Friday, May 28, 2010

KEKURANGAN PERUNTUKKAN ASAS DARI KERAJAAN KEPADA GOLONGAN OKU HARUS DIPERTINGKATKAN


27/05/10 – Kenyataan Akhbar Sugumaran Periasamy (Pengarah Biro Pendidikan Politik, Pemuda DAP Sosialis Perak) bersama Tanabalan Devarajoo (Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ipoh Barat) berhubung

Kerajaan Tempatan, Negeri & Persekutuan harus mencari jalan untuk mengiktirafkan segala sumbangan atas kebaktian dan kerelaan golongan OKU dinegara ini. Golongan OKU ini adalah “Lemah Fizikal Kuat Mental” serta mereka tidak pernah leka dalam bersaing dengan golongan rakan-rakan yang lain.

Hari ini seorang OKU yang bernama Jaswant Singh yang mengalami kelumpuhan pada tubuh badannya sejak 30 tahun yang lalu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pihak Kerajaan yang tidak pernah mengiktiraf sumbangan beliau dalam arena sukan. Beliau juga menyatakan bahawa sehingga hari ini beliau juga tidak pernah menerima apa-apa anugerah selepas mengalami kecacatan pada tubuh badannya.

Jaswant Singh, sewaktu berumur 17 tahun yang amat dikenali dalam arena sukan Hoki di Negeri Perak, pernah bermain dengan beberapa pemain-pemain hoki Malaysia yang mewakili negara dipersada dunia. Beliau juga menyatakan bahawa sewaktu mewakili negeri Perak, beliau pernah menerima beberapa tawaran daripada pelbagai agensi mahupun dari Kerajaan dan Swasta. Apabila beliau mengalami kelumpuhan segala tawaran itu seolah nasi menjadi bubur.

Sumbangan terpenting seorang individu harus diberikan keutamaan diperingkat sederhana dalam meningkatkan cara hidup mereka. Kerajaan sepatutnya memberikan peluang yang saksama sewaktu memperuntukkan dana pembangunan usahawan kecil serta harus melonggarkan syarat-syarat yang dikenakan dalam satu permohonan dana Kerajaan.

Disamping itu, kami juga mendesak Kerajaan harus memberikan khidmat yang istimewa dalam peluang pekerjaan dan kadar gaji yang berpatutan demi menjaga diri mereka tanpa apa-apa gangguan kemudahan asas.

Perkara ini sebenarnya lama menjadi perhatian rakyat umum dan nampaknya Kerajaan masih tak ada apa-apa perubahan yang kukuh di Malaysia untuk menyumbang kepada OKU.

Kami berpendapat bahawa, Kerajaan harus mengimplimentasikan satu polisi baru untuk membuka ruang kepada golongan OKU bagi memudahkan mereka mendapatkan kerja disektor Kerajaan.