Sunday, September 6, 2009

Kem Perubatan

Pusat Perkhidmatan Masyarakat DAP Jelapang telah menganjurkan satu KEM PERUBATAN untuk memberikan kesedaran terhadap selsema H1N1 di Jalan Besar, Jelapang bertempat dibawah Bangunan Pusat Perkhidmatannya.

Kem Perubatan ini dimula pada jam pukul 9.00 pagi hingga 1 tengahari dan ianya telah dirasmikan oleh Setiausaha DAP Perak merangkap Ahli Parlimen Taiping Sdr Nga Kor Meng pada jam pukul 9.30pagi. Sebanyak dua orang doktor pakar iaitu Dr.Jeyabalan dan Dr.Loo serta 5 orang jururawat dari Hospital Pantai Puteri membantu Pasukan Khidmat untuk menjayakan Kem Perubatan ini. Selain daripada itu, sebanyak 10 orang pelatih jururawat daripada Kolej Masterskill telah memberikan bantuan kepada semua para penduduk yang melawat Kem Perubatan ini. Ahli Parlimen Ipoh Barat Sdr. M.Kulasegaran juga turut hadir pada Kem Perubatan ini.