Saturday, November 22, 2008

Sidang akhbar Keluarga P.Patto

Selepas beberapa kritikkan, hari ini tanda nokta telahpun diberikan apabila keluarga mendiang P.Patto mengadakan sidang akhbar bersama kedua-dua anak perempuannya. Sidang akhbar tersebut telah dihadiri oleh YB M.Kula, YB Nga, YB Sivasubramniam, YB Siva (Speaker) dan beberapa ahli-ahli parti DAP.
Didalam sidang akhbar tersebut isteri mendiang P.Patto menyatakan bahawa segala jasa baik dan usaha beliau telah mula hancur selepas kewujudan isu menamakan Jalan Silibin kepada Jalan P.Patto.
Isteri mendiang P.Patto juga menjelaskan bahawa, beliau terima segala kritikkan dan komen yang diutarakan oleh beberapa pihak. Namun tetapi rasa amat kesal dan sedih apabila melihat akhbar tempatan yang mula menokok tambah pandangan orang awam sehingga menjejaskan nama baik P.Patto.
Lebih-lebih lagi beliau juga menegaskan beberapa pihak yang cuba mencari keuntungan melalui menjejas nama baik dengan kenyataan "Siapa P.Patto dan saya tidak kenal dengannya"






No comments: