Tuesday, October 27, 2009

Kenyataan Akhbar saya berhubung Kecuaian Kontraktor Membawa Padah Kepada Pelajar di Kuala Dipang

Aspek keselamatan adalah sangat penting dan perlu dititikberatkan dalam projek pembinaan khusunya di kawasan sekolah kerana ianya adalah bagi kegunaan pelajar.

Jikalau seorang kontraktor gagal untuk memberikan tumpuan utama pada keselamatan ataupun gagal untuk mempraktikkan amalan keselamatan maka kecuaian itu boleh menyebabkan kejadian yang serius sepertimana yang berlaku di kawasan perkhemahan Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan yang terletak diKuala Dipang.

Semasa memantau kawasan kejadian, sudah pasti boleh mengatakan bahawa pembinaan tiang penghadang yang dibina itu sememang tidak mengikut spesifikasi ataupun piawaiannya tidak ditentukan oleh pihak berkuasa. Lebih lebih lagi, saya juga difahamkan bahawa projek pembinaa titi gantong ini bukannya dibinakan melalui peruntukkan kerajaan malah melaui wang sumbangan yang diberikan oleh pihak ketiga. Benar atau tidak pihak yang membuat siasatan harus mendedahkan kebenaran insiden ini.

Persoalannya, jikalau jambatan itu dibina menggunakan wang sumbangan, adakah pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan melantik jurutera rekabentuk? Jikalau ya, kenapakah Jurutera rekabentuk itu tidak kelihatan pada kawasan kejadian untuk mengulas kejadian ini. Walaubagaimanapun, kontraktor yang menerima projek ini harus tampil kehadapan untuk memberi penjelasan pada barang-barang “sub-standard” yang digunakan seperti bahan konkrit dan komponen-komponen yang lain untuk menanam cerucuk tiang penghadang.

Tinjauan saya sendiri pada kawasan kejadian meluahkan beberapa bukti dimana kontraktor tidak mengikuti spesifikasi yang ditentukan oleh pihak yang berkuasa. Kedalaman serta konkrit yang digunakan hanyalah tidak lebih daripada 3 kaki dan tiang besi itu tidak sepenuhnya ditanam ke dalam bumi. Lebih-lebih lagi kelembutan tanah juga menjadi salah satu factor utama dalam kejadian ini.

Sebelum, seorang kontraktor bermula kerja pembinaan, jurutera sepatutnya memberikan pengiktirafan untuk memulakan kerja pembinaan itu. Kemudian Pembantu Teknik pula akan ditempatkan dikawasan projek untuk memantau segala barang-barang yang digunapakai oleh kontraktor, sama ada mengikut kepada piawaiaan ataupun tidak. Dalam isu ini, saya sememangnya dapat melihat kesilapan serta kecuaian pengawai-pegawai kerajaan khususnya daripada Pejabat Pendidikan Daerah, JKR dan lain-lain lagi.

Yang lebih menghairankan adalah, saya difahamkan bahawa, semasa pelajar-pelajar menyeberangi titi gantong tersebut, memang tidak ada guru ataupun pengawal diantara mereka dan kedua-dua pihak ini hanya sibuk berbincang pada kawasan bukit KEM.

Memang semua akan faham dengan kepantasan serta kederasan air semasa waktu hujan disungai, tetapi soalannya, kenapakah tiada penghadang ataupun jaring selamatan tidak dibina bersebelahan dengan titi gantung tersebut pada peringkat awal. Jikalau pihak sekolah memang tahu bahawa kederasan air amat pantas kenapakah pelajar-pelajar dipaksa untuk menyeberangi sungai tersebut.?

Adakah pengawal ataupun guru yang bertugas mempunyai maklumat kapasiti titi gantung tersebut?. Jika ya, kenapakah 22 pelajar dibenarkan menyeberangi sungai tersebut melalui titi gantung itu?

Sebagai akhir kata, saya berpendapat bahawa kejadian ini secara terang-terang memaparkan adanya berlaku salah laku kuasa serta kecuaian dan menyeru supaya pihak SPRM menyiasat kesemua pihak yang terlibat daripada peringkat awal sehingga akhir demi kepentingan rakyat umum.

Kejadian seperti ini akan sudah pasti menjadi satu peristiwa hitam bagi Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, Jeram dan ianya lebih baik jika aktiviti yang tidak selamat sebegini diberhentikan dengan serta merta. Saya juga difahamkan bahawa Ahli Parlimen Ipoh Barat telahpun menghantar satu usul untuk membincangkan mengenai kejadian ini pada sidang Parlimen.

Sekian.

P.Sugumaran (0175677276)
Setiausaha, Kumpulan Khidmat DAP Jelapang
Setiausaha, Cawangan DAP Ipoh Barat
(Bekas Setiausaha Politik, Ahli Parlimen Ipoh barat)