Saturday, September 26, 2009

Perlembagaan negeri bakal pupus jikalau DUN Perak tidak dibubarkan.

Apakah caranya untuk menyelamatkan perlembagaan negeri Perak serta cara yang paling selamat untuk menyelamatkan hak khazanah rakyat Perak? Bubarkan DUN Perak, biar rakyat yang menentukan dan kembalikan hak rakyat untuk mandat baru. Itulah laungan rakyat Perak.

Segala perjuangan dan perpaduan diantara rakyat sebelum Merdeka tidak lagi ternilai dan tidak dihargai oleh sesetengah pihak demi kepentingan politik dan kegilaan kuasa masing-masing. Keadaan dinegeri Perak sudah diiktirafkan mencapai tahap kritikal dan kemuliaan Negeri Perak akan pupus tidak lama lagi jikalau DUN Perak tidak dibubarkan.

Kesemua pihak harus berfikiran luas dan berpandangan jauh dalam menangani krisis perlembagaan Negeri Perak dan bukannya untuk mengaut publisiti politik secara komersial semata-mata. Saya amat pasti, sudah ada perkara yang lebih besar agendanya, hebat cabaranya dan buruk padahnya jika isu perlembagaan Negeri Perak tidak diberikan perhatian yang sewajar.

Jangan jadikan krisis ini sebagai satu gimik politik ataupun berniat untuk memprovokasikan keadaan tenang dinegeri Perak. Keadaan semasa ini seharusnya dilihat secara serius bukan sahaja diperingkat negeri malah oleh Kerajaan Persekutuan juga patut mencari jalan penyelesaiannya.

Sudah beberapa kali bantahan dilaungkan terhadap Kerajaan, tetapi tiada tanda-tanda reaksinya daripada Kerajaan Negeri semasa yang selalunya dicaci oleh rakyat sendiri. Jikalau BN mempunyai peranan yang lebih besar daripada PR demi kepentingan pembangunan serta kemakmuran Negeri Perak, maka peluang keemasan untuk mereka membuktikan kehebatannya adalah hanya melalui pembubaran DUN dan bukannya mewujudkan keadaan huru-hara dengan bantuan pihak Polis.

Selain daripada itu, serangan demi serangan terus dilakukan oleh kedua-dua pihak. Pelbagai tuduhan dilemparkan dan kedua-dua pihak mengambil tindakan undang-undang sehingga membawa satu suasana yang bosan kepada rakyat. Oleh kerana itu, sistem perundangan negara juga menjadi satu tanda soal dikalangan rakyat. Ini semua dilihat seperti satu wajah baru dalam arena politik semasa negeri Perak yang hanya pentingkan kuasa pentadbiran sahaja dan wadah perjuangan utama pengundi tidak dipedulikan dengan terang-terang.

Tidak cukup setakat itu, kini setiap kali wujudnya Persidangan DUN samada dipanggil oleh PR ataupun BN, ianya lebih mengembirakan pihak Polis kerana kuasa mutlak diberikan kepada mereka untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang tidak patuh pada arahan mereka. Dalam krisis ini juga, ada wujud beberapa kumpulan yang lebih berbahaya sedang cuba mengambil kesempatan untuk mencurah krisis perkauman demi kepentingan diri sendiri.

Pada pandangan saya, krisis ini juga membuka tirai untuk kewujudan beberapa parti politik baru serta wujud agenda dan tangan yang sudah mengambil kesempatan tanpa menghiraukan kepentingan Rakyat Negeri Perak.

Apakah benar Kerajaan Barisan Nasional Negeri Perak sudah berdaya maju, relevan, peka dalam isu kebajikkan rakyat dan memahami situasi semasa keadaan Negeri Perak? Biarlah fakta-fakta didalam tangan rakyat yang menentukannya.

Saya amat pasti dimana, tidak ada mana-mana pihak yang boleh membuat percubaan ataupun boleh memusnahkan kredibiliti Kerajaan jikalau mereka diterima oleh rakyat. Jika benar BN amat prihatin dan mendengar tangkisan rakyat, maka pembubaran DUN adalah satu-satunya jalan penyelesaian yang paling bagus untuk menentukan Kerajaan Pentadbiran Negeri Perak.

Beranikah Kerajaan BN membawa satu usul untuk membubarkan DUN Perak pada sidang DUN yang dijangka akan diadakan pada bulan November 09?.

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya kepada semua muslimin dan muslimat



Pada kesempatan ini saya dan keluarga mengucapkan Salam Aidil Fitri kepada semua muslimin dan muslimat Rakyat Malaysia. Semoga kedatangan Idul Fitri tahun ini akan menyerlahkan diri anda lebih dekat dengan kuasa maha ehsan.

Thursday, September 17, 2009

ஏழை மக்களை துன்புறுத்தாதே !!!!!

பசி என்று வந்தவனுக்கு குடுத்து உதவ மனம் இல்லை ஆனால் பிறரை தொந்தரவு செய்யாமல் ஒரு வெள்ளிக்கும் இரண்டு வெள்ளிக்கும் மற்றவர்களுடைய வாகனம் களவு போகாமல் பாதுகாக்கும் ஒருவனை காவல்துறையிடம் பிடித்து கொடுப்பது எந்த விதத்தில் நியாயம்?

