Saturday, January 24, 2009

Terima Kasih

Pada pagi semalam (23/01/09) Exco Kerajaan Negeri telahpun membuat pengumuman senarai nama Ahli-Ahli Majlis bagi tahun 2009.

Saya berasa amat gembira atas perlantikkan saya sebagai Ahli Majlis Bandaraya Ipoh. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada YB M.Kulasegaran, Ahli Parlimen Ipoh Barat yang mencalonkan nama saya sebagai penganti beliau.

Pada pengetahuan saya, didalam arena politik tidak ada mana-mana individu akan memberikan peluang ataupun mencalonkan pengantinya bagi mengisi jawatan yang disandang oleh mereka. Tetapi bagi YB M.Kulasegaran, beliau mempunyai ideologi politik yang berlainan dimana beliau akan mencalonkan mana-mana individu jika mempunyai daya ketrampilan yang hebat untuk berkhidmat kepada rakyat.

Saya sekali lagi berterima kasih dan rasa bangga untuk menjadi Setiausaha Politik kepada YB M.Kulasegaran. Pada masa yang sama, saya juga ingin berterima kasih kepada YB.Sdr Nga Kor Meng yang memberikan mandat kepada saya untuk menjawat jawatan Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh serta Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Press Release

NST
State Local Government Committee chairman Nga Kor Ming said Kulasegaran declined to be reappointed as an Ipoh city councillor and was replaced by his political secretary P. Sugumaran.

TheStar
Kulasegaran’s political secretary P. Sugu- maran would take over the council seat, added Nga.

1 comment:

peng said...

Sugu, way to go! We don't give up so easily. You will get your post back from the illegal govt. If not soon, it's sure in the next GE.