Konsep Politik lama sememangnya penuh dengan taat perjuangan demi kepentingan rakyat dan negara. Konsep tersebut memberikan sumbangan yang begitu penting dan setiap pemimpin disanjung tinggi tanpa mengira bangsa dan kaum. Sistem politik tradisional itu, mempunyai perpaduan dikalangan masyarakat dan tiada wujudnya perbezaan ataupun jurang perkauman.
Manakala setiap calon yang dipilih untuk mewakili parti perlu mengikuti proses penapisan dan majlis tertinggi parti yang akan mengambil keputusan mengikut kredibiliti individu tersebut. Budaya sebegini tidak lagi wujud dalam arena politik UMNO kerana pemilihan Rohaizat sudahpun menunjukkan bahawa UMNO membuat pilihan calon bukannya mengikut kredibiliti individu malah mengikut sesuka hati dan konflik kepentingan segolongan pihak.
Pemilihan Rohaizat sebagai calon bagi pilihanraya kecil Permatang Pasir, sah UMNO mula hilang upaya politik dan segala tindakan untuk membela beliau akan bertentangan dengan dasar perpaduan dalam masyarakat kerana perpaduan dapat menjamin keamanan dan keselamatan setiap anggota didalam masyarakat.
Apakah motif Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang sudah mula membela calon UMNO? Rohaizat bukannya digantung oleh Majlis Peguam Malaysia dengan sewenangnya-wenangnya. Malah Majlis Peguam Malaysia juga tiada apa-apa perbezaan pandangan ataupun niat jahat tehadap calon UMNO itu.
Badan guaman profesion ini hanya memberitahu apa yang menyebabkan Rohaizat dikenakan tindaka. Kelakuan Timbalan Perdana Menteri yang menunding jari pada Majlis Peguam Malaysia adalah seperti amaran beliau kepada badan guaman bagi menutup mulut mereka terhadap calon UMNO itu. Pada pandangan saya, Majlis Peguam Malaysia adalah satu badan profesion yang tidak akan menuduh mana-mana pihak secara membuta tuli dan mereka juga tidak mempunyai agenda politik sendiri. Timbalan Perdana Menteri seharusnya mendengar segala kritikkan dan pandangan daripada badan guaman ini dan harus mencari satu jalan untuk meleraikan isu ini daripada berlarutan dan bukannya bertelingkah lidah dengan badan guaman ini.
Selain daripada itu TPM juga menyatakan bahawa kepentingan pembangunan adalah lebih penting dan rakyat harus memilih calon yang boleh membawa pembangunan kepada mereka. Memang benar, pembangunan satu kawasan hanya boleh dibawa oleh seorang wakil rakyat mempunyai berjiwa rakyat. Bagaimanakah Rohaizat boleh membawa pembangunan ekonomi bagi kawasan Permatang Pasir, sedangkan calon UMNO itu pernah diambil tindakan sebelum ini untuk RM 140,000.
Pihak UMNO dan Timbalan Perdana Menteri harus mengingati bahawa rakyat Permatang Pasir hanya akan memilih calon yang mempunyai sikap telus, kredibiliti, keikhlasan, lebih-lebih lagi seorang yang patuh kepada lunas-lunas agama sendiri serta seorang insan yang menghormati agama lain.
UMNO Jangan cuba mengkaburkan mata pengundi dengan perkataan Pembangunan sedangkan orang tempatan UMNO sendiri tidak sambut baik pemilihan Rohaizat sebagai calon Permatang Pasir.