நீங்களும் இதுபோன்றவர்களுக்கு உதவ முன்வரமாட்டீர், அவர்களையும் சம்பாரிக்க விடவும் மாட்டீர். பிறகு இவர்கள் எப்படித்தான் வாழ்வது? வழி ஏதும் உண்டா?

இரக்கமில்லாத ஜென்மங்கள்... பூமியில் வாழ தகுதி இல்லாதவர்கள்,

அதைவிட ஒரு கேவலம்... தன் இணைத்தை காட்டிக்கொடுப்பது,

எத்தனையோ பிற இனத்தை சேர்ந்த மக்கள் இது போன்ற செயல்களை செய்கின்றனர், அவர்களை கேட்க தைரியமில்லை ஆனால், ஒரே ஒரு உணவு கடை உரிமையாளர் சொன்ன குறையை வைத்து உடனே நடவடிக்கை எடுத்தார்கலாம். குறையை சொன்ன அந்த உணவு கடை உரிமையாளர் ஒரு சீன இனத்தை சேர்ந்தவர்.

அந்த சீனனுக்கு தெரிந்த விஷயம் நம்ம முட்டாள் பிரதிநிதிக்கு தெரியவில்லை. அது என்னது? வேற என்ன நண்டு கதைதான்.

Tuesday, September 15, 2009

Mat Sah dibebaskan daripada Kem ISA



Mungkin ada yang tidak kenal dengan Puan Laila, Isteri tahanan undang-undang zalim ISA yang bernama Mat Sah yang ditahan selama 7 tahun.

Mat Sah Mohamad Satray bersama empat lagi tahanan Akta Keselematan Dalam Negeri (ISA) dituduh terlibat dengan gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Puan Laila adalah seorang yang berani dan gagah dalam perjuangan beliau dalam Gabungan Mansuhkan ISA dan tidak pernah beliau rasa sengan setelah dikenali sebagai seorang Aktivis yang paling aktif menentang kezaliman undang-undang ISA.

Keikhlasan tangkisan suara beliau kini mendapat hasil dimana suaminya telah dibebaskan dan saya amat gembira bagi keluarga Puan Laila dimana, tahun ini sudah pasti beliau dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh ceria.

தேவையை இல்லை இந்த அரசியல்

கட்சி தாவல் அரசியலில் பிரச்சனைகளை உருவாக்கும் என்றால்...ம.இ.க கட்சி தேர்தலில் கவிழ்ந்தவர்களை கொண்டு மக்கள் கூட்டணி அரசியல் தேட நினைத்தால், பாதிப்பு மக்களுக்கு தான் என்பதனை ஒரு சில கோளாறான தலைவர்கள் மறந்து விட கூடாது.

ஒரு கட்சியின் உயர் பதவியை கையில் வைத்திருந்தாள், என்ன வேண்டுமானாலும் செய்யலாம் என்ற எண்ணம் மக்கள் கூட்டணி இந்திய தலைவர்களுக்கு இருந்தால், தயவு செய்து அதனை மாற்றி கொள்ளவும். அப்படி மாற்றிக்கொள்ள முடியவில்லை என்றால், தலைவர்களே !!!! உங்களை மக்கள் மாற்றிவிடுவார்கள்.

கவனம் தேவை. எல்லாம் தெரிந்த நல்லையன் போல் அரசியல் நடத்தாதீர்.

Sunday, September 6, 2009

Kem Perubatan

Pusat Perkhidmatan Masyarakat DAP Jelapang telah menganjurkan satu KEM PERUBATAN untuk memberikan kesedaran terhadap selsema H1N1 di Jalan Besar, Jelapang bertempat dibawah Bangunan Pusat Perkhidmatannya.

Kem Perubatan ini dimula pada jam pukul 9.00 pagi hingga 1 tengahari dan ianya telah dirasmikan oleh Setiausaha DAP Perak merangkap Ahli Parlimen Taiping Sdr Nga Kor Meng pada jam pukul 9.30pagi. Sebanyak dua orang doktor pakar iaitu Dr.Jeyabalan dan Dr.Loo serta 5 orang jururawat dari Hospital Pantai Puteri membantu Pasukan Khidmat untuk menjayakan Kem Perubatan ini. Selain daripada itu, sebanyak 10 orang pelatih jururawat daripada Kolej Masterskill telah memberikan bantuan kepada semua para penduduk yang melawat Kem Perubatan ini. Ahli Parlimen Ipoh Barat Sdr. M.Kulasegaran juga turut hadir pada Kem Perubatan ini.

Wednesday, September 2, 2009

Sidang DUN Perak 902

Belum lagi nak bersidang, Polis mula menunjukkan perangai mereka. Sekali lagi Polis menjadi "KULI" UMNO dan menghalang DUN Perak bersidang. Sebanyak 3 ADUN, 2 penyokong serta seorang jurugambar media ditahan oleh polis. ADUN Malim Nawar YB Keshvinder mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan dimasukkan ke wad kecemasan.

Yang memelikkan adalah ADUN yang dipilih rakyat tidak dibenarkan bersidang, tetapi kuncu-kuncu UMNO yang berpakaiaan baju warna kuning dengan slogan "DAULAT TUANKU" dibenarkan untuk membuat kecoh.

Sementara itu, beberapa ADUN lain berundur dari situ menuju semula ke pejabat DAP dan mengadakan sidang akhbar disitu sebelum mengadakan sidang DUN di Hotel Heritage.