Tuesday, December 2, 2008

IPOH - KL SENTRAL - IPOH

Perkhidmatan yang dinanti natikan telahpun dilancarkan oleh pihak KTMB iaitu perjalanan 5 kali sehari dari Ipoh-KL Sentral - Ipoh pada kos yang rendah.

Saya sempat dapat membeli tiket dikaunter di KL Sentral pada Harga RM 18.00 sahaja ( Class 2). Tepat pada jam pukul 9 pagi tren pun bertolak dan dalam sekelip mata berhenti di Stesyen lama Kuala Lumpur.
Stesyen Kuala Lumpur yang selama ini menjadi salah satu bangunan warisan yang bersejarah ini dapat hidup baru. Memang ramai penumpang yang menggunakan perkhidmatan ini dan ramai yang rasa gembira dengan perkhidmatannya. (tak perlu lah nak pi kat KL Sentrol lagi)

Sudah pasti perkhidmatan 5 kali sehari ini akan dapat menarik ramai penumpang dan pada masa yang sama pelancong yang ingin melawat Bandaraya Ipoh boleh balik pada hari dan waktu yang bersesuaian mengikut kehendak.

Samada perkhidmatan ini akan dikekalkan ataupun akan dipertingkatkan mengikut keperluan semasa.....kita tunggu dan lihat.