Tuesday, October 13, 2009

Sekali lagi menjadi mangsa....Siapa puncanya?

Hari ini lebih kurang jam pukul 12.45, saya terima panggilan daripada salah seorang kakak Vijaykumar yang mengatakan adik telah sekali lagi dibelasah oleh banduan-banduan lain. Akibatnya beliau mengalami kecederaan dibahagian kepala dan pada bahagian belakang tangannya pula dihiris dengan pisau.


Apabila saya sampai di Hospital Tapah pada jam pukul 1.00 tengahari, saya difahamkan bahawa seramai 4 orang banduan telah dimasukkan ke wad dan salah seorangnya adalah Vijiyakumar. Sewaktu saya mendekati katilnya, beliau masih berada dalam keadaan pengsan dan tidak sedar.


Persoalaannya adalah bagaimanakah pisau dan barang logam yg digunakan oleh banduan lain bagi menyerang Vijiyakumar boleh didapati dalam penjara? Kenapakah sehingga masa ini, pihak Penjara masih belum memaklumkan kejadian ini kepada pihak keluarga ataupun kepada Peguamnya?


Bapa kepada Vijiyakumar telah membuat 2 laporan dan emaknya pula baru selesai membuat laporan di Balai Polis Pusat Ipoh. Dalam kedua-dua laporannya, secara terang-terang menyatakan bahawa pihak keluarga sudah hilang kepercayaan terhadap pihak Penjara dan kemungkinan besar anak mereka boleh dibunuh sebelum kesnya selesai.


Untuk maklumat selanjut mengenai kes ini sila layari laman web :
http://m-kula.blogspot.com/2009/03/another-police-brutality.html