Friday, August 28, 2009

Adakah mereka ini benar-benar beragama Islam?

Dasar baru polisi negara
Diberikan nama sebagai "1 Malaysia"
Tambah lagi dengan slogannya
"Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan"
Polisi baru tidak bermakna
UMNO sendiri tak tahu erti
Mencaci dan menghina
Dijadikan agenda utama oleh kuncunya
Kepala lembu dijadikan tanda protest
Katanya lembu simbol kebodohan
Siapa yang mereka menghina
Belum tahu...lagi


Persoalannya : "Adakah Islam membenarkan mana-mana individu untuk berarak dengan kepala binatang yang baru disembelih bagi mencaci kepercayaan kaum lagi pada bulan ramadhan yang mulia ini?"

Keputusan NC Universiti Malaya untuk menukar nama Jabatan Pengajian Kaum India adalah persamaan dengan pembersihan etnik kaum India.

Kenapakah kesemuanya berlaku bertentangan untuk kaum India dinegara ini? Kaum India sudah rasa bosan dengan beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba hendak menyindir kesabarannya.

Yang memelikkan adalah apabila pihak Pakatan menyuarakan sesuatu isu maka wakil kaum India di BN akan berkelakuan songsang dan selalunya berpihak kepada BN. Maka semua keputusan akan sekaligus songsang dan langsung tidak akan berpihak kepada Kaum India.

Isu pemecatan Ketua Jabatan Pengajian India timbul beberapa bulan yang lalu dan beliau diganti oleh seorang bukan dari kaum India adalah satu taktik baru beliau untuk menukar nama Jabatan tersebut.

Selepas itu, Timbalan Menteri bersama yang lain telahpun mengadakan satu perjumpaan untuk menyelesaikan masalah ini.

Sejurus selepas perjumpaan itu, Timbalan Menteri memberitahu bahawa, perjumpaan beliau dengan NC amat memuaskan dan NC berjanji untuk memilih seorang Ketua Jabatan dari kaum India untuk memegang jawatan tersebut serta perlantikkan itu akan dibuat secepat yang mungkin selepas siasatan dijalankan.

Baru-baru ini Menteri Pendidikan juga memberitahu bahawa nama Jabatan itu akan dikekalkan dan tiada perubahan akan dibawa demi menjaga kepentingan pelajar-pelajar Kaum India di Universiti Malaya.

Apa sudah jadi dengan janji-janji itu? Kini, nama Jabatan tersebut sudah ditukar ataupun digabungkan dengan pengajian Asia Selatan dan dipanggil Jabatan Pengajian India & Asia Selatan. Adakah penukaran nama Jabatan ini bukannya bermotif untuk meluaskan skop pengajian malah untuk menurunkan taraf Jabatan Pengajin India tersebut. Jikalau benar taraf Jabatan itu diturunkan taraf maka ianya bererti bahawa Universiti Malaya sudah mula mengimplementasikan polisi pembersihan kaum India diperingkat pusat pengajian tinggi.

Yang peliknya adalah, apabila timbul suatu isu berhubung kaum India maka, akan muncul satu kuncu yang kononnya berlagak untuk menyuara demi kepentingan kaum India. Tetapi secara realitinya kesemuanya akan menjadi satu drama politik dan sebagai balasan ataupun padah beginilah berlakunya.

Saya amat pasti bahawa tidak ada mana-mana pihak yang akan mengalu-alukan penukaran nama Jabatan Pengajian Kaum India di Universiti Malaya, malah ini juga boleh mencetus keadaan yang tidak puashati di kalangan masyarakat Kaum India dinegara ini.

Kenapakah penukaran nama Jabatan itu dibuat secara tiba-tiba tanpa berunding dengan pihak yang bertanggungjawab. Adakah keputusan ini keputusan NC ataupun diambil secara kolektifnya?

Pelbagai pihak termasuk Badan Bukan Kerajaan telah menyerahkan memorandum untuk menyelesaikan masalah ini secara rasional. Tetapi apa yang sedang diputuskan oleh NC Universiti Malaya jelas menunjukkan bahawa beliau langsung tidak peduli dengan permintaan Kaum India serta akan bertindak ikut suka hati beliau sahaja.

Saya berpendapat bahawa, penukaran nama Jabatan Pengajian Kaum India adalah satu tindakan yang melampaui batas dan NC harus meminta maaf kepada Kaum India atas segala kesulitan yang timbul berpunca daripada kelakuan beliau serta kekalkan nama tradisi Jabatan itu.

NC harus mengingati bahawa, tindakan beliau sebegini boleh mencetuskan perbalahan antara pelajar dan akan menjadi satu simbol pembersihan etnik kaum India di Universiti Malaya.

Ini juga mencerminkan bahawa, Pentadbiran Kerajaan Malaysia tidak menghargai kesetiaan serta sokongan kaum India dalam menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang membangun dan maju.