Monday, May 17, 2010

PEMIMPIN RAKYAT HARUS MEMPUNYAI KESEJATIAN PERJUANGAN POLITIK

Segala drama-drama politik sempit sesetengah pihak yg tiada nilai perjuangan rakyat akan mencapai tahap kemuncak apabila mereka berpendirian untuk keluar parti dengan alasan yang negatif.

Seorang pemimpin harus mencari jalan untuk menyakinkan rakyat dengan perilaku kematangan politik sendiri dalam memberi pencerahan politik dan layanan yang hebat kepada rakyat. Kegagalan berbuat demikian akan memberi ruang kepada pemimpin berpemikiran sempit itu hanya keluar dan mengutuk parti sendiri apabila beliau sendiri rasa tidak selesa dengan kedudukan politik di parti itu.

Selain daripada itu, pemalas-pemalas sebegitu akan berlagak seperti penentu kuasa di media-media yang dikongkong oleh kerajaan Barisan Nasional sekadar cakap kosong. Mencari publisiti murahan seperti Fauzi Muda hanya akan dinilai bukan untuk menganalisis nilai-nilai agung politik beliau, malah untuk menilai kelakuan negatif politik beliau selama ini.

“Jangan cuba mengeluarkan kenyataan akhbar untuk menasihati atau amaran kepada DAP dan PAS dalam perikatan dan pemahaman politik Pakatan Rakyat. Fauzi Muda sudah menjadi simbol telanjang kepuasaan politik diri sendiri selain daripada kehendak rakyat.Gelagat politik Fauzi Muda adalah seperti dalam penilaian orang awam yang terbaca karya kartun politik dalam majalah komik sengaja untuk mengisi masa lapang.”

Oleh yang itu, bagi pemimpin-pemimpin rakyat yang mahu berjuang demi kepentingan rakyat harus mempunyai nilai peradapan kehidupan yang beretika, harus mempunyai niat politik yang telus untuk melakukan perkembangan politik demokrasi dan sikap perjuangan demi pembangunan nilai-nilai sejatian politik bagi kehendak-kehendak rakyat dan pengundi.

Berkelakuan demikian sudah pasti akan memberi definasi baru sebagai seni untuk memperkuat dan memperhebatkan kepentingan rakyat serta seorang pemimpin harus memberi perhatian bahawa semua itu dilakukan bukan terutama demi kepentingan kegilaan kuasa politik semata, malah ianya harus lebih sebagai pembangunan jambatan emas bagi penciptaan kesejahteraan rakyat sendiri.

Yang lebih penting adalah dalam mengeratkan sejatian politik diantara kalangan pemimpin Pakatan Rakyat, adalah bukan saja sekadar menyatukan kembali kesamaan kepentingan dalam jaringan kuasa, tetapi ianya harus lebih kepada memberikan tenaga baru kepada generasi baru untuk memberi kemampuan dalam merangka kesejahteraan rakyat.

Akhirnya, ketiadaan pemimpin palsu seperti Fauzi Muda akan membuka ruang dan nafas baru kepada parti politik serta ahli-ahlinya yang mahu menjana imej dan status baru dalam arena perjuangan politik Pakatan semasa. Lebih-lebih lagi, situasi sebegini sudah pasti akan menghandalkan individu yang handal demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat yang dicintai.