Sebelum saya memulakan tulisan, saya ingin minta maaf kepada semua rakan dan pembaca blog saya kerana tidak dapat mengemaskini blog saya atas sebab-sebab tugasan pejabat dan temujanji dengan Agensi Kerajaan.
Seperti mana yang anda dapat lihat dalam akhbar utama dimana Jalan Terowong Bawah Tanah telahpun dikenal pasti oleh YB M.Kula, YB Sivasubramaniam dengan bantuan Jurutera Kanan MBI iaitu Sdr.Khairul Anwar.
Kami juga dapat bantuan daripada beberapa individu yang pernah bekerja pada tahun 1950 dan 60 an yang sah mengatakan bahawa Jalan Terowong Bawah Tanah memang wujud diantara Dewan Bandaran (yg dikenali sebagai Pejabat Pentadbir Ketua Polis) ke Mahkahmah Tinggi Ipoh.
Pada masa ini, kami masih belum dapat mengenal pasti segala maklumat teknikal mengenai Jalan Terowong ini dan kami juga difahamkan oleh pihak MBI dimana Kementerian Warisan dan Kebudayaan akan menghantar kumpulan pakar untuk mengendali segala pencarian yang seterusnya pada bulan Januari 2009.