Sunday, July 26, 2009

Tawaran RM 3.2 juta oleh Samy Vellu, semata-mata untuk mencari publisiti murahan politik.

Ramai diantara kita tahu siapakah sebenarnya menjadi dalang dalam isu penduduk-penduduk Kg.Buah Pala yang hangat diwar-warkan oleh semua pihak. Sejak awal lagi Samy Vellu sudahpun tahu asal usul mengenai isu ini dan wakil MIC Dato Suppiah yang memegang jawatan Exco masa pada itu tidak mempedulikan keperitan penduduk-penduduk kawasan tersebut dan mendiamkan dirinya dalam hal ini.

Selepas keruntuhan Kerajaan BN di Negeri Pulau Pinang, semua pihak khususnya MIC mula menunding jari pada Kerajaan semasa yang diketuai oleh YAB Lim Guan Eng. Rakyat memang tahu bahawa Kerajaan PR tidak akan memberikan janji-janji kosong jika tidak boleh dicapai demi kepentingan kuasa Politik. Tetapi ada beberapa pihak sengaja hendak membangkitkan suasana yang kucar kacir serta kacau bilau dalam isu Kg.Buah Pala.

Baru-Baru ini Presiden MIC Samy Vellu telahpun menawarkan RM 3.2 juta untuk membeli balik tanah tersebut daripada Kerajaan Pulau Pinang untuk mengembalikannya balik kepada penduduk-penduduk Kg.Bala Pala. Keputusan tersebut telahpun ditentang oleh beberapa ahli MIC sendiri yang menyatakan bahawa Samy Vellu hanya hendak mencari publisiti murahan dengan tawaran tersebut.

Ada juga beberapa pihak menyatakan bahawa Samy Vellu tidak lagi berfikiran waras dan matang serta mempunyai impian bagi mengaut publisiti murahan dengan tawaran sebegini. Segala idea and tindakan beliau tidak lagi relevan dan disokong oleh kuncu-kuncunya sendiri.

Mengikut keadaan ekonomi dan suasana politik semasa Samy Vellu harus mencari satu jalan yang lebih kukuh untuk menyelesaikan tangisan pelabur-pelabur MAIKA Holdings dan bukannya untuk mencari publisiti murahan demi menjaga nama baiknya.

Beliau sedang mencuba nasibnya untuk menjadi seorang perwira serta penjaga martabat kaum India dinegara ini dengan berbuat demikian. Namun, beliau gagal untuk melihat daripada sudut bertentangan dengan tindakan beliau.

Yang menghairankan adalah bahawa setiap hari Samy Vellu menghadapi beberapa tuduhan daripada ahli-ahli MIC sendiri atas kelakuan dan perbuataan beliau berhubung politik dalaman MIC. Tuduhan yang dilemparkan kearah beliau oleh Dato Subramaniam dan lain-lain ahli-ahli MIC belum lagi dijawab serta tidak dipedulikan.

Beberapa hari yang lalu Ketua Pemuda MIC pula berkumpul dengan sahabatnya serta sengaja menghuru-harakan sehingga menimbulkan suasana yang tidak selesa dibangunan KOMTAR yang kononnya hendak menjaga hak penduduk-penduduk Kg.Buah Pala. Sejak isu Kg.Buah Pala dibangkitkan, tidak ada seorang pun dari MIC berani tampil kehadapan untuk mendengar kesengsaaraan penduduk-penduduk di Kg.Buah Pala dan tiba-tiba selepas Samy Vellu menawar RM 3.2 juta, semuanya mula hendak tunjuk bakat dalam isu ini.

Ianya sungguh aneh dan ajaib dengan perlakuan ahli-ahli MIC ini. Sedangkan isu MAIKA sehingga hari ini belum lagi diselesaikan dan yang ini pula hendak mencampurtangan dalam hal Kerajaan tempatan Negeri Pulau Pinang.

Pada pandangan saya Samy Vellu adalah seorang ahli politik yang sudahpun dijenanamakan sebagai “Ahli Politik Klasik” yang bermaksud untuk pandangan luar sahaja beliau bersinar tetapi secara amnya semua pandangan dan idea beliau tidak lagi bernilai.

Saya dengan ini ingin memberitahu bahawa Kerajaan Pulau Pinang yang diketuai oleh YAB Lim Guan Eng dan Timbalannya Prof.Ramasamy sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah ini secara adil dan saksama tanpa membawa padah kepada mana-mana pihak. Oleh itu, biarlah Kerajaan Negeri yang berjiwa rakyat ini menyelesaikan isu ini dan sehingga itu ianya lebih baik jika kita berganding bahu bersama-sama dengan mereka bagi menyelesaikan hal ini secepat yang mungkin.