Friday, April 23, 2010

MBI HARUS MENGADAKAN PELAN PEMBANGUNAN YANG SEIMBANG

Mencapai pembangunan satu kawasan harus dijadikan prinsip utama Majlis Bandaraya Ipoh yang mewujudkan sesuatu yang dicita-citakan oleh penduduk satu kawasan. Prinsip tersebut harus lahir dalam bentuk usaha untuk mengarahkan dan melaksanakan skim pembangunan, projek naiktaraf jalan ataupun bangunan demi keperluan pembangunan pembayar cukai tanpa mengira sempadan politik. Selain daripada itu, ahli-ahli majlis MBI juga harus memainkan peranan utama dalam membantu MBI demi mencapai pembangunan di kawasan masing-masing.

Majlis Bandaraya Ipoh harus berpendirian teguh dimana pembangunan adalah prinsip utama perubahan menuju kearah perbaikan semua bangsa. Pembangunan tidak dapat dihentikan selain daripada karena pihak berkuasa yang sengaja mahu meminggirkan satu kawasan. Dalam konteks itu, inti pembangunan bukan hanya terjadi perubahan fisikal ataupun struktur, tetapi juga akan mewujudkan perubahan sikap masyarakat.

Dalam pengertian lain, Majlis Bandaraya Ipoh juga harus memaparkan teori-teori proses pembangunan kepada masyarakat umum khususnya kepada semua wakil-wakil rakyat tanpa mengambil kira parti politik yang mereka mewakili. Jikalau bentuk ataupun model teori-teori pembangunan itu dapat dipaparkan ataupun dibincangkan bersama wakil-wakil rakyat, maka masyarakat umum dikawasan Ipoh, dapat menilai perubahan sosial, ekonomi, budaya dan kebajikkan secara eksklusif. Pada masa yang sama ianya juga akan membuka ruang kepada semua lapisan masyarakat untuk mengemukakan pendapat dan cadangan terhadap suatu skim pembangunan yang dicadangkan oleh pihak MBI.

Sebagai proses awalan, Majlis Bandaraya Ipoh harus mempunyai kekuatan sendiri untuk menghandalkan permintaan pembayar cukai selain daripada peranan politik pentadbiran kerajaan negeri yang selalunya menghadkan pembangunan satu kawasan.

Sememangnya pada peringkat kini, segala projek pembangunan MBI boleh ditinjau dan boleh dinilai samada ianya benar-benar diperlukan oleh rakyat umum ataupun dilaksanakan mengikut kehendak penduduk tempatan ataupun tujuan politik kerajaan negeri.

Saya juga tidak mahu menafikan dimana faktor utama pembangunan sentiasa dikaitkan dengan momentum ataupun keputusan politik pada masanya yang dikaitkan secara langsung atau tidak langsung dengan pembangunan. Namun, MBI harus mempunyai kebijakan dalam merumuskan kata sepakat pembangunan demi kepentingan dan harapan pembayar cukai.

Saya berharap pada masa yang akan datang pihak MBI dapat mengulurkan segala maklumat-maklumat pembangunan disekitar kawasan Ipoh kepada semua wakil-wakil rakyat serta akan mengembangkan pertumbuhan tradisional tanpa membisa satu kawasan serta akan mengelakkan kewujudan variasi pertumbuhan yang berbeza bagi kawasan-kawasan MBI.

Friday, April 16, 2010

"ம.இ.க-வின் தேசிய தலைவர் அரசியல் மனநோயாளி"

ஒரு கட்சியை வழிநடத்தும் தலைவனுக்கு பல தகுதிகள் இல்லையென்றாலும், கீழ் மட்ட மக்களின் உணர்வை புரிந்துகொள்ளும் அளவிற்கு திறமை இருக்க வேண்டும். ஆனால், ம.இ.காவின் தேசிய தலைவர் இன்று பலர் மறைமுகமாக சொல்லும் அளவிற்கு அரசியல் மனநோயாளி ஆகிவிட்டார் என்பதனை நினைக்கும் பொழுது வேதனையா இருக்கிறது.

