Wednesday, November 19, 2008

Dengan segala hormatnya....Bye Bye

Aduhai......pedihnya nak lihat muka 10 sen ini. MCA bukannya empayar yg dibina oleh satu keluarga....tetapi oleh rakyat kaum Cina. Semua ahli-ahli MCA mempunyai hak untuk menjadi ahli majlis tertinggi dan juga boleh menjadi Menteri, Timbalan Menteri ataupun setiausaha Parlimen (sekarang tak de).

Ini pula lain ceritonya....abang kena buang oleh rakyat.....manakala adiknya pula kena letak jawatan disebabkan oleh tekanan politik dalaman MCA. Bagus-bagus....demokrasi, yang kalah kena undur dan yg menang patut mencari jalan untuk berjaya.

Ong Ka Chuan dari dulu lagi memang tak layak untuk menjadi ahli politik. Saya sendiri memang kenal dengan perangainya. Semasa dia menjadi Ahli Exco Kerajaan Negeri Perak (cerito lamo) adakah patut dia menggunakan kereta (V6 Executive) kerajaan untuk menghantar anaknya ke tuisyen di Taman Ipoh Timor. Bukan sajo kena hantar....kena pick up balik. Duit minyak siapa punya?

Pada pilihanraya yang ke-11 pula dikalahkan oleh seorang wakil DAP wanita untuk Parlimen Batu Gajah. Siapa lagi " Si Cili Padi lah !!!' tak tahu....adoooooiiii......Sdri Fong Po Kuan. Ong ni langsung tak malu.....lebih-lebihnya pula tak berani nak tanding kat Bt.Gajah. Tetapi kalau nak kritik orang uhhhhhh, pandai-pandai dan kalau nak putar belit lagi pandai.

Abang pula nasihat adik, "Ong tak perlu risau, kalau bukan kali ini nak jadi MP masih ada masa, badan kau masih bertenaga, abang ade jalan lain.....boleh kow tim punya". Pada masa itu abangnya Ong Ka Ting pula masih memegang jawatan sebagai Presiden MCA. Apa lagi, abang lantik adik sebagai Setiausaha Agong MCA......dan mulalah wujud macam-macam kucar kacir di MCA.
Semasa abang tinggalkan MCA lupa nak buat perjanjian dengan presiden baru untuk adik.....salah siapa sekarang? fikirlah
Lah ni pula, terpaksalah kena letak jawatan Menteri. Habis lingkup empayar Ong !!!!

Sama ada harimau ini tinggalkan belang atau tidak....kita tunggu dan lihat.

Dengan itu salam hormat, salam sejahtera, salam Ta'zim dan segala jenis salam untuk Ong Ka Chuan.

1 comment:

peng said...

His resignation won't make any difference to MCA. With so much of infighting between no.1 and no.2, how can they focus on fighting their enemies?