Thursday, November 13, 2008

Usul mengenai ISA dibahas

Dewan Undangan Negeri Perak telahpun mendapat mandat untuk membahaskan isu mengenai undang-undang zalim ISA.
Usul yang dilulusakan ini, dihadkan kepada 15 minit sahaja setiap seorang dimana 4 orang dibenarkan untuk bahas mengenai usul ini.
Pada peringkat awal ADUN Teja mengemukakan kesemua fakta-fakta mengenai undang-undang ini. Beliau juga menyatakan bahawa undang-undang ini digunakan oleh pemimpin UMNO untuk kepentingan Parti mereka dan bukannya untuk menyelamatkan negara ini.
Semasa beliau menghujahkan fakta-faktanya, beberapa ADUN pembangkang (BN) mula menunjukkan perangai mereka untuk mengacau hujah beliau.
Tanpa menghiraukan kesemua gangguan tersebut, ADUN Teja mula menyifatkan kesengsaraan tahanan ISA dan juga keluarga tahanannya.