சாதனையின் சிகரம் இன்று சரிந்து விழுந்து விட்டது. பொது தேர்தலில் மக்களுக்கு தோதான வேட்பாளரை தேர்வு செய்யும் திறமையற்ற தலைவனை இன்று இந்த நாடே பார்த்துவிட்டது. கிழட்டு சிங்கம் தலைநிமிர்ந்து புதிய வியுகத்தை பார்க்க தவறிவிட்டது. தூர நோக்க சிந்தனை இருந்தும் பார்வை இல்லா மனிதன் போல் மக்களின் பார்வைக்கு சாமிவேலு இருக்கிறார்.

உலுசெலாங்கோர் இடைத் தேர்தலில் மக்களின் கருத்துக்களுக்கு செவி சாய்க்காத சாமிவேலு இன்று தேசிய முன்னணியின் வேண்டுகோளுக்கு இணங்க செயல்பட்டது, தனது அரசியல் செல்வாக்கை இழந்துவிட்டதை தெள்ள தெளிவாக காட்டுகிறது. மனம் போன போக்கில் ஒரு மன நோயாளி போன்று பேசிய சாமிவேலு, இன்று அவரது அரசியல் தலைகவசத்தை தானம் செய்யும் அளவிற்கு கீல்தள்ளப்பட்டுள்ளார். இந்த நிலைமை தேவையா? இனி அந்த தலைகவசம் இருந்தாலும் ஒன்றுதான் இல்லையென்றாலும் ஒன்றுதான்.

ஒரு கட்சியின் தலைவர் தான் என்பதை மறந்து தலைகனத்துடன் பேசிய சாமிவேலுக்கு தேசிய முன்னணி வழங்கிய அன்பளிப்புதான் இந்த பொதுத்தேர்தலின் வேட்பாளர் கமலநாதன். இவரின் செயல், அக்கட்சியின் அனைத்துமட்ட உறுபினர்களுக்கு பெரும் களங்கத்தை ஏற்படுத்தியிருப்பதை மக்கள் பரவலாக அறிவார்கள். இவரின் இத்தகையான செயல், அவரின் மதிப்பையும் மரியாதையும் மேலும் வெகுவாக குறைத்துள்ளதாக அரசியல் வட்டாரங்கள் கூறுகின்றனர்.

பழனிவேலை தவிர சாமிவேலு வேறு ஒரு இளைய வேட்பாளரை முன்னதாகவே அறிமுக்கப்படுத்திருந்தால் இந்த அவல நிலை கிடையாது. ஆனால் ஏன் பழனிவேல், என்ற கேள்வி இன்னும் பலரின் மனதில் இன்னும் பதிலின்றி அலைகிறது. இளைய தலைமுறையினர் எதை கேட்டாலும் மண்டி போட்டு தான் கேட்க வேண்டும் அளவிற்கு ம.இ.க-வின் அரசியல் உயர்ந்து விட்டது.

ஆகவே அரசியலில் ஒரு மனநோயாளி அல்லது கட்சியின் கோமாளி என்றால் அது ம.இ.க-வின் தேசிய தலைவர் சாமிவேலு என்பதனை தேசிய முன்னணி நன்கு அறிந்து விட்டது. இனியும் அவரின் பதவி காலம் 14 மாதமாக இருந்தாலும் சரி 14 நாட்களாகவும் இருந்தாலும் சரி, எந்த ஒரு லாபமும் கிடையாது ம.இ.காவிற்கு. தன் வார்த்தையை மதிக்காத தேசிய முன்னணியின் கூட்டனி ம.இ.கவிற்கு தேவை இல்லை என்ற தைரியமான எண்ணம் வருமா சாமிவேலுக்கு?

Tuesday, April 13, 2010

Jawapan daripada pihak SPR kepada saya berhubung statistik yg tidak konsisten mengenai maklumat pengundi

Tarikh : 05/04/2010

Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Aras 4 & 5, Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 Putrajaya

Tan Sri,

Maklumat Pengundi Yang Tidak Konsisten

Dengan segala hormat Ta'zim, ingin saya menarik perhatian Tan Sri merujuk kepada perkara diatas.

