GAGASAN MELAYU PERAK harus memohon maaf kepada ahli parlimen Ipoh Barat YB M.Kulasegaran kerana bertindak secara melulu menggantung kain rentang yang meminta beliau untuk menyerahkan kerakyatan berhubung isu Ketuanan Melayu yang dibangkitkan semasa sidang Parlimen pada 3 December 2009.
Pihak DAP Ipoh Barat mengesahkan bahawa mereka yang datang mengantungkan kain rentang serta menyerahkan memorandum adalah daripada KUMPULAN GMP dan pihak polis sememangnya tidak boleh melengahkan isu ini dan patut mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya dengan segera.
Kelakuan GMP seolah memberi amaran kepada seorang Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat supaya jangan berkelakuan menyuara secara bebas untuk mendapatkan maklumat lanjutan daripada pihak Kerajaan mengenai definasi sebenar “Ketuanan Melayu” tidak boleh diterima langsung. Siapakah mereka ini untuk menghalang dan memberi amaran kepada seorang ahli Parlimen yang menjalankan tugas di Parlimen?
Sepertimana yang dipersetujui oleh Pengerusi GMP, YB M.Kulasegaran adalah seorang Ahli Parlimen yang berpengalaman serta mempunyai kebijaksanaan yang tersendiri dan beliau tidak akan menuduh mana-mana pihak dengan sewenang-wenangnya tanpa bukti. Jikalau tidak wujud diskriminasi terhadap satu kaum dinegara ini, maka YB M.Kulasegaran tidak akan membangkitkan isu ini di Parlimen. Dalam konteks ini memang lahir diskriminasi dimensi baru dalam pentadbiran UMNO/BN dan kerana itulah beliau membangkitkan isu tersebut untuk penjelasan.
Salah satu contoh adalah kelakuan Pengurus Besar Tenaga Nasional, Ipoh, yang menganak tirikan serta menyekat semua saluran untuk menawarkan kontrak kepada kontraktor bukan bumi secara peringkat yang menyebabkan ramai kontraktor bukan bumi hilang mata pencarian. Isu ini telahpun dibangkitkan dan sehingga hari ini tiada apa-apa tindakan diambil dan masih belum diselesaikan.
Bukankah isu ini boleh diklasifikasikan sebagai diskriminasi pada kaum lain? Jikalau tidak apakah definasi sebenar untuk isu ini?. Dapatkah GMP memberikan penjelasan yang kukuh serta bolehkah GMP menafikan situasi ini tidak wujud di TNB Ipoh?. Terimalah ini sebagai satu cabaran untuk membuktikan dimana tidak wujudnya diskriminasi pada kaum lain dan berikan penjelasan pada mereka yang menjadi mangsa disebabkan oleh polisi DEB.
Kerajaan UMNO/BN sepatutnya rasa malu kerana tidak dapat memberikan penjelasan yang kukuh kepada YB M.Kulasegaran berhubung isu Ketuanan Melayu dan DEB. Isu Ketuanan Melayu dan DEB bukannya perkara yang mudah dan boleh dipandang ringan. Sudah tibanya masa untuk rakyat bukan bumi negara ini menyoal ketelusan Kerajaan BN dalam isu Ketuanan Melayu.
Peristiwa memaparkan kain rentang yang mengandungi unsur hasutan patut dipandang serius dan harus dijadikan contoh dimana inilah golongan Melayu yang langsung tidak mempedulikan kaum lain serta bertindak secara emosional dan bukannya secara rasional.
GMP sepatutnya rasa kesal dengan tindakan mereka yang meminta seorang Ahli Parlimen untuk menyerahkan kerakyataan dan pulang ke negara asal. Persoalannya, adakah Perlembagaan Persekutuan membenarkan kumpulan seperti GMP untuk mengesa mana-mana Ahli Parlimen untuk menyerahkan kerakyatan?
Bagi saya, tindakan GMP adalah melampau dan saya berpendirian bahawa pelampau-pelampau dari GMP sepatutnya mencari jalan untuk meminta maaf pada YB M.Kulasegaran serta seluruh kaum India dinegara ini.
Saya berharap, pada masa yang akan datang kumpulan sebegini akan berhati-hati dengan amaran yang dilaungkan yang sengaja akan membangkitkan kemarahan serta mengugat keamanan negara. Pada masa yang sama, saya juga ingin menyeru dimana adalah mustahak untuk pihak Polis membanteras kumpulan sebegini yang bertindak liar terhadap seorang wakil rakyat.