Friday, July 17, 2009

Kerajaan harus bertanggungjawab



Kenapakah PM Malaysia ucap Takziah kepada keluarga dan bakal isteri Beng Hock yang meninggal dunia dikawasan Bangunan SPRM? Bukankah Menteri yang bertanggungjawab sudahpun memberitahu bahawa supaya jangan salahkan SPRM atas kematian Sdr.Beng Hock.

Dua kenyataan yang songsang. Sebelum ini ramai yang meninggal dunia semasa berada dalam tahanan polis dan pada peringkat awal ianya menjadi satu isu yang serius dan makin lama makin kemudian ianya menjadi satu phenomena yang luar biasa di Malaysia. Setiap kali isu kematian semasa dalam tahanan Polis dibangkitkan, Menteri dan IGP yang bertanggungjawab akan memputarbelitkan isu tersebut.



Keraajan selalu pandang serius dan membelanjakan beberapa juta untuk menangani isu penyakit penyakit kronik dan bagaimana pula dengan nyawa manusia?


Bukankah ianya harus dipandang lebih serius daripada isu-isu yang lain?

Bilakah keadilan dapat ditegakkan dinegara ini.?

Dapatkah Kerajaan bertanggungjawab terhadap nyawa setiap individu yang dipanggil untuk siasatan oleh SPRM?


Jawapan harus diberikan secepat yang mungkin !!!!!!!!!!!!