Pada 2 April 2010, sewaktu Tan Sri membuat pengumuman mengenai tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi, Tan Sri telah memberitahu bahawa pihak SPR telah mengemaskini maklumat pengundi dari masa ke semasa bagi mengelak situasi yang tidak diigini berlaku. Pada masa yang sama, Tan Sri juga mengumumkan bahawa sebanyak 64,500 pengundi telah layak mengundi pada pilihan raya kecil di Hulu Selangor. Sewaktu pengumuman itu dibuat, saluran media BERNAMA telah memaparkan carta pengundi mengikut kaum khususnya pengundi bukan Melayu seperti berikut :

Kaum Cina : 26.3%

Kaum India : 26.3%

Sejurus selepas pengumuman itu dibuat, saya dapat melihat percanggahan pecahan maklumat mengenai pengundi-pengundi bukan Melayu setiap hari di saluran-saluran Media utama mahupun TV, akhbar dan web. Berhubung konteks itu, maka wujud situasi yang mengelirukan ramai pihak serta ketidakpercayaan pada pihak SPR Malaysia kerana maklumat yang tidak konsisten. Melainkan perkara itu, wujudnya beberapa persoalan mengenai ketelusan pentadbiran SPR dalam mengadakan pilihan raya kecil di Hulu Selangor seperti berikut :

a) Kenapakah wujudnya terlalu banyak statistik yang bersongsangan dengan pengumuman pihak SPR khususnya maklumat pengundi mengikut komposisi kaum ?

b) Kenapakah sehingga kini, pihak SPR tidak mahu memantau segala maklumat dan statistik yang dikeluarkan oleh pihak ketiga yang boleh mengelirukan beberapa pihak?

C) Dapatkah pihak SPR menjamin, dimana percanggahan dalam menentukan peratusan sebenar pengundi bukan melayu di Hulu Selangor tidak akan membuka ruang kepada pengundi hantu berhijrah untuk mengambil kesempatan?

Saya amat berharap agar pihak SPR dapat memberikan penjelasan yang kukuh serta akan melaksanakan tanggungjawabnya secara professional dan rasional untuk mencapai ketelusan semasa menjalankan pilihan raya kecil di Hulu Selangor.

Oleh yang itu, besarlah harapan saya bahawa Tan Sri akan dapat mengambil tindakan secepat yang mungkin bagi mengatasi situasi ini demi menjaga nama baik SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA serta kecekapan dalam mengendalikan pilihan raya kecil di Hulu Selangor tanpa apa-apa percanggahan maklumat.

Sekian.


P.Sugumaran


Jawapan yang diterima daripada pihak SPR adalah seperti berikut:


Dalam sidang akhbar yang diadakan pada 2 April 2010, Y. Bhg. Tan Sri Dato Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof telah mengumumkan statistik pemilih P.094 Hulu Selangor seperti berikut:

Jumlah pemilih = 64,500
Pemilih Melayu = 34,020 (52.7%)
Pemilih Cina = 16,964 (26.3%)
Pemilih India = 12,453 (19.3%)
Pemilih Kaum Lain = 1,063 (1.7%)

Statistik yang dinyatakan di atas adalah statistik rasmi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Angka-angka tersebut adalah berdasarkan daftar pemilih induk 2009 yang diwartakan pada 25 Februari 2010 dan dikemaskinikan sehingga 26 Mac 2010 dan disahkan semula pada 2 April 2010. Senarai pemilih bagi P.094 Hulu Selangor adalah selaras dengan angka tersebut. Pihak SPR TIDAK PERNAH mengeluarkan statistik yang berbeza daripada yang dinyatakan tersebut.

