Wednesday, October 29, 2008
Petrol turun 15 sen lagi?
KUALA LUMPUR 25 Okt. – Ekoran harga minyak mentah global turun secara mendadak sejak akhir-akhir ini, kerajaan membayangkan akan menurunkan lagi harga runcit petrol dan diesel pada akhir bulan ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan bermesyuarat tidak lama lagi bagi membincangkan perkara itu.
Beliau yang juga Menteri Kewangan mengulas penurunan harga minyak mentah dunia sehingga AS$62 (RM221.34) setong kelmarin.
Dalam pada itu, para penganalisis meramalkan fenomena penurunan harga minyak itu akan berterusan.
Mereka menjangkakan harga minyak mentah bagi pasaran Amerika Syarikat akan turun sehingga AS$50 (RM178.50) setong tahun depan.
Harga minyak mentah dunia tiga bulan lalu ialah AS$147 (RM524.79) setong, iaitu paras tertinggi dalam sejarah.
{sumber : utusan online 26 Oktober 2008}
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan bermesyuarat tidak lama lagi bagi membincangkan perkara itu.
Beliau yang juga Menteri Kewangan mengulas penurunan harga minyak mentah dunia sehingga AS$62 (RM221.34) setong kelmarin.
Dalam pada itu, para penganalisis meramalkan fenomena penurunan harga minyak itu akan berterusan.
Mereka menjangkakan harga minyak mentah bagi pasaran Amerika Syarikat akan turun sehingga AS$50 (RM178.50) setong tahun depan.
Harga minyak mentah dunia tiga bulan lalu ialah AS$147 (RM524.79) setong, iaitu paras tertinggi dalam sejarah.
{sumber : utusan online 26 Oktober 2008}
Monday, October 27, 2008
Friday, October 24, 2008
FORUM KEADILAN UNTUK TAMIL
Insan yang mulia akan dapat rasa kepedihan, keperitan, penderitaan dan penganiyaan yang sedang berlaku di Sri Lanka terhadap masyarakat Tamil.
Satu Forum telah pun dianjurkan di Ipoh untuk membincangkan segala masalah yang dihadapi oleh masyarakat Tamil dan ianya juga bermotif untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dinegara ini mengenai jalan perjuangan meraka demi kebebasan untuk Tamils.
"Our organisation, as well as our people do not want war. We want peace and we want to resolve our problems through peaceful means. We are deeply committed to the peace process. It is because of our sincere commitment to peace that we are firmly and rigidly observing ceasefire. It is our organisation that took the initiative of declaring the cessation of hostilities unilaterally and observing peace for the last two years tolerating the provocative actions of the state's armed forces. . "
- Hon. Velupillai Pirapaharan, the national leader of Tamil Eelam, in his Heroes' Day Message, 2003.
Beri Jemputan pun salah
"Kejam dan zalim" adalah perkataan yang patut digunakan untuk mempamerkan imej undang-undang Malaysia.Beberapakali isu ini telahpun dibangkitkan, namun tiada tindakan diambil. Setiap kali nak beri surat ataupun memorandum kepada PM, polis saja yang timbul didepan mata.
Jika seorang Perdana Menteri takut nak jumpa masyarakat India, cakap sajalah...."Saya tak berani untuk berdepan dengan masyarakat India" ....kan senang.
Hari ini, P Vwaishhnnavi yang berumur 6 tahun pula, dibawa ke balai. Mana ada undang-undang untuk menahan seorang rakyat Malaysia bawah umur yang sudi datang ke Putrajaya untuk memberi jemputan kepada PM untuk menghadiri Majlis Rumah Buka sempena perayaan Deepavali?.
Tak pernah saya jumpa undang-undang yang mengatakan "Anda boleh ditahan jika datang ke Pejabat PM untuk memberi Jemputan kepada PM, khusunya masyarakat India". (Jika sesiapa pernah nampak kenyataan sebegini sila email kepada saya).
Isu yang sedang berlaku ini adalah suatu perkara yang tidak dapat dilupakan selama-lamanya oleh masyarakat India di negara ini.
"Thumbs up" kepada pentadbiran Kerajaan BN dan pemimpin-pemimpin BN.
Buatlah ikut suka hati anda, tahanlah seberapa banyak yang anda boleh. Satu hari nanti anda (BN) akan terima balasan atas dosa anda.
Dulu anak sekarang bapa....
Pelik...pelik....Karpal kena gantung dari Parlimen untuk 2 hari. Rakyat susah payah mengundi dan hantar mereka ke Parlimen, Tuan Speaker pula ikut suka hati gantung YB Karpal untuk menghadiri sidang Parlimen untuk 2 hari disebabkan oleh berkelakuan tidak serius dan gurauan.Isu ini mencetus selepas Menteri di Pejabat Perdana Menteri Dato'Seri Nazri menegur Wee Choo Keong (Ahli Parlimen, Wangsa Maju) sebagai buta. Karpal Singh menyalahkan Nazri yang menggunakan perkatan sedemikian dimana ianya membawa penghinaan kepada orang yang kurang upaya.
Tuan speaker, memberikan penjelasan dimana, perkataan yang digunakan oleh Nazri adalah bukannya berkaitan dengan mana-mana individu yang kurang upaya.
Subscribe to:
Posts (Atom)



