Monday, November 2, 2009

Kontrak kerja harus diberikan dengan saksama selaras dengan slogan 1Malaysia.

Saya amat yakin bahawa kontraktor Bumiputra khususnya orang UMNO terlalu manja dengan sistem tanpa batasan yang disalurkan untuk mendapatkan kontrak demi kontrak tanpa menghiraukan kepentingan orang lain.

Baru-baru ini beberapa kontraktor-kontraktor telah hilang mata pencarian disebabkan oleh kelakuan Pengurus Besar TNB, Ipoh, Tn.Hj.Mohd zahir Bin Nagor yang berpendirian hanya untuk menawarkan kerja kontrak kepada Syarikat 100% pegangan bumiputra sahaja. Apabila undang-undang dalaman seperti ini sengaja diimplementasikan, maka kemahiran kaum lain akan mengalami stagnasi dan akan menjadi halangan untuk kemajuan kaum Bukan Bumi.

Saya juga difahamkan bahawa sebanyak lebih daripada 20 kontraktor-kontraktor yang aktif, syarikat yang dimiliki bukan bumi berstatus Bumi tidak ditawarkan kerja kontrak semenjak 15 haribulan October 2009 sehingga kini. Selain daripada itu, hanya 6 Syarikat Bumiputra sahaja yang ditawarkan kerja kontraknya dengan syarat syarikat tersebut tidak boleh sub-kontrak kepada bukan bumi dan jikalau gagal berbuat demikian maka syarikat bumi tersebut akan hilang kelayakan untuk mendapatkan kontraknya daripada TNB pada masa yang akan datang.

Menurut seorang kontrakor, beliau secara amnya akan dapat kontrak dibawah “Sistem Jadual Harga Tetap” yg bernilai kira-kira RM 50,000 tiap-tiap bulan. Tetapi dengan adanya sistem baru yang boleh dikatakan “SISTEM JADUAL KERJA BUMI” maka bukan bumi telah hilang peluang untung mendapatkan kontraknya.

Budaya sub-kontrak telah lama diguna pakai sehingga ianya diberikan nama sistem Ali Baba. Walaupun dengan situasi sebegini, masih ada beberapa kontraktor bukan bumi dapat mencari hasil daripada kerja-kerja tersebut. Tetapi kini, ianya sudah hancur dan ramai kontraktor-kontrakor Bukan Bumi hilang mata pencarian.

Lebih-lebih lagi Syarikat status Bumi dengan pegangan 49% bukan bumi juga dipinggirkan oleh sistem baru ini. Situasi ini boleh dikatakan hasil daripada Dasar Ekonomi Baru, dimana ianya hanya mementingkan Kontraktor Bumi sahaja. Situasi sebegini sudah pasti akan mencetuskan satu suasana dimana kontraktor bukan bumi akan hilang daya saing dalam industri kerja-kerja elektrik.

Kerana itu, bangkitnya situasi untuk mempersoalkan kenapa pula secara tiba-tiba syarikat milikan bukan bumi serta berstatus bumi diserang tanpa apa-apa notis ataupun pekeliling awalan daripada TNB Perak. Adakah ini satu tipu muslihat gagasan 1Malaysia yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia sehingga tiada penyamarataan dalam pengagihan kerja kontrak kepada semua kaum? Bukankah 1Malaysia patut diamalkan disemua sektor secara adil dan saksama tanpa menggangu keistimewaan Bumiputra di Negara ini?

Kelakuan angkuh Pengurus Besar TNB ini sudah pasti akan membuka ruang kepada warga teknokrat hasil ciptaan UMNO untuk mengaut keuntungan yang besar tanpa kualiti kerjanya. Sikap keangguhan ini, jelas memaparkan bahawa beliau langsung tidak merasa keperitan hidup bukan bumi dan menggangap tiada siapa yang berani bersuara bertentangan dengan prinsip rekaan beliau.

Situasi ini boleh dikatakan bencana ciptaan gagasan 1Malaysia daripada satu dasar politik yang jauh menyimpang daripada matlamat sebenar

Kini muncul satu persoalan baru: apakah ini caranya memberi ingatan kepada masyarakat Bukan Bumi dimana meraka akan dipinggirkan oleh Kerajaan Barisan Nasional dan segala kemajuan bukan bumi berada dalam genggaman mereka?

Jikalau benar gagasan 1Malaysia untuk kaum Bumi dan Bukan Bumi, maka kelakuan fanatik ataupun pengganas seperti Pengurus Besar ini mesti ditindas dengan kejam-kejamnya.