Adalah menjadi tanggungjawab pihak media sendiri untuk mendapatkan statistik yang tepat dari sumber yang sah, iaitu pihak SPR sendiri. Sebarang maklumat yang AKAN diterbitkan atau disiarkan oleh pihak media adalah di luar pengetahuan SPR dan di luar bidang kuasa SPR kerana setiap pihak media mempunyai Ketua Editor masing-masing yang bertanggungjawab memantau setiap berita yang hendak disiarkan. Sebagai contoh, Berita Harian, Harian Metro, Utusan Malaysia, New Straits Times dan The Star
telah menyiarkan statistik yang tepat pada 3 April 2010.

Sebarang perbezaan laporan statistik melalui media TIDAK AKAN menjejaskan daftar pemilih yang disediakan oleh SPR kerana TIADA SEBARANG PERUBAHAN dan PENAMBAHAN boleh dilakukan selepas tarikh kekosongan kerusi P094 iaitu 26 Mac 2010. Oleh itu KESAHIHAN DAN INTEGRITI senarai daftar pemilih yang akan digunakan dalam pilihan raya kecil P094 Hulu Selangor adalah TERJAMIN.

Sekian dan terima kasih

Wednesday, March 24, 2010

BADUT YANG MENYAMAR SEBAGAI SPEAKER SAH

Penyamar yang saya memahami adalah mereka yang berkerja secara gaya palsu berlebihan, bertingkah dan berbicara sehingga membuat orang lain tertawa ataupun benci pada wataknya. Maksudnya jelas bahawa individu ini adalah seorang yang suka berdendang mengikut kemahuan penentu politik beliau.

Dalam konteks ini, jikalau kita dapat huraikan secara langsung maka, Dato Ganesan adalah penyamar yang paling popular dan tidak bermaruah sehingga bertindak bertentangan dengan perlembagaan Negeri Perak.

Bagi saya Dato Ganesan bukan sahaja seorang penyamar malah adalah seorang yang mempunyai watak-watak pelawak untuk memperbodohkan seluruh warga Negeri Perak. Boleh juga dikatakan sebagai Badut uatama dalam Krisis Perlembagaan Negeri Perak. Apakah tingkahlaku sedemikian oleh Dato Ganesan ini akan mengandungi nilai-nilai sejarah pada masa yang akan datang?

Jikalau tidak, entah kenapa beliau ingin bertembung dengan kuasa rakyat? Rakyat Negeri Perak sudah mula menikmati balik keenakkan badut BN, penyamar kuasa dan lawak jenaka ahli-ahli BN. Ada juga yang mengatakan bahawa Dato Ganesan adalah seorang Badut Zambry BN.

Negeri Perak sudah tidak ada lagi Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat sebenar-benarnya dan hanya mempunyai yang dipilih oleh Mahkamah, ertinya tidak ada lagi kuasa rakyat yang sememangnya menjadi penentu Kerajaan di Negeri Perak.

Tukang penyamar speaker haram BN adalah ditugaskan sebagai bahan ketawa di dewan mulia Negeri Perak. Ianya adalah hanya untuk menyenangkan hati Raja Negeri Perak yang akan merasmikan Dewan Negeri Perak.

Apakah fungsi sebenar speaker haram BN di Dewan? Bagi pengetahuan saya beliau adalah seolah, tukang pengacau keamanan Negeri Perak, se-ekor kambing hitam yang diperalatkan demi kestabilan kuasa politik BN dan secara amnya berfungsi sebagai penyamar bagi Kerajaan yang menyamar sebagai Kerajaan sah di Negeri Perak.

Yang lebih memalukan adalah, mereka-mereka yang ingin melabelkan Dato Ganesan sebagai speaker, langsung tidak mempunyai suara yang kreatif serta tidak berpendidikan. Tidak hairanlah jikalau mereka ini diajar untuk berbuat demikian oleh segelintir pengikut-pengikut politik songsang Dato Ganesan.

Saya ingin menasihatkan mereka yang ingin turut bersama menjadi badut BN supaya berfikir secara keseluruhan sebelum membuat apa-apa tuduhan terhadap Speaker Pakatan Rakyat V.Sivakumar yang sah. Janganlah sampai lawakan dirinya sebagai badut berotak kering politik.

