Tuesday, December 22, 2009

Laporan polis terhadap penganjur perhimpunan haram



Tarikh laporan : 22 December 2009
Nama pelapor : Sugumaran A/L Periasamy
Jawatan : Setiausaha, Pasukan Khidmat DAP Jelapang
No. Kad pengenalan : 780405-075087
Alamat :11B, JALAN DATO SERI AHMAD SAID, GREENTOWN, 31400
IPOH, PERAK.


Ingin membuat laporan Polis terhadap penganjur-penganjur yang mengadakan demonstrasi yang menyalahi undang-undang dihadapan pejabat DAP Perak yang terletak di Medan Istana Ipoh, pada 20 December 2009, pada waktu pagi.

Melalui akhbar tempatan, saya dapat tahu bahawa seramai 300 orang penunjuk perasaan telah mengambil tempat dalam perhimpunan haram itu, khususnya daripada parti UMNO, MCA, PPP dan juga beberapa ahli daripada kumpulan NGO. Perhimpunan haram yang mengambil masa lebih kurang satu jam itu akhirnya meninggalkan satu MEMORANDUM yang dialamatkan kepada YB Kula Segaran dan YB Nge yang berbunyi “MENDESAK MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA” dalam peti pos pejabatnya.

Dalam memorandum itu, secara terang-terangnya kumpulan tunjuk perasaan itu mengatakan bahawa mereka “rasa marah dan terkilan” serta menyatakan “tiada maaf bagi kamu” dalam kandungan memorandum yang berbentuk surat itu.

Selepas meneliti serta membaca penuh memorandum itu, saya amat pasti bahawa permintaan mereka yang mendesak YB Kulasegaran dan YB Nge untuk meminta maaf adalah satu kelakuan yang tidak bermoral serta boleh membawa ketegangan diantara masyarakat umum. Saya juga telah mengenal pasti beberapa individu yang telah menganjurkan perhimpunan haram ini untuk tindakan susulan pihak Polis, iaitu Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Shamsul Baharin Putera, Timbalan Ketua Pemuda Parti Progresif Rakyat (PPP) Perak Ravi Chandran dan Wakil Pemuda MCA Ipoh Barat, Lim Huey Shen.

Selain daripada menganjur perhimpunan haram itu, mereka juga secara tersiratnya bertindak untuk meretakkan keamanan serta mewujudkan satu suasana yang kecoh dengan membawa beberapa kain sepanduk dengan berniat untuk memprovokasikan rakyat sejagat.

Oleh yang demikian, saya mendesak pihak berkuasa terutama Polis supaya mengambil tindakan segera mengheret kesemua individu yang menganjur perhimpunan haram ini ke Mahkahmah untuk dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya.

Sekian laporan saya.


P.Sugumaran
Setiausaha, Pasukan Khidmat DAP Jelapang
(Bekas Setiausaha Politik, YB M.Kulasegaran)