Thursday, November 6, 2008

Memedihkan mata.......

Penderitaan rakyat yang tidak bersalah di Sri Lanka

Usul mengenai peperangan di SRI LANKA

Usul mengenai isu peperangan di Sri Lanka telah disampaikan oleh YB M.Kula Segaran pada pagi semalam (05/11/08) dan keputusannya pula akan diketahui pada hari ini (06/11/08).

Usul yang disampaikan oleh YB M.Kula Segaran berbunyi seperti berikut:


05 November 2008

Tan Sri Yang DiPertua Dewan Rakyat,

Saya M.Kula Segaran Ahli Parlimen kawasan Ipoh Barat di bawah Peraturan Mesyurat 18(1) dengan ini mencadangkan supaya ditangguhkan Majlis Mesyurat dengan hendak merundingkan perkara tertentu, berkenaan kepentingan orang ramai, yang berkehendak disegerakan teks usul seperti berikut:

SITUASI DI SRI LANKA

Pemusnahan satu kaum di Sri Lanka pada kaum minoriti Tamil menjadi satu ion yang bertentangan sejarah kini. Kesemua masyarakat antarabangsa termasuk Malaysia, kini berdiam diri sehingga peperangan ini mencetuskan satu scenario dimana beribu-ribu kaum Tamil telahpun dipindah dan dijadikan hamba pelarian di tanah sendiri.

Mereka terpaksa memberanikan dirinya untuk menghadapi Tentera Laut Sri Lanka untuk menyeberangi laut bagi menyelamatkan diri daripada pengkhianat untuk mencapai tanah Tamil Nadu bagi mendapatkan nafas baru kehidupannya. Manakala bantuan yang diberikan kepada mangsa adalah satu janji daripada India terhadap kaum minoriti Tamil.

Kita sebagai rakyat Malaysia pernah menentang peperangan dan pembunuhan kaum minoriti yang berlaku diseluruh dunia, tetapi kini kita berdiam diri. Situasi ini amat mengejut serta menghairankan. Kita seharusnya, berani bersuara dan patut mendesak kesemua masyarakat dunia untuk mangambil langkah dalam menyelesaikan perselisihan ini.

Malaysia patut bercampurtangan dan harus mencari jalan penyelesaian seperti menentang segala tindakan pembunuhan minoriti Tamil yang tidak bersalah khususnya orang awam.

Kita juga boleh hulurkan bantuan bagi melegakan operasi selaras dengan negara-negara ASEAN serta negara-negara Muslim, disebabkan sebahagian yang menjadi mangsa peperangan adalah terdiri daripada Tamil Muslims.

Dalam beberapa minggu yang lalu, lebih daripada 330,000 orang menjadi mangsa peperangan dan akibatnya mereka kehilangan tempat tinggal. Kesemua ini berlaku disebabkan ketiadaan sifat perikemanusiaan yang bebankan orang Tamil yang tidak bersalah. Kesemua mangsa kini mengalami kesukaran untuk mencari tempat tinggal, makanan dan ubat-ubatannya. Penderitaan dan kelaparan mangsa, adalah satu senjata untuk memaksa mereka menyerah diri. Ramai telah menjadi mangsa misi bom MIG27, MIG29 dan pesawat Kfir.

Mereka hanya menyerang kediaman, sekolah, hospital, kuil dan akibatnya orang awam menjadi mangsa khususnya kanak-kanak, wanita dan warga tua.

Kaum Tamil adalah bangsa yang mempunyai linguistik kebangsaan dan mengingkari keperluan asas mereka adalah satu niat yang tidak bersifat manusia dan satu kesalahan pada abad kini.

Oleh itu, usul untuk membincangkan kekejaman ini harus diutamakan kerana ianya menekankan dan perlu disegerakan sepenuhnya demi kepentingan masyarakat.

M.Kula Segaran
Ahli Parlimen Ipoh Barat