Kepada pemuda, janganlah berjuang demi menegakkan keadilan untuk mengiktirafkan yang haram sebagai sah. Berjuanglah demi hak rakyat, hak pengundi. Dasar perjuangan kita harus mempunyai lunas-lunas membela hak rakyat dan bukannya berjuang semata-mata untuk membela nasib seorang penyamar gila kuasa seperti Dato Ganesan.

Friday, March 19, 2010

“KEKHUATIRAN KERAJAAN BN MELUMPUHKAN PENGUNDI MUDA ”

Keputusan Kerajaan yang menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung pendaftaran secara automatik pada usia 21 tahun, menunjukkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional hidup dalam abad ketakutan dengan ciri-ciri khuatir pada pengundi-pengundi muda.

“Janganlah rasa terkejut apabila kita terpaksa ikut jejak langkah Kerajaan yang lemah yang wujud disebabkan karena kekhuatiran yang merupakan satu indikasi utama ketakutan barisan pimpinan Kerajaan Barisan Nasional pada kaum muda.”

Apakah Kerajaan Barisan Nasional kini dikelilingi penuh dengan kekhuatiran? Kaum muda dinegara ini langsung tidak khuatir ataupun malas serta sama sekali tidak akan setuju dengan mereka ditadbir oleh Kerajaan yang berpandangan sempit.

Adakah betul-betul Kerajaan Persekutuan menjalankan satu analisis yang padat sebelum membuat keputusan untuk menolak cadangan SPR berhubung mendaftar pengundi secara automatik? Alasan yang diberikan oleh Menteri sememangnya tidak boleh diterima, kerana cadangan SPR adalah hanya untuk mengadakan sistem pendaftaran secara automatik dan bukannya untuk menentukan kewajipan ataupun memaksa seseorang itu untuk mengundi pada umur 21 tahun.

Cadangan SPR ini langsung tidak mewujudkan unsur-unsur kepaksaan malah hanya akan menjimatkan masa pengundi muda dimana pemuda-pemudi masa kini tidak perlulah bertungkus lumus untuk mendaftar sewaktu musim pilihanraya. Selain daripada itu, sistem pendaftaran mengundi secara automatik juga akan dapat mengelakkan kekecewaan golongan muda yang tidak dapat mengundi. Dalam konteks ini, ianya bermaksud dimana pendaftaran secara automatik tidak membuka ruang kepaksaan untuk mengundi.

Sejauh pengetahuan saya, Kerajaan Barisan Nasional amat khuatir pada pengundi-pengundi muda dimana sebahagian besar golongan ini sudah mula menolak Kerajaan Barisan Nasional disebabkan oleh karena politik mereka. Golongan muda langsung tidak mempunyai nilai khuatiran pada mana-mana pihak serta mempunyai kepakaran untuk menilai Kerajaan kesukaan mereka secara bebas.

Kaum muda pada masa kini amat bergantung pada kuasa perubahan yang berjalan dengan cepat dan cubalah cari jalan yang sesuai untuk memudahkan pengundi muda berdaftar selain daripada mencari jalan untuk membebankan pengundi muda.

Tindakan Kerajaan Persekutuan yang menolak cadangan ini menunjukkan kemampuan Kerajaan Barisan Nasional untuk berbuat apajua keputusan tanpa memberikan ruang ataupun saluran yang mudah untuk para pengundi-pengundi muda bagi mendaftar secara automatik. Kerajaan masih berpendirian untuk melaksanaakan sistem tradisonal untuk mengabaikan pengundi-pengundi muda demi menstabilkan pentadbiran mereka dinegara ini.

Akhirnya, di samping keenganan menjadi amalan biasa Kerajaan BN pada kaum muda, maka gejala kelakuan angkuh ini harus dipandang dari pelbagai sudut oleh warga muda demi untuk menyesuaikan diri bagi mencari jalan untuk menceraikan Kerajaan Barisan Nasional daripada mentadbir Malaysia pada pilihanraya umum yang ke13.