Wednesday, October 14, 2009

Siapa yang bersalah?

Penjara adalah dianggap satu-satunya tempat yang dikatakan paling selamat bagi banduan-banduan yang dijatuhkan hukuman ataupun mereka yang masih menunggu keputusan serta individu yang masih dalam tahanan reman. Selain daripada itu, Penjara juga mempunyai peranan yang lebih penting dimana banduan-banduan juga diberikan peluang untuk merealisasi kesalahan mereka melalui menjalankan aktiviti pemulihan moral.

Tetapi situasinya pula berlainan kepada pemuda India yang bernama Vijiaykumar A/L Krishnan yang berumur 25 tahun dimana beliau telah diserang oleh banduan lain. Kejadian yang diklasifikasikan sebagai ngeri ini berlaku pada Vijiaykumar pada 13 haribulan Oktober 2009 pada jam pukul 8.00 pagi semasa beliau berada didalam Penjara Tapah.

Yang lebih mengejutkan adalah beliau telah mengalami kecedaraan parah sehingga pihak Penjara terpaksa menghantar beliau ke Hospital Tapah untuk rawatan seterusnya. Mungkin perkara sebegini adalah perkara yang biasa berlaku tetapi bagi pihak keluarga pula ianya seolah satu tragedy yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat.

Lebih anehnya adalah, pihak Penjara langsung tidak memaklumkan kejadian ini kepada pihak keluarga ataupun kepada Peguam Vijayakumar. Apabila ditanya, pihak Penjara hanya berminat hendak tahu bagaimana pihak keluarga Vijiyakumar dapat maklumat ini.

Apakah paras tanggungjawab dan kuasa pihak Penjara dalam melindungi hak asasi seorang banduan? Selain daripada itu apakah yang menyebabkan pihak Penjara berpendirian untuk tidak mahu memakluman kejadian ini kepada pihak keluarga mangsa?

Saya difahamkan bahawa seramai 6 orang banduan telah menyerang beliau semasa berada dalam penjara dengan niatnya untuk membunuh beliau. Disebabkan beliau kurang berdaya untuk menahan serangan itu, saya difahamkan Vijiyakumar mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan bahagian badannya pula dihiris dengan pisau.

Persoalannya, bagaimanakah banduan boleh mendapat batang besi dan pisau
semasa berada dalam Penjara? Adalah sistem kawalan dipenjara Tapah boleh dikatakan kurang effisien dalam melaksanakan tugasan yg diberikan kepada mereka. Dimanakah pengawal-pengawal berada semasa kesemua banduan dikumpulkan pada satu tempat kurung? Bagaimanakah kecederaan yang seteruk ini boleh berlaku.? Bukankah Penjara Tapah mempunyai sistem kamera untuk memantau tingkah laku banduan demi keselamatan mereka?

Saya juga difahamkan bahawa, ada juga layanan berbeza diberikan diantara banduan oleh pihak Penjara. Benar atau tidak mereka yang mempunyai pengalaman sahaja yang tahu kebenarannya.

Pada pandangan, saya ini adalah kejadian yang kedua bagi Vijiaykumar dimana pertama kalinya beliau dikatakan diserang oleh beberapa anggota polis di Balai Polis Chemor kerana disyaki mengedar dadah. Semasa beliau menyerah diri dibalai Polis Chemor dihadapan orang ramai, salah seorang pegawai Polis berjawatan tinggi, berjanji pada pihak keluarga dimana tidak akan berlaku apa-apa kecederaan lagi pada beliau. Kini beliau boleh menafikan bahawa ianya berlaku dalam Penjara, tetapi siapakah punca yang menyebabkan beliau diserang dalam Penjara? Bukankah tuduhan dengan bukti yang direka sendiri oleh pegawai penyiasat menjadi punca utama dalam isu ini?

Kes Vijiyakumar masih belum diputuskan dan perbicaraan baru bermula pada 5 & 6 Oktober 2009 dimana beliau diwakili oleh Peguam Augustine Anthony. Pada peringkat awal permohonan jaminan beliau juga ditolak atas alasan-alasan yang tidak berasas.

Ibu bapa kepada Vijiaykumar sudah hilang kepercayaan pada pihak Penjara dan takut keselamatan anaknya tidak boleh dijamin oleh mana-mana pihak serta meraka berasa kemungkinan besar anak akan dibunuh dalam Penjara. Dapat pihak Penjara boleh memrikan jaminan serta penjelasan yang kukuh kepada pihak keluarga bagi menjaga nama baik Institusi Penjara Malaysia?

Pada masa yang sama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia juga patut menjalankan siasatan bersama salah seorang wakil keluarga ataupun Peguannya demi menegak keadilan Vijiyakumar.