Friday, April 23, 2010

MBI HARUS MENGADAKAN PELAN PEMBANGUNAN YANG SEIMBANG

Mencapai pembangunan satu kawasan harus dijadikan prinsip utama Majlis Bandaraya Ipoh yang mewujudkan sesuatu yang dicita-citakan oleh penduduk satu kawasan. Prinsip tersebut harus lahir dalam bentuk usaha untuk mengarahkan dan melaksanakan skim pembangunan, projek naiktaraf jalan ataupun bangunan demi keperluan pembangunan pembayar cukai tanpa mengira sempadan politik. Selain daripada itu, ahli-ahli majlis MBI juga harus memainkan peranan utama dalam membantu MBI demi mencapai pembangunan di kawasan masing-masing.

Majlis Bandaraya Ipoh harus berpendirian teguh dimana pembangunan adalah prinsip utama perubahan menuju kearah perbaikan semua bangsa. Pembangunan tidak dapat dihentikan selain daripada karena pihak berkuasa yang sengaja mahu meminggirkan satu kawasan. Dalam konteks itu, inti pembangunan bukan hanya terjadi perubahan fisikal ataupun struktur, tetapi juga akan mewujudkan perubahan sikap masyarakat.

Dalam pengertian lain, Majlis Bandaraya Ipoh juga harus memaparkan teori-teori proses pembangunan kepada masyarakat umum khususnya kepada semua wakil-wakil rakyat tanpa mengambil kira parti politik yang mereka mewakili. Jikalau bentuk ataupun model teori-teori pembangunan itu dapat dipaparkan ataupun dibincangkan bersama wakil-wakil rakyat, maka masyarakat umum dikawasan Ipoh, dapat menilai perubahan sosial, ekonomi, budaya dan kebajikkan secara eksklusif. Pada masa yang sama ianya juga akan membuka ruang kepada semua lapisan masyarakat untuk mengemukakan pendapat dan cadangan terhadap suatu skim pembangunan yang dicadangkan oleh pihak MBI.

Sebagai proses awalan, Majlis Bandaraya Ipoh harus mempunyai kekuatan sendiri untuk menghandalkan permintaan pembayar cukai selain daripada peranan politik pentadbiran kerajaan negeri yang selalunya menghadkan pembangunan satu kawasan.

Sememangnya pada peringkat kini, segala projek pembangunan MBI boleh ditinjau dan boleh dinilai samada ianya benar-benar diperlukan oleh rakyat umum ataupun dilaksanakan mengikut kehendak penduduk tempatan ataupun tujuan politik kerajaan negeri.

Saya juga tidak mahu menafikan dimana faktor utama pembangunan sentiasa dikaitkan dengan momentum ataupun keputusan politik pada masanya yang dikaitkan secara langsung atau tidak langsung dengan pembangunan. Namun, MBI harus mempunyai kebijakan dalam merumuskan kata sepakat pembangunan demi kepentingan dan harapan pembayar cukai.

Saya berharap pada masa yang akan datang pihak MBI dapat mengulurkan segala maklumat-maklumat pembangunan disekitar kawasan Ipoh kepada semua wakil-wakil rakyat serta akan mengembangkan pertumbuhan tradisional tanpa membisa satu kawasan serta akan mengelakkan kewujudan variasi pertumbuhan yang berbeza bagi kawasan-kawasan MBI.

No comments: