Monday, March 1, 2010

KEBIJAKSANAAN PEMUDA BN MENGIKUTI KEPIMPINAN HARAM

Sepatutnya nama Ravichandran harus dimasukkan kedalam Malaysian Book of Records kerana mengeluarkan kenyataan akhbar yang paling banyak berbanding ADUN-ADUN BN. Segala kenyataan Ravichandran sememangya tidak mempunyai bukti yang kukuh serta beliau langsung tidak berani untuk menyuara sebagai seorang ahli PPP melainkan melabelkan dirinya sebagai Exco Pemuda BN.

Pada pandangan saya, Ravichandran hanya mencari peluang untuk melayakkan dan membuktikan dirinya sebagai pejuang dan pembela yang begitu kuat pada BN. Ianya adalah satu taktik untuk mengkaburkan mata pimpinan BN. Tindakan beliau sebegini juga kemungkinan besar akan membuka ruang bagi rakyat untuk menilai kelemahan BN dan kehebatan PR.

Untuk makluman Ravichandran, hanya BN yang meminta sedekah pada PR untuk mengiktirafkan Speaker Haram Datuk Ganesan sebagai yang sah. Oleh yang itu, tidak wujud persoalan siapa sebenarnya yang main politik sehingga penat, pada hal BN sendiri tidak dapat mengiktirafkan Datuk Ganesan tanpa persetujuan daripada pihak pimpinan PR.

Lebih-lebih lagi, V.Sivakumar adalah dipilih oleh rakyat sebelum dipilih sebagai Speaker dan bukannya seperti Datuk Ganesan yang ditolak oleh rakyat sendiri. Kenapakah pihak BN tidak berani untuk mencalonkan mana-mana ADUN BN untuk memegang jawatan speaker tersebut? Walaupun perlembagaan membenarkan seorang yang bukan ADUN untuk memegang jawatan Speaker ianya lebih baik untuk BN memilih salah seorang daripada ADUN-nya. Benarkah, dimana ADUN – ADUN BN tidak layak untuk memegang jawatan tersebut?

Saya ingin menasihatkan Ravichandran supaya jangan ikut telunjuk Kerajaan BN yang tamak dan inginkan kekayaan politik mudah dengan mengambil alih Kerajaan Negeri bertentangan dengan proses pilihanraya. Kerajaan BN tidak pernah mempedulikan kesusahan rakyat yang wujud akibat kegilaan kuasa oleh BN.

Kebisuaan Ravichandran sewaktu Negeri Perak ditadbir oleh PR jelas memaparkan kehebatan PR kerana tidak wujud ruang bagi BN ataupun kuncu-kuncunya untuk mengkritik pentadbiran PR. Jangan cuba untuk menunjukkan kepandaiaan melalui kenyataan akhbar.

Sebelum ini pernah saya mencabar Ravichandran daripada PEMUDA BN untuk berdebat dengan saya untuk membincang secara terbuka kehebatan beliau dalam arena politik khususnya perkhidmatan beliau dalam menaikkan taraf hidup kaum India dinegeri Perak. Sehingga hari ini tiada apa-apa berita mahupun khabar angin penerimaan cabaraan saya.

Saya amat pasti dimana Rakyat Negeri Perak serta Pemuda BN akan rasa amat malu dengan kelakuan Ravichandran yang suka bercakap kosong juga yang tidak mahu terima cabaran. Jikalau tidak berani, tidak mengapa, tetapi jangan berkelakuan seperti mangsa desakkan bodoh politik BN.

Nampaknya di Negeri Perak sekarang, Pemuda BN Perak yang berpelajaran sudah menerima pengajaran tetapi yang kosong pendidikan masih enggan menerima realitinnya. Yang berpelajaran menjadi bangang dan diperkudakan oleh bukan berpendidikan.

Ingin saya nasihat Ravichandran supaya jangan membela Kerajaan haram BN dengan kenyataan lucu serta kenyataan kebudak-budakkan untuk menyerlahkan kebodohan diri sendiri. Jangan terlepas langkah sehingga rakyat hilang percaya pada kaum PEMUDA disebabkan oleh watak anda yang menjijikkan.

Bagi saya, phenomena pemimpin bodoh seperti Ravichandran sudah menjadi lumrah bagi rakyat Perak. Alangkah malangnya PEMUDA BN Perak mempunyai seorang pemuda yang suka memperbodohkan rakyat dan alangkah malunya seluruh pimpinan BN Negeri Perak yang menguasai Kerajaan tanpa mandat rakyat.

Sekian