Saturday, December 12, 2009

Tidak wujud kewajipan untuk M.Kulasegaran meminta maaf ; Ravi Chandran patut minta maaf pada M.Kula.

Negara kita kini berada dalam kemelut diantara kepentingan “KETUANAN MELAYU” dan “KETUANAN RAKYAT”. Media massa yang dikuasai Kerajaan Barisan Nasional dan UMNO sudah memulakan perangai mereka untuk memutarbelitkan fakta-fakta sebenar untuk sengaja membangktikan isu perkauman dinegara ini.

Yang lebih memalukan adalah kenyataan bodoh Pemuda PPP Ravi Chandran yang menyatakan “KACANG MELUPAKAN KULIT” terhadap YB M.Kulasegaran, menunjukkan kematangan politik beliau dalam arena politik ala dimensi baru. Pada masa yang sama ini juga menunjukkan bahawa Ravi Chandran sudah jatuh pada perangkap pelampau-pelampau Melayu yang terdiri daripada Kumpulan NGO yang dipengaruhi oleh UMNO.

Siapakah sebenarnya “Kacang melupakan kulit?” Ahli Parlimen Ipoh Barat M.Kulasegaran adalah seorang ahli politik yang dihormati dan disanjungi tinggi didalam kalangan rakyat kerana beliau tidak pernah leka untuk menyuarakan isu-isu semasa yang mengandungi kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa,agama dan kaum? Bagaimana pula dengan PPP? Satu parti yang mempunyai barisan pemimpin yang berperangai “Kacang melupakan kulit” sehingga tamak kuasa dan tidak mahu patuh pada permintaan parti.

Untuk makluman Ravi Chandran, ramai ahli-ahli PPP tidak lagi relevan dalam barisan nasional dan janganlah mencuba seorangan diri untuk menari mengikut rentak muzik UMNO/Barisan Nasional. Ingin saya menasihati Ravi Chandran supaya jangan membuat apa-apa kenyataan akhbar yang tidak relevan ataupun untuk menjatuhkan maruah dan martabat pejuang kaum India yang mempunyai nilai kehormataan negara.

Bagi saya individu seperti Ravi Chandran adalah satu simbol penghinaan kaum India yang sudah melupakan ciri-ciri keberanian yang kaum India dinegara ini. Ravi chandran adalah satu malapetaka yang diselubungi kelakuan hamba abdi UMNO/BN kepada parti mereka. Jikalau benar kenyataan Ravi chandran tidak kena mengena dengan PPP, maka Presiden PPP harus mengambil tindakan untuk melucutkan keahlian sipengecut ini dengan serta merta.

Isu yang dibangkitkan oleh YB M.Kulasegaran adalah mengenai “Ketuanan Melayu” untuk menegak keadilan secara sama rata kepada semua golongan rakyat Malaysia serta persoalan ini timbul disebabkan oleh laungan Perdana Menteri yang menyatakan 1Malaysia. Jikalau kita dapat teliti secara dalam, konsep 1Malaysia sepatutnya membuka ruang kepada semua kaum dinegara ini tanpa apa-apa unsur diskriminasi untuk bersaing maju secara setimpal. Bukannya mewujudkan kumpulan pelampau-pelampau Melayu yang menjadi ancaman kepada seorang wakil rakyat.

Oleh yang demikian, saya berpendirian bahawa, tidak wujudnya kewajipan untuk YB M.Kulasegaran untuk meminta maaf kepada mana-mana pelampau Melayu kerana beliau mempunyai keistimewaan immunity sebagai seorang ahli parlimen untuk menyoal dan menyuara tanpa apa-apa halangan berhubung apa jua isu.

Pada masa yang sama ingin saya memberikan amaran kepada kumpulan pelampau Melayu supaya janganlah cuba untuk mewujudkan satu scenario yang tidak diingini berlaku seperti Mei 13 dinegara ini. Kita harus mencari jalan untuk meredakan isu ini dan bukannya untuk mengapikan-apikan isu perkauman.

Sekian

LAPORAN POLIS TERHADAP UTUSAN MALAYSIA DAN ZAINI HASSAN




Tarikh laporan : 12 December 2009
Nama Organisasi yang melapor : DAP, Kumpulan Khidmat Jelapang
Nama pelapor : Wong Yoon Choong / P.Sugumaran
Jawatan : Pengerusi / Setiausaha
No. Kad pengenalan : 570925-08-6315 / 780405-07-5087
Alamat : No: 40 A, Jalan Laksamana, 30100 Ipoh.

Ingin membuat laporan Polis terhadap Utusan Malaysia dan Pengarang Kanannya yang bernama Zaini Hassan yang mengambil inisiatif untuk menerbitkan artikel yang berniat untuk menjatuhkan maruah kaum India dengan tajuknya yang berbunyi “'Alkisah India di India dan India di Malaysia”

Dalam artikel tersebut pengarang telah menuduh secara melulu mengenai asal usul kehidupan kaum India serta menuduh secara tersirat dimana kaum India adalah satu kaum yang suka mengungkitkan kekecohan dinegara ini dan sebagai alasannya Zaini Hassan menunding jari pada industri wayang India. Lebih-lebih lagi beliau juga menuduh beberapa kumpulan professional kaum India, khususnya Majlis Peguam serta yang menjadi ahli Parlimen dengan menyatakan kumpulan ini sering buat bising.

Selain daripada itu, pengarang tersebut juga telah menggunakan perkatan “KELING” dalam artikelnya serta artikel beliau telahpun dicetak keluar oleh UTUSAN MALAYSIA tanpa mempedulikan kaum India dinegara ini. Tindakan kedua-dua entiti ini boleh dianggap sebagai satu jalan untuk menghina serta menjatuhkan maruah kaum India dinegara ini.

Oleh yang demikian kami mendesak pihak berkuasa terutama polis supaya mengambil tindakan segera mengheret Zaini Hassan serta Utusan Malaysia ke mahkamah untuk dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya.

Sekian Laporan kami.


Bagi Pihak Kumpulan Khidmat DAP Jelapang

Wong Yoon Choong / P.Sugumaran