Monday, January 12, 2009

Gua Tokong Cina Runtuh

Semalam sejurus selepas terima panggilan daripada rakan, saya terus pergi ke tempat kejadian untuk meneilit sendiri keadaannya. Saya sendiri pernah, mendaki ke paras yang tinggi di tokong cina tersebut beberapa kali. Tetapi apa yang berlaku semalam sememangnya menakutkan ramai orang dikawasan sekitarnya.

Selepas YAB Menteri Besar Perak sampai ke kawasan kejadian, saya dan YB Thomas telah membawa beliau ke dalam kuil Cina tersebut yang terletak didalam gunung. Selepas 40 minit iaitu pada jam pukul 06.50 petang, mangsa ke 18 yang cedera parah telahpun berjaya dibawa turun oleh pihak bomba.