Thursday, February 11, 2010

KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN MENGABAIKAN KEHENDAK RAKYAT PERAK

Keputusan mahkamah Persekutuan berhubung krisis MB Perak membawa rasa amat kecewa dan ianya tidak dapat diterima oleh rakyat Negeri Perak. Keputusan itu juga telah menyinggung perasaan rakyat sehingga menimbulkan persoalan terhadap ketelusan perundangan negara. Insiden ini menambah lagi peristiwa hitam dalam sejarah negara ini.

Keengganan untuk memutuskan keputusan berpihak kepada kehendak rakyat dalam perbicaraan kes Menteri Besar Perak sebenarnya boleh dikatakan bersifat perundangan songsang dan mencabul hak pengundi-pengundi negeri Perak. Keputusan Mahkamah yang mengukuhkan kedudukan ZAMBRY dengan menggunakan status perlantikkan MB oleh Sultan Perak adalah sah, boleh dikatakan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai pendirian undang-undang yang telus.

Saya menganggap keputusan Mahkamah Persekutuan adalah satu perkara yang tidak disangka sama sekali dan amat mengecewakan. Mahkamah Persekutuan tidak mencari jalan ataupun saluran yang baru untuk mentafsirkan isi kandungan Perlembagaan dengan cara yang munasabah dan adil. Fakta-fakta sebenar kewujudan krisis Perak telah dikuburkan dengan sesuka hati oleh Hakim Mahkamah Persekutuan. Dimanakah letaknya kemuliaan perundangan negara dengan keputusan ini?

Siapakah Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan untuk menentukan majoriti Kerajaan BN dinegeri Perak apabila PR mempunyai kelebihan majoriti melalui pilihanraya daripada undi rakyat? Ianya boleh dikatakan, Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional mempunyai komposisi yang saksama di DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK selepas 3 ADUN keluar menjadi BEBAS.

Bagi saya ADUN-ADUN BEBAS ini seolah mempunyai “hubungan dan sokongan sulit” kepada BN dan ianya boleh menukar arah pada bila-bila masa yang akan datang. Sebenarnya ketiga-tiga ADUN ini bukannya penentu kuasa serta tidak ada apa-apa kuasa dalam menentukan Kerajaan Negeri Perak.

Alasan yang diguna pakai oleh HAKIM-HAKIM Mahkamah Persekutuan yang lemah itu tidak boleh diterima langsung. Keputusan ini telah menghalang rakyat secara paksaan untuk memilih Menteri Besar Perak yang sah. Jikalau Hakim-Hakim Mahkamah mengesyorkan perlantikkan ZAMBRY oleh Sultan Perak adalah sah walaupun Nizar tidak letak jawatan sewaktu perlantikkan dibuat, maka masa yang akan datang biarlah Sultan Perak yang menentukan Menteri Besar Peras dan Kerajaan Negeri Perak tanpa pilihanraya umum. Pada masa yang sama, berbuat demikian juga akan membuka ruang kepada Kerajaan Persekutuan menjimatkan kos perbelanjaan pilihanraya dinegeri Perak.

Walaupun Pakatan Rakyat menerima salah seorang ADUN dari BN pada peringkat awal, namun tidak wujudnya krisis perlembagaan dinegeri Perak. Jikalau wujud pada waktu itu, sudah pasti PR akan membubarkan DUN untuk mendapatkan mandat baru daripada rakyat.

Tetapi tanpa apa-apa rasa malu, Kerajaan BN langsung tidak berani BUBAR DUN kerana mereka sendiri sedar dimana mereka akan hilang kepercayaan rakyat disebabkan oleh taktik yang digunakan untuk merampas kuasa secara zalim dinegeri Perak. Pada masa yang sama, jikalau BN kalah teruk dan Kerajaan Negeri dikuasai semula oleh PR, maka ianya juga akan memalukan Sultan Perak yang melantik ZAMBRY sebagai Menteri Besar Perak.

Secara amnya, Kerajaan BN telah melahirkan satu peristiwa hitam bukan sahaja bagi rakyat negeri Perak malah kepada Institusi Di-Raja Malaysia. Sejak kebelakangan selepas kewujudan krisis perlembagaan dinegeri Perak, percanggahan dalam mentafsirkan perlembagaan negeri telah wujud. Kritikkan demi kritikkan telah ditambah oleh semua pihak. Ini juga telah menjatuhkan imej Negeri Perak.

Saya anggap HAKIM-HAKIM Mahkamah Persekutuan telah menyalahtafsirkan Perlembagaan Negeri dan sebagai jalan penyelesaian keputusan ini harus diketepikan dan BN harus mencari jalan untuk mengadakan pilihanraya kecil samada di peringkat negeri ataupun di kawasan DUN BEBAS.

Sebagai akhir kata, keputusan rakyat adalah paling muktamad dan bukannya keputusan mereka yang makan gaji dibawah payung BN untuk menentukan siapa sebenar Menteri Besar Perak yang sah.