Friday, July 23, 2010

KEKURANGAN TEMPAT LETAK KERETA MENGURANGKAN HASIL PENDAPATAN


Tarikh : 22/07/2010

Kenyataan Akhbar Sugumaran Periasamy (Pengarah Biro Pendidikan Politik Pemuda Sosial DAP Negeri Perak) berhubung "KEKURANGAN TEMPAT LETAK KERETA MENGURANGKAN HASIL PENDAPATAN"

Little India, Ipoh adalah satu-satunya bahagian yang paling utama di Pekan Lama Ipoh dan unik lokasinya kerana majoriti peniaganya adalah kaum India. Ianya juga boleh dikatakan satu-satunya tempat destinasi persinggahan pengunjung luar negari/negara untuk membeli belah dan merasai makanan tradisi kaum India.

Walaupun kawasan ini mempunyai pelbagai ciri-ciri keutamaan, hanya dengan cuma permasalahan yang kecil pada peringkat awal kini sudah menjadi penghalang utama yang menyumbang kepada kemerosotan peniaga-peniaga dikawasan ini. Baru baru ini MBI telah membelanjakan beratus-ratus ribu ringgit untuk mengindahkan serta mengubah struktur jalanraya demi kepentingan peniaga dan pelanggan. Tetapi ketiadaan tempat letak kereta yang wajar menjadi punca utama untuk kemerosotan perniagaan dikawasan ini. Sudah beberapa kali, bukan sahaja wakil rakyat dan wakil Parlimen, namun pembayar cukai sendiri telahpun membangkitkan isu ini pada MBI, namun masih tiada jalan penyelesaiaan yang sewajarnya. Rancangan yang teratur demi kebaikan bersama pengguna jalan serta peniaga-peniagaa di kawasan Little India sehingga hari ini tidak dititikberatkan oleh pihak MBI.

Jika kita lihat dengan teliti, dimana 15 tahun yang dahulu, pekan Ipoh sememangnya mempunyai tempat letak kereta yang boleh memuat sebanyak lebih daripada 60 kereta pada bila-bila masa. Kini, lokasi itu telahpun ditukar wajah dan menjadi “PEOPLE’S PARK” serta wujud satu restauran Nasi Kandar diatas tapak tersebut. Saya sebenarnya tiada bantahan terhadap pembangunan ataupun kewujudan perubahan mengikut keadaan masa, tetapi kepentingan pembayar cukai juga harus diteliti dengan terperinci oleh MBI sebelum melaksanakan perubahan tersebut. Persoalaanya, adakah MBI mewujudkan satu lagi tapak tempat letak kereta bagi mengganti kawasan tersebut? Jika tidak, sehingga hari ini apakah langkah yang telah diambil oleh MBI dalam menangani kekurangan tempat letak kereta sekitar pekan lama Ipoh khususnya di kawasan Little India? Lebih-lebih lagi, adakah MBI sudah mengenal pasti satu pelan alternatif ataupun lokasinya untuk mengurangkan beban pembayar cukai berhubung isu tempat letak kereta ini? Dapatkah MBI menyenaraikan jumlah tempat letak kereta yg wujud pada 10 tahun yang lepas dan kini demi pengetahuan semua pihak?

Setiap kali waktu tengahari, didapati ketiadaan peruntukkan tempat letak kereta dimana pelanggan terpaksa meletak kereta diatas bahu jalan ataupun bersebelahan dengan kereta lain menimbulkan kesesakan dan halangan lalulintas sekitar laluan tersebut. Selain daripada itu, waktu ini juga menjadi sasaran penguatkuasa MBI untuk mengeluarkan saman tanpa menghiraukan kepentingan semua pihak. Saya amat pasti, jikalau adanya tempat letak kereta yang berpatutan, maka tidak akan wujud kesesakan jalan serta pelanggan tidak perlu membayar saman yang dikeluarkan oleh pihak MBI.

Saya mencadangkan supaya MBI menjalankan satu lagi kajian berhubung perkara ini, bersama peniaga-peniaga Pekan Lama Ipoh, pelanggan-pelanggan, wakil rakyat serta rakyat awam demi mendapatkan fakta benar mengenai isu ini secara terperinci. Selain daripada itu, MBI juga harus merangka pelan untuk memperuntukkan sebahagian kawasan padang bola Ipoh untuk membangunkan sebagai kawasan tempat letak kereta yang bertingkat. Kemungkinan besar, ini boleh menyelesaikan permasalahan kesesakan yang berlaku sejak bertahun lamanya dikawasan ini.

No comments: