Friday, July 31, 2009

ADAT CACI MENCACI KAUM SENDIRI HARUS DIELAKKAN

Apa yang terjadi pada semalam dihadapan Bangunan MIC adalah amat memalukan serta menyebabkan beberapa pihak yang tidak kena mengena telah dicaci mengikut perasaan oleh kedua-dua pihak daripada MIC mahupun oleh pihak Pakatan.

Tujuan utama perarakan itu diadakan adalah untuk menunjukkan protest secara aman dan pada masa yang sama untuk menyerahkan satu memorandum kepada Ketua Pegawai Eksekutif Maika holdings Vellpari untuk memberikan penjelasan terhadap soalan-soalan yang dibangkitkan. Malah sebelum ianya berlaku secara dirancang, semua pihak mula menujukkan keberanian untuk masa depan politik masing-masing. Ada pihak yang hendak menjaga nama baik parti dan juga ada pihak yang hendak mengelar dirinya sebagai perwira bangsa. Bukankah motif kita hanya untuk menyelamatkan wang pelaburan sebanyak 100 juta ringgit Malaysia yang dilabur oleh 68,000 pelabur-pelabur miskin kaum India?

Saya juga difahamkan bahawa ada beberapa individu hanya menggunakan perkataan yang senonoh pada pihak bertentangan dimana saya berpendapat bahawa berkelakuan sebegini harus dielakkan oleh kedua-dua pihak. Ianya sudah tentu akan memalukan seluruh kaun India dinegara ini.

Caci mencaci diantara kita bukannya satu jalan penyelesaiaan yang paling bagus dalam isu MAIKA Holdings. Apa yang kita perlukan? Sebagai pelabur yang sah, kita mempunyai segala hak dan kebebasan untuk menyuara dan bertanya keadaan ataupun strategi yang digunakan bagi mengembangkan wang pelaburannya. Pihak pelabur juga boleh membangkitkan beberapa idea yang relevan demi kepentingan semua pihak berhubung isu ini. Berbuat demikan akan membuka ruang kepada kedua-dua pihak iaitu pelabur dan pihak Syarikat untuk mengadakan satu perbincangan secara aman bagi menukar pandangan terhadap isu ini.

Pada pandangan saya, apa yang berlaku semalam adalah hanya setakat menjaga maruah parti masing masing dan bukannya untuk menjaga keperitan pelabur-pelabur. Ada pihak sudahpun mula kumpulkan beberapa pemuda-pemuda untuk membangkitkan isu Kg.Buah Pala dan menentang kehadiran Prof Ramasamy. Pihak yang lain pula mula mengumpulkan penyokong-penyokong setakat yang mampu dimana sebahagian daripada mereka bukannya pelabur Maika Holdings. Dulu tangan yang berjabat dengan Samy Vellu, sekarang mula menunding jari padanya. Sikap songsang beberapa individu sebegini tidak seharusnya diberikan kepentingan.

Pihak Maika pada peringkat awal yang sedia untuk mengadakan perbincangan secara aman dengan pemimpin-pemimpin Pakatan, tidak sepatutnya menutup pintu pagar bangunan tersebut. Bukankah sikap sedemikian memaparkan imej negatif pada pelabur-pelabur di MAIKA Holdings.

Siapakah yang sebenarnya menjadi mangsa dan pihak manakah yang mencari untung dalam kekecohan yang berlaku dihadapan Bangunan MIC? Pelabur ataupun parti politik ataupun ahli politik? Protest jalanan bukannya satu jalan penyelesaikan yang paling bagus bagi kaum India di Negara ini, khususnya demi menuntut wang pelaburan daripada MAIKA.

Memang benar, kaum India dinegara ini pernah diketepikan oleh kerajaan BN dan MIC sendiri menjadi penghalang kemajuan kaum India. Selama ini hanya kuncu-kuncu MIC sahaja mendapat menikmati segala kemudahan dan peruntukkan kerajaan.

Tetapi taktik sebegitu tidak akan dapat dicapai lagi oleh MIC kerana zaman itu sudah berubah dan rakyat India mula mempunyai pemikiran yang waras mengikut keadaan semasa. Berilah peluang kepada kaum India untuk bertindak secara bebas dan parti politik janganlah mengambil peluang untuk mengaut publisiti dalam isu ini. Lebih-lebih lagi isu MAIKA Holdings bukannya isu dasar polisi parti politik malah ianya adalah isu tangkisan pelabur-pelabur kaum India.

Janganlah sewenangnya mempermainkan perasaan pelabur – pelabur tersebut demi keuntungan politik semasa.