Tuesday, January 5, 2010

UMNO JANGAN CARI JALAN UNTUK HINA DIRI SENDIRI JIKA ISLAM TIDAK MAHU DIHINA ORANG LAIN.

Penggunaan Kalimah ALLAH dalam majalah mingguan terbitan gereja Katholik, Herald, satu keputusan yang telah menerima bantahan hebat daripada semua golongan Islam tanpa mengira ideologi politik dan ianya juga telah menimbulkan kemarahan segolongan umat Islam khususnya daripada kumpulan UMNO.

Tindakan UMNO yang terlalu agresif dan memprovokasikan keputusan mahkamah itu jelas memaparkan kebencian UMNO yang amat tertinggi terhadap bukan Islam dinegara ini.

Tidak ada mana-mana pihak menafikan pembelaan umat Islam dalam pembelaan penggunaan Kalimah ALLAH, tetapi pendirian UMNO yang terlalu sensitif dalam isu ini mungkin berunsurkan semangat politik baru mereka.

Ianya agak menarik dinegara ini, dimana mereka yang sebelum ini tidak pernah menghormati kaum lain dengan berarak dengan kepala lembu yang berlumuran darah sehingga menghina agama lain, tiba-tiba muncul dengan membantah keputusan Mahkamah untuk membela agama mereka.
Siapakah sebenarnya pencetus huru-hara dinegara ini? Mahkamah ataupun UMNO?

Namun seperti biasa, ingin saya mengajak seluruh umat Islam untuk melihat perkara ini dari beberapa sudut pandangan seperti mana yang dikatakan oleh pemimpin PAS. Keharmonian negara amat penting. Kesejahteraan rakyat harus dijadikan agenda utama pentadbiran Kerajaan.

Saya juga ingin berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin PAS yang mengambil pendirian untuk tidak mahu bertindak secara agresif dan provokatif dalam isu ini. Saya juga amat pasti bahawa PAS sudah mempunyai prinsip perjuangan dan pembelaan yang berbeza dalam konteks ini dimana akan berinteraksi dengan semua golongan secara rasional.

Kita harus memahami motif sebenar bantahan penggunaan Kalimah ALLAH. Apa yang rakan-rakan Islam bantah adalah bukannya terhadap satu kaum tetapi keputusan Mahkamah sahaja. Rayuan sudahpun dibuat oleh pihak JPM. Tetapi kuncu-kuncu UMNO bertindak seolah-olah sudah hilang akal dan arah dalam pembelaan mereka sehingga menghina satu kaum.

Seluruh rakyat negara ini sememangnya mempunyai kepercayaan terhadap hak dan kebebasan yang dimiliki oleh mana-mana agama tetapi janganlah bertindak lebih daripada garis batasan yang diukirkan.

Apakah sebenarnya yang kita bantah dan bela? Yang kita bantah adalah keputusan mahkamah dan pembelaannya pula adalah keputusan yang lebih rasional dalam rayuan yang dibuat oleh JPM.

Dalam isu ini, Kerajaan BN sedang mengambil segala langkah-langkah untuk memenuhi kehendak UMNO bukannya kaum umat Islam. Inilah gaya pentadbiran baru BN yang suka mencetus huru hara dan kemudiannya akan mencari penawar untuk mendamaikan situasi tersebut dengan keputusan yang memihak kepada kemahuan UMNO.

Saya amat pasti dimana yang bukan Islam dinegara ini tidak akan membantah rayuan serta pembelaan umat Islam terhadap keputusan Mahkamah tetapi apa yang akan dibantah adalah tindakan segolongan yang mahu bertindak seperti pengganas kaum. Ketenteraman hidup dan keamanan semua rakyat negara ini harus dititik beratkan tanpa mengira agama,bangsa dan kaum. Janganlah bertindak sehingga menimbulkan kekecohan dan keretakkan perpaduan diantara kaum.

Secara amnya,tindakan UMNO yang berkelakuan extrimis akan memburukkan lagi wajah umat Islam dikaca mata politik dunia dan kemungkinan besar negara kita boleh dilabelkan sebagai pengganas Islam. Berbuat demikian juga akan membuka ruang kepada media barat untuk membuat serangan terhadap negara ini khususnya akan mewujudkan satu gambaran negatif terhadap umat Islam.

Namun apa yang menjadi masalah yang terbesar adalah tindakan sesetengah umat Islam yang tidak mengikut lunas-lunas perjuangan dan kepentingan serta kemuliaan Islam juga akan membuka ruang untuk tohmahan-tohmahan yang subur dalam pemikiran masyarakat dunia.

Sebagai akhir kata, berjuanglah demi mengembalikan untuk membina maruah dan identiti umat Islam yang diajar dalam al-Quran dan janganlah mengambil isu ini untuk mewujudkan contoh negatif untuk semua umat di dunia untuk ditindas dan dipandang rendah.