Daerah yang menghalang rakyat umum untuk membuat laporan Polis serta menggunakan perkataan berbaur perkauman. Saya ingin meminta rakan-rakan media arus perdana supaya jangan mengabaikan berita berhubung isu ini kerana inilah satu-satunya kes yang mempunyai bukti kukuh salah laku polis. Anggota-anggota polis yang bertugas sebagai penjenayah yang beruniform harus diberikan pengajaran yang sewajarnya demi menjamin keselamatan rakyat umum.

Saya mahu mendesak pihak Polis supaya jangan membenarkan anggota-anggota Polis menggunakan kuasa mereka sesuka hati terhadap suspek sehingga boleh menyebabkan nyawanya terancam.

Hari ini jamin saya disambung sehingga tamat siasatan. Ianya lebih baik untuk pihak Polis menjalankan siasatan dengan secepat yang mungkin dan mendakwa saya di Mahkamah dimana saya mempunyai peluang untuk membela diri serta mempunyai peluang untuk membuktikan tidak berlakunya salahlaku oleh diri saya seperti yang didakwa.