Monday, November 3, 2008

Kenapa perlunya Timb.Datuk Bandar?

Hari ini, YB A.Sivasubramaniam (ADUN-Buntong) telah memberikan satu lagi tekanan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak, supaya melantik Timb.Datuk Bandar dengan serta-merta untuk mengurangkan beban Datuk Bandar yang sedia ada.
Beliau juga menyokong penuh dan mencalonkan nama YB M.Kulasegaran iaitu ahli parlimen Ipoh Barat untuk memegang jawatan tersebut.
Kenapakah YB A.Sivasubramaniam mencalonkan nama YB M.Kulasegaran? Beliau faham bahawa YB M.Kulasegaran adalah satu-satunya calon yang lebih mahir dalam segala masalah-masalah penduduk tempatan khususnya berkaitan dengan Kerajaan Tempatan dan lebih-lebih lagi YB M.Kula adalah seorang Peguam yang bertauliah dan mempunyai pengalaman yang luas.

Baru-baru ini beberapa perkara telah berlaku di Bandaraya Ipoh dan ramai pemerhati politik dan penduduk tempatan telahpun mengklasifikasikan tindakan MBI itu sebagai unsur-unsur sabotaj.
Benar atau tidak.......orang yang terlibat sahaja yang tahu keadaan sebenarnya.

Walaubagaimanapun saya ingin senaraikan beberapa kelakuan Kakitangan MBI dan kesengsaraan penduduk-penduduk dikawasan Ipoh Barat seperti yang berikut:

1. Datuk Bandar bersama rakyat di Dewan Orang Ramai Buntong pada jam pukul 7.00 pagi.

- Pelik tapi benar, Ahli Parlimen dan Adun Kawasan Buntong sampai lebih awal daripada Datuk Bandar. Apa yang pelik? Individu yang memegang jawatan Datuk Bandar adalah kakitangan Kerajaan dan individu tersebut haruslah sampai sebelum ataupun pada masa yang ditetapkan pada agenda majlis tersebut. Apa yang Benar? Datuk Bandar sampai pada pukul jam 8.00 pagi dan dijemput oleh Ahli Parlimen dan ADUN Buntong. (memang songsang)

Apa yang memeranjatkan adalah ADUN Buntong YB A.Sivasubramaniam tidak dimaklumkan dengan agenda tersebut dan beliau diberitahu oleh Pejabat Ahli Parlimen Ipoh Barat. Apabila dihubungi kebahagian Majlis, jawapannya pula lupa untuk memaklumkan. Bagus dan syabas !!!

2. Gangguan bekalan air dan bekalan eletrik di rumah pangsa Sg.Pari, Wallacourt dan Kinta Heights.

- Kesemua penempatan yang dinyatakan itu, berkedudukan di Kawasan Parlimen Ipoh Barat dan ketiga-tiga penempatan penduduk awam itu mengalami gangguan pada masa yang serentak dan sehingga hari ini tidak ada apa-apa siasatan dijalankan terhadap isu tersebut.

- Pengarah-pengarah jabatan pula tidak ada apa-apa plan alternatif selain daripada memberi alasan yang tidak wajar kepada penduduk.

- Salah seorang Pengarah Jabatan MBI, memberitahu kepada Ahli Parlimen dan penduduk Kinta Heights, bahawa Datuk Bandar mampu mendapat bantuan bekalan daripada JBA disebabkan oleh hubungan baik Datuk Bandar bersama Pengarah Urusannya.

(Kalau Datuk Bandar tidak mempunyai hubungan baik dengan JBA.........kering kontang flat itu)

3. 60 pegawai penguatkuasa turun padang di Bercham untuk aktiviti kebajikkan.

- Membantu pihak Pejabat Tanah & Pejabat Daerah untuk mengosongkan tanah yang didiami oleh pekebun-pekebun kecil Cina yang menduduk ditanah tersebut lebih daripada 50 tahun. Apa kebajikkannya? Atas arahan Datuk Bandar 60 Pegawai penguatkuasa turun padang dan berjaya menghancurkan mata pencarian 22 keluarga yang berada dalam keadaan daif.

- Kenapa Datuk Bandar terlibat? Beliau terlibat dalam hal ini disebabkan oleh permintaan daripada Pejabat Tanah & Pejabat Daerah untuk membantu satu syarikat swasta yang berhasrat untuk membina sebuah stesyen Minyak.
- Apa jadi dengan ADUN Bercham ? Adu...hai.....MBI kan mempunyai kuasa yang lebih mutlak daripada mana-mana pihak. Arahan Datuk Bandar !!!!!! Pegawai penguatkuasa tidak diarahkan untuk berunding dengan ADUN, maka itu bukan kesilapan pegawai....habis kesilapan siapa ....paham hanyalah....

"Kebiasaannya orang BN akan sesal kemudian atas kesilapan, tetapi rakyat pula akan sesal dengan serta merta atas kelakuan pemimpin itu. "
Kan baik kalau lantik Timb. Datuk Bandar sebelum apa-apa insiden yang tidak diigini berulang berlaku!!!!