Saturday, January 2, 2010

MIMPI UNTUK MEMPERBODOHKAN RAKYAT PERAK OLEH MENTERI BESAR YANG BEROTAK UDANG

Jangan kata sebarangan untuk mengkaburkan mata rakyat. Jikalau benar Dato Seri Zambry mempunyai nilai-nilai ketelusan dalam pentadbiran Negeri, maka cara yang paling bagus untuk mengakhiri krisis Perak adalah dengan pembubaran DUN dengan merta. Beranikah Zambry berbuat demikian? Jikalau tidak jangan menggunakan perkatan “KEPENTINGAN RAKYAT DIUTAMAKAN” dalam mana-mana kenyataan akhbar.

Mungkin Zambry sudah tidak ada lagi cara-cara jampi yang lain selain daripada menggunakan slogan 1Malaysia. Janganlah melacurkan slogan yang mempunyai nama baik negara ini demi kepentingan politik sendiri.

Dulu rampasan kuasa hanya boleh didengar dalam sebuah parti politik sahaja tetapi kini ianya sudah maju dengan lampau selepas Najib mengambil alih pentadbiran negara. Golongan besar rakyat negeri Perak tidak mahu seorang penyamun kuasa rakyat untuk memegang jawatan di Negeri Perak.

Selepas gagasan 1Malaysia dilancarkan, beberapa perkara yang tidak diigini oleh rakyat telah mula mengorak langkah untuk mengkaburkan mata rakyat. Rakyat didahulukan untuk dijadikan mangsa dan bukannya untuk menikmati kemudahan Kerajaan.

Rampasan kuasa yang berlaku dinegeri Perak adalah satu-satunya korupsi yang paling terbesar pada tahun 2009. Pemimpin-pemimpin yang berdarah bisa telah menghancurkan visi,misi serta mandat rakyat negeri Perak.

Walaupun rampasan kuasa yang berlaku dinegeri Perak melukakan hati rakyat negeri, namun mereka masih keliru dimana kenapakah pentadbiran Najib tidak mahu mendahulukan kepentingan rakyat Perak serta kenapakah wujudnya kelewatan dalam sistem perundangan negara bagi mengakhiri krisis Perak? Adakah kelewatan ini didahulukan sejajar dengan gagasan 1Malaysia? Dimanakah letaknya ketelusan pentadbiran BN dalam menangani krisis Perak?

Inilah karena dan arena politik BN yang mementingkan kekayaan kuasa politik. Inilah pentadbiran yang mempunyai lunas-lunas perjuangan songsang yang bertentangan dengan kemahuan rakyat. Inilah kerajaan yang tidak mahu fikir panjang serta rakus. BN sememangnya tahu bahawa tindakan mereka yang mewujudkan krisis dinegeri Perak akan membawa penderitaan kepada warga negeri tetapi cita-cita mereka bukannya untuk mendahulukan rakyat tetapi menderitakan rakyat.

Saya ingin membidas kenyataan Dato Seri Zambry yang mengatakan bahawa “Kita mahu rakyat hidup aman damai, bersatu padu dan mengetepikan permusuhan serta perpecahan sesama masyarakat” adalah satu penipuan yang paling besar oleh Zambry kepada rakyat negeri ini.